Drama Melur Untuk Firdaus yang baru sahaja melabuhkan tirainya nyata telah menaikkan populariti pelakon baru, Meerqeen bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di negara seberang.

Selepas lakonannya menerima pujian ramai, kini single pertamanya pula yang berjudul Menunggu turut merasai impaknya.

Menurut Meerqeen, dia sendiri tidak menyangka lagu yang telah dilancarkan hampir 10 bulan yang lalu kini kembali hangat diperkatakan.

“Di Tik Tok Pun Ramai Buat Konten Guna Lagu Itu,” – Single Menunggu ‘Meletup’ Di Indonesia, Meerqeen Teruja Gembira “Di Tik Tok Pun Ramai Buat Konten Guna Lagu Itu,” – Single Menunggu ‘Meletup’ Di Indonesia, Meerqeen Teruja Gembira

“Betul ke lagu ni dah viral dekat Indonesia? Sebenarnya saya sendiri pun tak sangka. Sambutan di Malaysia sebelum ini pun hanya biasa-biasa sahaja.

“Mungkin lagu itu kena dengan citarasa orang di sana kerana ia mengisahkan mengenai orang yang ditinggalkan. Mungkin juga itu yang membuatkan mereka suka.

“Sejujurnya saya sangat gembira dengan penerimaan mereka terhadap lagu saya. Di Tik Tok pun saya dah mula nampak ramai yang buat konten menggunakan lagu itu. Saya terharu,” katanya kepada MH.

IKLAN

Ketika ditanya adakah dia bakal melancarkan single seterusnya dalam dalam masa terdekat, pemenang tempat ketiga Hero Remaja 2020 itu memberitahu, dia ketika ini mahu memberikan sepenuh tumpuan terhadap bidang lakonkan terlebih dahulu.

“Di Tik Tok Pun Ramai Buat Konten Guna Lagu Itu,” – Single Menunggu ‘Meletup’ Di Indonesia, Meerqeen Teruja Gembira “Di Tik Tok Pun Ramai Buat Konten Guna Lagu Itu,” – Single Menunggu ‘Meletup’ Di Indonesia, Meerqeen Teruja Gembira “Di Tik Tok Pun Ramai Buat Konten Guna Lagu Itu,” – Single Menunggu ‘Meletup’ Di Indonesia, Meerqeen Teruja Gembira

“Mungkin ada yang belum tahu, sebelum meceburkan diri di dalam dunia seni, minat saya sebenarnya lebih cenderung terhadap bidang nyanyian. Namun, saya percaya perancangan Allah jauh lebih baik.

“Disaat saya mula melangkah di dalam industri ini, saya menemukan cinta baru iaitu bidang lakonan. Walaupun, kedua-dua bidang ini saya suka, saya harus beri keutamaan terhadap dunia lakonan dahulu.

IKLAN

“Untuk teruskan projek nyanyian pula, mungkin kena tunggu dulu dan masanya bukan sekarang,” kongsinya lagi.

Dalam pada itu, pelakon drama Melur Untuk Firdaus ini juga mengakui terbuka jika diberi peluang untuk mengembangkan kerjaya lakonan ke negara seberang.

“Insya-Allah jika diberi peluang dan mendapat tawaran di Indonesia, saya teringin juga ingin mencuba nasib di sana. Lagipun pasaran di Indonesia lebih besar berbanding Malaysia.

“Saya juga perlu berkorban masa kerana seperti yang kita tahu, sinetron di sana memakan sehingga beratus-ratus episod. Tapi saya yakin saya boleh lakukannya.

IKLAN

“Kalau ikutkan saya sudah ada perancangan, cuma saya tidak berani untuk bercakap lebih. Buat masa ini, saya hanya mendapat jemputan untuk menghadiri beberapa program talkshow di sana, akhirinya.

“Di Tik Tok Pun Ramai Buat Konten Guna Lagu Itu,” – Single Menunggu ‘Meletup’ Di Indonesia, Meerqeen Teruja Gembira

Sekadar informasi, Menunggu merupakan lagu ciptaan sepenuhnya penyanyi dan penulis lagu, Aliff Iskandar.

Sehingga kini, lagu terbitan Indigital Music telah pun meraih hampir 500,000 jumlah tontonan di aplikasi Youtube.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Kredit Foto: Instagram Meerqeen

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI