Pengurus kepada pelakon Wanna Ali yang dikenali sebagai Yaya tampil menjelaskan mengenai hantaran terkini Wanna bersama aktor Fattah Amin di Instagram yang telah mencetuskan kemarahan segelintir pihak pada Jumaat.

Menurut Yaya, hantaran tersebut telah disusun dan dimuat naik lebih awal tanpa mengetahui sebarang isu melibatkan Fattah yang dilaporkan bakal becerai dengan isterinya yang juga merupakan pelakon, Nur Fazura.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wanna Ali (@wannaali_)

Katanya lagi, Wanna juga bukanlah seorang suka mengambil tahu mengenai urusan orang lain.

“Wahai netizen, tolonglah! Benda ini schedule post dan Wanna orang paling tak tahu menahu pasal apa yang jadi tentang isu sekarang.

“Jadi, jangan serang Wanna. Lepas benda ni dah post baru Wana tau pasal isu yang hangat pagi ni. Itu pun Wana tahu dari Yaya,” tulisnya.

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Yaya menerusi hantaran di Instagram Stories.

Katanya lagi, hantaran tersebut hanyalah betujuan untuk mempromosikan episod drama terbaharu Lelaki Melayu Terakhir.

“Dah la ini je proper gambar Kasih dan Jazlan. Ini je la gambar yang diorang ada dan episod ni pun betul-betul keluar malam tadi

“Please korang, Wanna pun dah text personally dengan Fazura. Dia hanya buat kerja dia! ini episode malam tadi,” katanya lagi.

Terdahulu, memetik laporan BH Online, Fazura telah memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, hari ini.

Sebelum ini, isu keretakan rumah tangga Fazura, 41, dan Fattah, 33, hangat diperkatakan apabila mereka dikatakan sudah tidak lagi meninggalkan komen atau tanda suka dalam hantaran di akaun media sosial masing-masing.

Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Nds.Yaya & Wanna Ali

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI