Pelakon senior, Zarina Zainuddin meluahkan rasa terharu apabila melihat gelagat salah seorang anaknya, Muhammad Raizal Azrai, yang tetap mahu sempurnakan solat meski dalam keadaan yang kurang sempurna.
Menurut Zarina, anak bujang berusia 23 tahun yang mesra disapa Azal itu tetap mahu tunaika solat, hingga sanggup menggunakan kain sembahyang ibunya kerana seluar kotor.
“Azal nak solat dia guna kain saya kain pelikatnya dah basah seluar panjang dah kotor.
Ads
“Dia buat juga walau pun dalam keadaan dia macam tu.. walau tak berapa betul solatnya.
“Mudah-mudahan Allah terima amalanya kerana dia iklas mengadap yang Satu,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen Instagram.
Punya cara tersendiri untuk menghargai menantu, Bonda Rozita Ibrahim mengulas, meski tidak memiliki barangan mahal, namun dia akan pastikan setiap menantu akan dihadiahi barangan mewah.
Berkongsi di Instagram, ibu kepada Datuk Seri Aliff Syukri ini dilihat membawa pembantu mengunjungi butik jenama mewah sekitar Kuala Lumpur.
“Semua menantu yg kahwin dgn anak sy, sy akan belikan hadiah berharga walaupun sy x memilikinya , sy x perlukan semua benda2 tu
“Bagi sy bkn selalu pun.. menghargai anak muda yg menjadi ahli family baru sy..
“Hidup lebih meriah dgn anak2 menantu yg baik akan menjaga anak sy , sanar dn penuh kasih sayangnya mengambil alih tgjawab sy sebagai ibu.
“Walaupun sy x suka pakai benda berjenama.. tp sy percaya org muda menghargai luxury seperti ini..Sy senang melihat mereka memakainya kerana sy sayang anak2 sy semestinya sy akan sayang menantu sy,” tulisnya.
Bekas isteri Datuk Eizlan Yusof iaitu Vie Shantie Khan meluahkan rasa syukur apabila anak lelakinya, Zareef Yusof terselamat dalam tragedi kemalangan yang membabitkan kru drama Mak Cun awal pagi semalam.
Vie meluahkan perasaan syukurnya itu menerusi Instagram miliknya, yang dikemas kini.
“Innalillahiwainnailaihirojiun 😭😭😭
“Anak saya @zareefyusofofficial dan adik perempuan saya @zaaratiezazu terlibat dalam kemalangan semasa dalam perjalanan ke lokasi pengambaran ‘Mak Cun’ pagi ini,
“Syukur Alhamdulillah, diatas perlindungan Allah SWT mereka berdua tidak mengalami sebarang kecederaan serious,
“Saya mohon semua pihak yang tidak henti-henti call dan bertanyakan tentang khabar ini memberi dia masa dan sedikit ruang.
“Kerana anak saya masih didalam keadaan terkejut, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih diatas doa-doa kalian.. Terima Kasih juga saya ucapkan buat Kak @ermafatima kerana menjaga @zareefyusofofficial throughout the emergency situations,” luahnya.
A post shared by Zareef Yusof (@zareefyusofofficial) on
Terdahulu, pengarah drama tersebut, Erma Fatima ada memuat naik sekeping foto di Instagramnya yang memperlihatkan kemalangan pertembungan antara dua kereta.
Penyanyi rock legenda, Datuk Nash bersyukur kerana hanya mengalami kecederaan luaran selepas terbabit dalam kemalangan motosikal ketika dalam perjalanan pulang dari surau, malam tadi.
Nash,...