Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad ada memuat naik sekeping foto di laman media sosial Instagram miliknya.
Uyaina atau nama sebenarnya Shaidatul Naseha Uyaina Arshad itu telah berkongsi nasihat yang sangat mendalam maksudnya menerusi entri tersebut.
“Demikianlah Perempuan. Dia hanya ingat kekejaman orang pada dirinya walaupun kecil, dan dia lupa kekejamannya sendiri pada orang lain padahal begitu besar.. #UyainaArshad #SelamatMalam,” tulisnya.
Menjengah di ruangan komen pada gambar tersebut, rata-rata netizen bersetuju dengan kata-kata yang dikongsi oleh pelakon drama bersiri Curi-Curi Cinta itu.
Ads
Difahamkan, kata-kata perkongsian Uyaina ini dipetik daripada sebuah filem Indonesia yang terkenal berjudul Tenggelamnya Kapal Van Der Djick.
Solekan dan wanita umpama seperti isi dan kuku yang tidak dapat dipisahkan.
Pelakon dan pengacara, Elizad Sharifuddin seperti biasa akan berkongsi rutin harian bersama perminatnya di laman media sosial Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, Elizad memberitahu dia tidak gemar untuk mengenakan solekan tebal dan terlalu lama malah lebih gemarkan solekan yang ringkas.
“Lepas subuh pi kerja muke x makeup & muke mengantox . Sampai tempat kerja , stgh jam terusss dah cantekkkk . Ni semua kerja @acuuu_84 & Kak @bib73 . Aaaa yg penting , mokcik x suka makeup tebal2 & lama2.
“Siap utk Mingguan Wanita & Petang nnt #DuoSinar . Ya , Nak request lagu apa ? Dah2 , Jom kerja,” tulisnya.
Dalam pada itu, peminat memuji wajah bintang drama bersiri Puteri Yang Ditukar itu yang kelihatan sangat cantik dan ayu.
Dalam perkembangan lain, Elizad merupakan salah seorang pengacara program bual bicara Mingguan Wanita yang disiarkan setiap hari Isnin hingga Jumaat, 11 pagi di Astro Prima.
Sherry Alhadad, Erra Fazira, Norman Hakim dan Radin antara rakan pengacara yang turut bergandingan dengan Elizad dalam mengacarakan program berkenaan.
Pelakon Noorkhiriah ada memuat naik satu rakaman video di laman media sosial Instagram miliknya, beberapa hari lalu.
Kongsi bintang drama bersiri Nur itu, dia ada menziarahi pusara kubur arwah bapanya di Raub, Pahang.
Dalam pada itu, ibu kepada dua orang cahaya mata ini meluahkan rasa rindu terhadap arwah bapanya, Ahmad Shapie.
“Kalaulah masa boleh putar..kalini akk mcm terkedu jap kt #rumahayah akak..mgkn rindu nak borak,gurau,cubit tek Pak..tak merasa dah..
Di samping itu, pelakon yang berusia 40 tahun ini sempat memberikan kata-kata nasihat yang sangat bermanfaat bersama peminatnya.
“korg pada yg masih ada Mak Ayah..jagalah,sayanglah..cium..peluk,akak dlu segan..dah tkde ni..cium batu nisan je beb..
“sbtu bila blk kg..rindu dia lain mcm..dahlah skrg musim doyan..tbayang2 Pak balik bawa doyan bbakul2 suh mak wat tempoyak..arwah ayah akak terror gak wat meggi..bdesing pedas..Ye,saya rindu Pak #AlFatihahPak,” tulisnya.
Penyanyi Misha Omar meluahkan rasa syukur atas segala reaksi positif yang diterima susulan penampilannya yang mengenakan bertudung ketika membuat persembahan di Perlis, baru-baru ini.