Berjaya mencetuskan fenomena menerusi drama Keluarga Itu dan Bidaah, pelakon Datuk Rosyam Nor dan Faizal Hussein membuktikan usia bukanlah penghalang untuk mereka terus mencipta impak di dalam dunia lakonan.
Menurut Rosyam, dia bersyukur kerana masih memiliki aura untuk menarik minat penonton sama ada yang baharu atau lama, termasuk Faizal.
“Segalanya adalah rezeki daripada Allah SWT. Dahulu, kebanyakkan drama hanya ingin mengambil pelakon-pelakon muda sahaja.
“Namun, saya dan Faizal yang juga sepupu membuktikan pada usia 58 tahun, kami juga boleh viral.
“Ramai yang suka tonton drama kami. Tak semestinya yang muda sahaja kena viral. Namun, viral kami disebabkan bakat. Pada awalnya, orang membenci dan maki saya.
“Bila baca semula komen, mereka sebenarnya kagum dengan lakonan saya,” katanya kepada MH.
Ads
Rosyam berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pelancaran trailer filem Keluang Man di GSC Aurum, TRX, Kuala Lumpur pada Rabu.
Kerja Keras & Kualiti Naskhah Bagus
Pada masa sama, Rosyam menyifatkan kejayaan ini terhasil daripada usaha keras mereka sepanjang hampir 40 tahun bergiat di industri seni.
“Sebelum ini, ramai juga yang buat drama tentang ajaran sesat dan haruan makan anak tapi tak menjadi seperti mana Faizal dan saya berlakon.
Ads
“Namun, ia bukanlah disebabkan kami sahaja tapi juga dibantu dengan kekuatan naskhah dan pelakon-pelakon lain juga. Ia adalah satu gabungan yang baik,” kongsinya lagi.
Katanya lagi, antara rahsia kejayaan sesebuah karya adalah apabila ia dekat dan berkait rapat dengan penonton.
“Kebanyakan platform penstriman suka membuat cerita ala-ala Hollywood tapi akhirnya cerita-cerita ‘kampung’ ini yang meletup.
Ads
“Siapa boleh bayangkan tiba-tiba Faizal boleh meletup sampai ke Indonesia. Mana ada pelakon-pelakon muda yang meletup sampai ke sana seperti Faizal.
“Ini membuktikan bakat dan peluang itu penting. Alhamdulillah lakonan kami jadi fenomena. Setiap pelakon mengimpikan sebegitu,” akhirinya.
Dalam pada itu, Rosyam menjadi antara barisan pelakon yang membintangi filem adiwirq terbaharu, Keluang Man.
Selain Rosyam, filem arahan Anwari Ashraf juga turut membariskan barisan pelakon seperti Nas-T, Datuk Remy Ishak, Shweta Sekhon dan Anwaar Beg Moghal.
Keluang Man bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 29 Mei ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Lia Natalia meluahkan rasa rindu dan sebak terhadap pemergian bapanya menerusi sebuah video pendek yang dimuat naik di Insta Stories miliknya pada Isnin.
Menerusi perkongsian tersebut, Lia dirakam duduk di sebelah pusara arwah bapa dalam suasana penuh hiba dan tenang, sambil berkongsi perasaan setelah melalui tempoh menjaga Allahyarham selama lebih dua bulan.
“Selepas dua bulan lebih jaga bapa dan sekarang bapa dah tak sakit dan bahagia sudah di sana,” kongsinya.
Meski perlu kembali ke Kuala Lumpur demi komitmen kerjaya, namun Lia tetap menzahirkan hasratnya untuk pulang ke Tawau bagi menghadiri tahlil arwah yang ke-40 hari serta menziarahi pusara.
“Aku balik KL dulu shooting. Nanti tahlil 40 hari bapa aku balik Tawau lagi dan ziarah bapa ya. I’m gonna miss you pak,” tulisnya lagi.
Terdahulu pada 21 Mac lalu, pelakon filem Syif Malam Raya itu berkongsi berita sedih mengenai pemergian bapanya, Abden Aben yang menghembuskan nafas terakhirnya, jam 9.50 pagi di Hospital Queen Elizabeth 2 (HQE2) di Kota Kinabalu, Sabah.
Allahyarham Abden, 69, meninggal dunia akibat sakit jantung di sisi anak-anak dan ahli keluarga terdekat.
Lia atau nama sebenarnya, Alia Afiqah Abden memaklumkan, arwah bapanya menderita penyakit jantung sejak November tahun lalu dan berulang alik ke hospital di Tawau untuk menerima rawatan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelawak dan pelakon terkenal Hollywood kelahiran Malaysia, Ronny Chieng, kini sah bergelar warganegara Amerika Syarikat sekaligus melepaskan kerakyatan Malaysia.
Perkongsian tentang perkara itu mencuri perhatian ramai apabila aktor lagenda, Bill Murray, turut muncul mengejut dalam rancangan The Daily Show yang dikemudi Ronny bagi meraikan detik bersejarah tersebut.
Dalam video yang dimuat naik pada 6 April lalu, Ronny yang ketika itu sedang beraksi di pentas tiba-tiba menerima kejutan apabila Bill Murray naik ke atas pentas sambil mengucapkan tahniah secara langsung.
“Mereka kata awak sangat teruja hari ini kerana baru dapat tahu awak dah jadi warganegara Amerika,” ujar bintang Ghostbusters itu sambil menepuk mesra belakang Ronny dan memberi tabik hormat secara berseloroh.
Ronny yang terkenal dengan gaya sinis dan jenaka ‘smart’nya tidak melepaskan peluang untuk berkongsi pengalaman semasa sesi temuduga naturalisasi yang menurutnya sangat mencabar.
“Mereka tanya hampir 100 soalan! Saya terpaksa hafal nama koloni, negeri dan siapa Presiden sekarang. Saya rasa ramai orang takkan dapat jawab semua tu,” katanya sambil disambut gelak tawa penonton.
Apa yang menarik, Ronny sempat bergurau bahawa menjadi warganegara AS dan bertemu Bill Murray dalam hari yang sama adalah satu kombinasi yang “gila dan tak masuk akal.”
Sekadar info, Ronny Chieng dilahirkan di Johor Bahru, Johor Datul Takzim dan mendapat pendidikan persekolahan di Singapura.
Pernah berkongsi rutinnya ketika kecil, dia akan bangun seawal 4 pagi untuk ke Singapura bagi sesi persekolah sebelum pulang pada petangnya dan hanya sampai ke rumah di Johor Bahru pada jam 8 malam.
Dia kemudiannya menyambung pengajian di Universiti Melbourne, Australia dan berjinak-jinak sebagai pelawak dalam dunia hiburan di negara itu sebelum mencipta nama di Amerika Syarikat menerusi filem dan rancangan seperti Crazy Rich Asians dan The Daily Show.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Tak baik, mengapa mesti nak melontarkan kata-kata negatif kepada orang lain? Sebelum kita nak kata orang ‘bisa’, muka kita pun ‘bisa’.”
Demikian kata selebriti versatil, Elly Mazlein apabila ada di antara warganet yang memberi komen sedemikian rupa kepada peserta Big Stage Alpha yang bakal memulakan saingan bermula 27 April depan.
Menurut Elly atau mesra disapa sebagai Kak Lina, dia mengharapkan agar semua memberikan sokongan dan semangat kepada semua peserta program realiti berkenaan.
“Yang masuk bertanding ini pun seorang manusia dan mempunyai impian. Tinggal lagi mereka mungkin bernasib baik untuk tonjolkan bakat kerana bakal bertanding di pentas yang besar.
“Jadi kepada peminat, kita kekal positif. Mereka pun bakal bertanding, risau kalau terbaca komen-komen yang sedemikian.
“Mungkin ada di antara netizen yang nak bergurau, tapi macam salah tempa dik. Tak okay dan tak ‘cool’. Kita ni sudah berada di tahun 2025,” katanya lagi.
Elly pada masa sama juga tidak sabar mahu menghiburkan penonton bersama rakan hos, Rina Nose di setiap hujung minggu.
Seramai 18 peserta di Big Stage Alpha bakal merebut tempat untuk menjadi ‘boy band’ pertama naungan Astro.
Big Stage Alpha disertai oleh Syafeeq Ikhwan, Afiq Sky, Alif Azri, Allan Andersn, Ariel Fesol, Ashmirul dan Araff.
Turut bertanding Que, Qarl G, Daniel Sher, Ray-D, Apich Lo, Ridhwan Azman, Awienit, Suff Ahmed, Syafeek Ikhwan, Izat Ibrahim, Rizal Rasid dan Shaqeen.
Berlangsung selama lapan minggu, Big Stage Alpha akan bersiaran di Astro Ria (saluran 104) secara langsung dari Royal Theatre Shah Alam, setiap Ahad jam 9 malam.
Ikuti temu bual penuh bersamanya;
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.