Usahawan dan pengacara Neelofa mengakui banyak memberi nasihat buat adiknya, Ameera Khan atau lebih dikenali Little Miss Khan (LMK).

Neelofa ketika ditemui di Petaling Jaya bersempena Majlis Iftar Neelofa x Chatime Bersama Anak-Anak Yatim berkata, dia mahu melihat Ameera menjalani kehidupan sebagai remaja normal.

“Saya bagi dia (Ameera) lalui semua perkara, go through the process tapi jangan sampi keterlaluan.

“Saya juga ada bagi nasihat tapi saya akan biarkan dia memilih jalan untuk dia lalui proses semuanya,” katanya kepada MH.

IKLAN

Bagaimanapun, sebagai kakak, Neelofa juga sentiasa mahu melindungi adiknya.

“Saya akan pantau dia dalam segala apa yang dia buat tapi dalam masa sama, saya nasihat dia,” jelas bekas pengacara MeleTOP itu.

Tambah Neelofa, dia memuji sifat adiknya yang senang untuk menerima nasihat.

IKLAN

“Tapi satu yang best pasal Amira ialah sebab dia jenis yang dengar cakap. Dia jenis yang tak melawan dan akan ikut nasihat saya. Jadi, senanglah untuk kami berurusan,” ulasnya.

Dalam perkembangan lain, Neelofa kini menjalin kerjasama dengan Chatime Malaysia Sdn.Bhd (Chatime) untuk membuka cawangan Chatime Signature yang pertama di negara ini.

IKLAN

Malah, pembukaan cawangan tersebut berkonsepkan kafe dijangka dilancarkan pada hujung tahun ini.

Selain itu, kerjasama tersebut turut menyaksikan pelebaran sayap perniagaan Chatime ke Singapura dan Arab Saudi.

Neelofa Puji Sikap Ameera, Si Adik Yang Senang ‘Makan’ Nasihat; “Dia Jenis Tak Melawan.”

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI