Ibu bapa mana yang tidak sedih apabila anak yang disayangi ‘pergi’ pada usia yang masih muda. Pada 12 November 2021 yang lalu, penyanyi Chris Daughtry dan isteri, Deanna Daughtry telah mengumumkan bahawa anak mereka, Hannah Price,25, meninggal dunia.

Hannah merupakan anak hasil perkahwinan Deanna yang pertama. Walaupun begitu Chris sudah menganggap Hannah seperti anaknya sendiri dan hubungan mereka rapat walaupun dia hanya bergelar bapa tiri. Ekoran kejadian tersebut, banyak spekulasi liar berkaitan kematian Hannah tersebar. Kini tiga bulan berlalu, barulah mereka bersedia untuk berkongsi tentang punca kematian anak mereka itu.

“Dia Bergelut Dengan Masalah Mental Sejak Kecil,” – Tiga Bulan Berlalu, Chris Daughtry Akhirnya Dedah Punca Kematian Anak

Dalam satu kenyataan media yang diberikan secara eksklusif kepada portal People, keluarga ini menyatakan bahawa Hannah telah membunuh diri di bawah pengaruh dadah.

Menurut kenyataan tersebut, “Anak perempuan kesayangan kami, Hannah Price meninggal dunia pada 12 November 2021 yang lalu. Banyak spekulasi telah dicetuskan sejak itu. Kini setelah siasatan penuh telah selesai dilakukan oleh pihak berkuasa, kami boleh berkongsi maklumat yang lebih lanjut.”

Hannah telah menggantung diri di rumahnya dan dijumpai oleh teman lelakinya yang kemudian menghubungi pihak polis. Sejak kecil lagi, Hannah dikatakan bergelut dengan masalah mental dan selalu keluar dan masuk pusat rawatan selama bertahun-tahun.

BACA JUGA: Anak Meninggal Dunia Secara Mengejut, Chris Daughtry Tangguh Tarikh Konsert Akan Datang

“Dia Bergelut Dengan Masalah Mental Sejak Kecil,” – Tiga Bulan Berlalu, Chris Daughtry Akhirnya Dedah Punca Kematian Anak

“Beberapa bulan selepas kehilangan ayah kandungnya yang juga membunuh diri, Hannah pula terlibat dalam satu insiden yang mana dia menjadi mangsa dan terkena tembakan di muka. Kami melakukan segala yang kami mampu untuk menyokongnya dan mendapatkan bantuan yang dia perlukan untuk pulih daripada tragedi ini sekali gus mengembalikan hidupnya ke landasan yang betul,” jelas kenyataan itu lagi.

IKLAN

Keluarga Chris Daughtry juga ada menyebut yang sebelum Hannah membunuh diri, mereka ada membuat rancangan bersama dengan mendiang supaya dia mendapatkan rawatan dan tinggal berdekatan keluarga.

“Dia Bergelut Dengan Masalah Mental Sejak Kecil,” – Tiga Bulan Berlalu, Chris Daughtry Akhirnya Dedah Punca Kematian Anak

Pada pagi kematiannya, keluarga ini memberitahu lagi yang Hannah ada menghubungi mereka menyatakan yang dia bimbang akan keselamatannya selepas mendakwa teman lelakinya mendera secara fizikal dan mengambil keretanya.

Mereka segera menghubungi Jabatan Polis Daerah Fentress untuk melakukan pemeriksaan. Namun begitu setelah mendapat mengesahan dari Hannah sendiri yang dia dalam keadaan yang baik, pihak polis berlalu pergi tanpa tindakan lanjut.

Semasa kejadian menyayat hati tersebut berlaku, Chris Daughtry ketika itu sedang dalam siri jelajah konsert muziknya. Mengambil keputusan membatalkan siri jelajah yang seterusnya, dia pulang kepangkuan keluarga untuk menghadapi waktu sukar. Sehingga kini, penyanyi itu tidak memuat naik sebarang hantaran baharu di laman Instagramnya.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

IKLAN

Sumber: People

 

 

 

 

IKLAN

 

 

 

 

 

 

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI