Instafamous yang kini bergelar pelakon, Norreen Iman meluahkan rasa terharu selepas menerima hadiah sebuah al-Quran daripada sahabatnya yang juga merupakan seorang pengacara, Hazeman Huzir.

Menurut Norreen, hadiah tersebut diberikan ketika Hzaeman atau lebih sinonim dengan panggilan Haze berkunjung ke rumahnya pada Ahad.

“So yesterday Haze came to my house. We talked a lot, since its been a long time we havent meet each other.

“But he surprised me with something that i never thought he would give me as a friend.

“Dia hadiahkan aku Al-Quran. Yang dia guna, yang dia baca selama ni. Im speechless,” tulisnya.

Rasa terharu itu dikongsikan oleh Norreen menerusi akaun Twitter miliknya.

IKLAN

Tambah Norreen lagi, dia sendiri tidak menyangka bahawa Haze akan memberikannya hadiah berkenaan kerana mengakui hubungan mereka tidaklah begitu rapat sebelum ini.

“I’m speechless sebab dalam ramai kawan yang aku ada, Haze ni kenalan yang paling aku tak rapat, tak selalu jumpa, and how we know each other?

“I was invited untuk datang ke Motif Viral back in 2016. I was his guest.

IKLAN

“I cried. Faham tak maksud aku? I mean, dalam ramai orang, why he decided to give me his Al-Quran.

“You want to know something? Few weeks ago, ive been scrolling ig shop yang jual Al-Quran tagging tak tahu kenapa. And yesterday i got mine as a present from him,” katanya.

Dalam pada itu, Youtubers tersebut turut mengakui insiden tersebut membuatkannya tersedar untuk percaya dengan setiap rezeki yang diberikan oleh Allah S.W.T.

IKLAN

“When we talked more about it, about rezeki, how to ensure rezeki kita yang kita dapat tu redhai Allah, aku diam aku tersedar. Aku faham.

“Then, i received a call, job baru masuk wei out of no where tiba tiba.

“Slowly, but surely. Insyallah,” tambahnya lagi.

Menerusi ruangan komen pula, rata-rata netizen turut tersentuh dan memuji tindakan Haze yang sama-sama ingin berkongsi ilmu bersama orang-orang di sekelilingnya.

“Dia Ni Kenalan Yang Paling Tak Rapat,”- Youtubers, Norreen Iman Tergamam Terima Hadiah Al-Quran Dari Hazeman Huzir “Dia Ni Kenalan Yang Paling Tak Rapat,”- Youtubers, Norreen Iman Tergamam Terima Hadiah Al-Quran Dari Hazeman Huzir

Sumber: Twitter Norreen Iman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI