Penyanyi terkenal era 1970-an, Uji Rashid merakamkan rasa syukur apabila anaknya, Cico atau nama sebenarnya, Ezzaq Farrouq Haharap Jamaludin kian menunjukkan perkembangan positif selepas dikatakan menghidap penyakit misteri sejak dua tahun lalu.

Seperti yang dilaporkan Harian Metro, Uji memaklumkan sebelum ini anaknya itu tidak mengenali sesiapa dan sukar bercakap kerana dikatakan menjadi mangsa penganiayaan pihak tertentu yang meletakkan bahan terlarang dalam minumannya.

Bagaimanapun, keadaan kini sudah berbeza apabila sudah mengenali rakan-rakan artis dan pihak media.

“Alhamdulillah Cico sudah 80 peratus pulih. Dari segi fizikal nampaknya dia sudah okay, cuma percakapan yang masih bermasalah dan perlahan tetapi dia boleh memahami apa yang diperkatakan.

“Dia boleh dengar dan menjawab tapi agak lambat untuk membalas kembali,” katanya.

IKLAN

Menurut Uji, dia sering mengajak Cico menemaninya ke mana-mana sebagai satu proses terapi demi mengembalikan ingatannya.

“Saya buat begini kerana nak bagi dia ingat semula apa yang dilaluinya sebelum ini. Kadang-kadang dia malas nak ikut kerana tak mahu orang banyak bertanya kepadanya.

IKLAN

“Saya nak kembalikan ingatannya kerana dia pernah hadir ke acara-acara membabitkan saya sejak kecil dan sebelum dia sakit,” katanya.

Malah, Cico juga kerap membawa anaknya Rindu Nur Fitrah, 10, bersama.

IKLAN

Uji menambah, Cico juga pernah ditawarkan berlakon tetapi sebagai ibu dia menolak kerana Cico belum bersedia.

“Dia boleh baca dan bercakap, tapi doktor beritahu prosesnya perlahan. Saya harap Cico akan pulih sepenuhnya selepas ini. Buat masa ini dia masih menjalani rawatan di hospital termasuk rawatan perubatan Islam.

“Dia juga kerap menjalani terapi di gimnasium bagi mempercepatkan proses pemulihannya dengan bantuan doktor,” katanya.

Foto: Carian Google

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI