Salah seorang juri tetap program terkini terbitan Astro, Mikrofon Impian, Fauziah Latiff merakamkan rasa terharu dan bangga di atas kepercayaan yang diberikan sebagai juri menerusi program pertama seumpamanya di negara ini itu.
Diadaptasi menerusi program sama dari Thailand, Mikrofon Impian merupakan sebuah pertandingan nyanyian yang membantu masyarakat yang dibebani dengan masalah hutang.
Berkongsi mengenainya dengan lebih lanjut, penyanyi senior itu memberitahu dia pada awalnya sudah pun bersetuju untuk menjadi sebahagian daripada ‘famili’ Mikrofon Impian kerana pengisiannya yang unik dan menarik.
“Bagi saya, pengisiannya sangatlah besar dan pada masa sama banyak pengajaran yang tersirat. Tidak kiralah siapa pun kita tetapi pada akhirnya semuanya adalah berkenaan dengan kehidupan.
“Secara tidak langsung, ia membolehkan kita untuk berfikir dan belajar,” katanya kepada MH.
Ads
Bakal bersiaran selama 13 episod, para pesertanya akan dinilai menerusi bakat nyanyian yang ada dan pastinya, barisan lagu dendangan Fauziah juga tidak ketinggalan menjadi pilihan peserta.
“Ada yang nyanyikan lagu Apa Sebenarnya. Kakak tu bagi saya seorang yang sangat naif dan ‘sweet’. Siapa sangka dibalik kehidupan masing-masing ada masalah tersendiri yang dihadapi sebab itulah mereka menyanyi daripada jiwa,” kongsinya lagi.
Menurut Ketua Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Astro, Raqim Ahmad, program yang merupakan hasil kerjasama Astro dan Chatime Malaysia merupakan inisiatif pihak Astro dalam memberi kesedaran kepada masyarakat dan menyelami perasaan mereka yang terjerat dengan tanggungan hutang.
Ads
“Program ini adalah untuk menyuntik kesedaran serta membawa penonton menyelami perasaan mereka yang terpaksa melalui kesusahan dan keperitan kerana terjerat denga hutang dalam menjalani kehidupan seharian.
“Fomat asal program ini berkonsepkan pertandingan nyanyian dan ia juga dirangka bagi membantu mengurangkan beban masalah kewangan para peserta jika mereka memenangi pertandingan ini setiap minggu.
“Hadiah wang tunai yang diberikan adalah mengukut jumlah keperluan kewangan yang diminta oleh para peserta berdasarkan situasi masing-masing,” katanya sejurus ditemui pada majlis pelancaran program Mikrofon Impian, di The Majapahit, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Ads
Program Mikrofon Impian akan diterajui Pak Nil sebagai hos dan menampilkan tiga juri tetap iaitu Fauziah Latiff, Azmi Saat dan Pengarah Urusan Chatime Malaysia, Aliza Ali yang akan mengadili para peserta.
Dua peserta akan berentap dalam pusingan kalah mati untuk setiap episod dan mereka diminta menjelaskan situasi kewangan sebelum menyanyikan lagu pilihan masing-masing di hadapan juri.
Setiap minggu para peserta juga akan diadili oleh juri undangan khas seperti Zamani, Elyana, Mark Adam, Elizabeth Tan, Tomok, Hazami, Salih Yaacob, Mawi dan Siti Nordiana.
Mikrofon Impian akan bersiaran setiap hari Ahad, jam 9.00 malam mulai 17 Februari menerusi Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Foto: Instagram Fauziah Latiff
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Aprena Manrose bersyukur atas segala hasil kerja kerasnya dalam lakonan setakat ini, dia akhirnya mampu memiliki sebuah kereta.
Aprena berkongsi rasa gembira menerusi Instsgram semalam. Turut sama berada di dalam foto berlatar belakangkan kenderaan rona putih itu ialah ialah suami dan wakil penjual.
“Alhamdulillah.. hasil selama bekerja keras dan doa dari keluarga. Finally, I’ve my own car. Terima kasih ya Allah.
“Seronoknya kalau arwah mama masih ada, boleh bawak dia jalan-jalan dengan kereta baru. Sesiapa diluar sana yang nak dapatkan kereta dengan sepantas kilat dan mudah tanpa pening kepala, you guys kena contact @adynawari !
“Thank you so much abang tolong B from A to Z. Semoga rezeki abang bertambah! Amin ??? #blessed,” tulisnya.
Lalu di ruangan komen yang ditinggalkan, rata-ratanya turut mengucapkan rasa syukur dan gembira atas pencapaiannya setakat ini.
Malah ada juga yang turut merakamkan rasa bangga buat Aprena, termasuk rakan selebriti.
Aprena merupakan anak kepada bekas penyanyi dangdut terkenal, Iwan dan ibunya, Allahyarham Rosnah Mohd Noor juga merupakan bekas pelakon dan model era 80-an.
Foto: Instagram Aprena Manrose / carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi yang baru sahaja muncul dengan single terbaru berjudul Selamat Jalan Cinta, Nubhan Ahmad telah pun selamat mengadakan majlis aqiqah dan berendoi anak keduanya, Ahmad Aaffan.
Malah penyanyi ini turut memuat naik momen sekitar majlis menerusi Instagram miliknya.
Lengkap sedondon sekeluarga menerusi persalinan biru gelap, turut hadir meraikan majlis ialah ahli keluarga, rakan terdekat dan media.
Pelaminan buat si comel yang serba ringkas dan unik turut menjadi perhatian. Ini dia antara foto sekitar yang dikongsi Nubhan.
Haram ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong dinobatkan sebagai pemenang Juara Lagu pada Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-33 yang disiarkan secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil, malam tadi.
Lagu yang dipersembahkan secara duet oleh Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah itu membawa hadiah wang tunai RM50,000 selain trofi.
Lagu Bunga pula meraih tempat kedua yang didendangkan Ara Johari, sekali gus menerima hadiah wang tunai RM35,000 dan trofi.
Tempat ketiga dengan hadiah RM20,000 dan trofi pula dimenangi lagu Sampai Bila ciptaan Sharon Paul, Fedtri Yahya dan Shah Samsiri yang dinyanyikan Misha Omar.
Penyanyi dari Kelantan itu turut diumumkan sebagai pemenang kategori Vokal Terbaik, sekali gus memenangi trofi dan RM12,000.
Persembahan Terbaik pula disandang Sufian Suhaimi menerusi lagu Di Matamu.
Sufian menerima RM12,000 dan seunit telefon pintar kamera kuad, Samsung Galaxy A9. Persembahan terbaik turut mengambil undian penonton menerusi www.xtra.com.my/ajl33 sebanyak 50 peratus.
AJL33 kali ini dihoskan Sherry Al Hadad dan Alif Satar serta turut diserikan dengan persembahan selingan dari Search, Ismail Izani, Nabila Razali dan ramai lagi.
AJL31 terbitan TV3 juga boleh ditonton melalui portal Tonton atau menerusi YouTube TV3Malaysia.
Anugerah berprestij ini menampilkan SAMSUNG GALAXY A9 – Pertama Di Dunia, Telefon Pintar Kamera Kuad dan KFC – Sedap Hingga Menjilat Jari sebagai penaja bersama.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Konsert minggu keenam Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) berlangsung dengan penuh warna dan persaingan sengit apabila Korie diumumkan sebagai peserta yang tersingkir.
Malam tadi, adik...