Isteri mana yang tidak berkecil hati apabila mendapat tahu suaminya mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain. Itulah yang terjadi pada Adira rentetan daripada kes pengakuan suaminya yang menjalinkan hubungan dengan seorang pelakon dikenali sebagai N.

Namun, sungguh pun perkara ini ada sesetengah pihak fikir sesuatu yang serius, Adira yang dihubungi oleh Berita Harian memberitahu dia minta agar semua pihak untuk tidak memperbesarkan isu ini.

‘Dia Seperti Ingin Raih Publisiti Murahan’ – Adira Suhaimi

IKLAN

Katanya dia menganggap perkara ini sebagai sesuatu yang remeh dan suaminya itu hanya ingin raih publisiti murahan.

Menurutnya lagi, tiada manusia yang ingin membuka aib sendiri dengan mudahnya.

IKLAN

“Sejujurnya, saya sendiri sudah keliru dengan skandal membabitkan suami. Malah, saya tahu mengenai kontroversi ini pun apabila terima panggilan bertalu-talu daripada pihak wartawan.

“Anggap saja isu yang timbul ini sekadar perkara remeh yang tidak perlu diperbesarkan.

“Kerana pada saya, dia seperti ingin raih publisiti murahan. Jika diikutkan, manusia mana yang dengan mudah buka aib sendiri. Oleh itu, saya memilih untuk tidak ambil pusing kontroversi yang timbul ini.

“Sebaliknya, saya berhasrat untuk menjaga dan membesarkan anak perempuan saya saja,” katanya.

‘Dia Seperti Ingin Raih Publisiti Murahan’ – Adira Suhaimi

Terdahulu Datuk Red telah membuat pengakuan pada MH Online tentang hubungannya bersama N. Namun dia memberitahu N bukanlah calon terbaik buatnya kerana telah memecahkan rahsia hubungan mereka berdua kepada isteri keduanya itu.

IKLAN

Sungguh pun begitu, Adira kelihatan sudah lalu dan tidak mahu mengambil pusing tentang isu ini. Sebaliknya dia tetap dengan pendiriannya untuk membesarkan anak perempuannya tanpa memikirkan perkara-perkara remeh seperti ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Datuk Red Mengaku Sedang Cari Calon Isteri Ke-3 (masukan link)

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI