Tahniah diucapkan buat penyanyi dan pembaca berita, Zehra Zambri yang telah pun selamat melangsungkan pernikahan dengan lelaki pilihan, Nur Mohd Iqwan Samsudin, 38, di Masjid Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Selangor kira-kira jam 10.30 pagi semalam.

Menurut Zehra,34, ini adalah perkahwinan kedua bagi mereka dan suaminya berstatus duda dua anak, memetik Harian Metro.

“Dia adalah rakan sekerja di RTM dan bertugas di bahagian Berita Ehwal Semasa sebagai penyunting Berita TV.

“Suami berasal dari Batu Kikir, Negeri Sembilan dan kami mula mengenali semasa dia mula bekerja di RTM pada hujung Disember 2019,” katanya yang bersyukur kerana majlis berjalan lancar.

Sementara itu, Zehra yang sinonkm menerusi lagu Semalakama ini mengakui hubungan mereka pernah melalui fasa pasang surut sebelum akhirnya berjodohan sebagai suami isteri.

IKLAN

“Hubungan kami banyak juga diduga kerana maklumlah satu tempat kerja. Masing-masing ada peminat rahsia.

“Kami mula berkawan sejak awal tahun lalu, namun bergaduh pada Mac kerana gangguan dari orang sekeliling kami.

”Alhamdulillah, awal tahun ini suami berusaha untuk tawan hati saya semula. Jodoh kami pun kuat dan akhirnya kami berjaya disatukan,” katanya.

IKLAN

“Dia Rakan Sekerja RTM, Berkawan Awal Tahun Lalu,” – Penyanyi & Pembaca Berita Zehra Zambri Sah Bergelar Isteri “Dia Rakan Sekerja RTM, Berkawan Awal Tahun Lalu,” – Penyanyi & Pembaca Berita Zehra Zambri Sah Bergelar Isteri

Zehra pada masa sama mengharapkan agar perkahwinan yang dibina berkekalan sehingga ke akhir hayat mereka.

IKLAN

“Kami masing-masing pernah berkahwin, jadi untuk kali ini kami akan perbaiki kelemahan dan berkekalan.

“Suami tak halang untuk saya aktif dalam bidang seni asalkan tahu jaga diri dan tanggungjawab. Insya-Allah, kami merancang nak berbulan madu di Langkawi,” katanya.

Sekadar informasi, Zehra pernah mendirikan rumah tangga dengan Wan Muhammad Nurhariz Hariri Wan Mohd Effendi pada 14 Oktober 2017, tetapi hanya bertahan selama enam bulan saja sebelum bercerai pada April 2018.

Foto, Sumber: Harian Metro, Instgaram Zehra Zambri

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI