Di Usia 91 Tahun, Nenek Genggam Segulung Ijazah

Share

Wah nampaknya usia bukanlah penghalang seseorang itu untuk berjaya. Di Bangkok seorang nenek berusia 91 tahun, Kimlan Jinakul telah berjaya menggenggam segulung ijazah.

Impiannya tercapai setelah berjaya menamatkan pengajiannya dalam bidang kajian pembangunan manusia dan keluarga di salah sebuah universiti yang terletak di Bangkok.

Katanya, tidak pernah terlewat untuk belajar dan difikirannya selalu terdetik rasa untuk belajar.

Kimlan berkata, pada awalnya dia telah melanjutkan pelajarannya bersama seorang anak perempuannya dan ketika itu dia berusia 72 tahun.

Walau bagaimanapun, anaknya telah meninggal dunia beberapa tahun kemudiannya dan itu telah membuatkan dia menangguh pengajiannya.

Namun setelah beberapa tahun selepas itu, Kimlan mengambil keputusan untuk menyambung semula pengajiannya.

Kimlan berkata pada sebuah portal bahawa dia bertekad untuk menghabiskan pengajiannya dan berharap agar roh anaknya akan tenang.

Membaca kisah kegigihan seorang wanita yang sudah menjangkau umur 91 tahun ini telah membuatkan kita berfikir bahawa tiada alasan untuk kita berjaya.

Hanya yang perlu ada dalam diri adalah kemahuan dan kesungguhan untuk terus berjaya dalam hidup.
Cerita Kimlan ini boleh dijadikan contoh buat semua agar terus menanamkan semangat untuk lebih berjaya di masa hadapan.

Sumber: Teen Vouge

IKLAN