Pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie mendedahkan dirinya tidak mahu mengambil sebarang tindakan berhubung isu rekaan koleksi topeng mukanya yang didakwa ditiru oleh segelintir pihak tidak bertanggungjawab.
Menurutnya, tindakan saman-menyaman ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini hanya akan membuang masanya sahaja.
Jelas Jovian lagi, dia bukan tidak mahu mempertahankan haknya itu tetapi menyifatkan dia faham mengenai situasi getir yang dialami segelintir pihak ketika ini.
“Daripada I sibuk saman-menyaman musim PKPB ni, baik I kayuh basikal dan fikirkan nak keluarkan produk baru apa untuk Jovianista. Worth my time and energy.
“Isu #JovianMask ditiru dan dijual merata-rata. Bukan taknak fight, tapi mungkin depa pun tgh susah nak cari income.
“Kita letgo aja lah case ni. Rezeki saya InsyaAllah banyak lagi dan luas Allah bagi. Kita redha, and move on! Setuju?,” tulisnya.
Ads
Kenyataan tersebut dikongsikan bapa kepada seorang anak itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memuji keperibadian yang ditampilkan oleh Jovian itu.
Terdahulu, tular di media sosial apabila ramai pengguna yang mengadu mengenai ‘pertandingan’ harga Jovian Mask yang dijual oleh Jovian dan beberapa perniaga lain.
Sumber: Instagram Jovian Mandagie
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza mengakui dia kini sibuk menjalankan perniagaan.
Bagaimanapun, isteri kepada pelakon Norman Hakim ini tetap akan cuba untuk meluangkan masa bersama keluarga.
Malah, Memey atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi menjadikan amalan makan bersama keluarga sebagai rutin wajib.
“Jumaat yg indah Dah seminggu tak dapat makan sama2 mcm ni sbb papa keluar pagi balik dah mlm..Sibuk shooting skrg…
“Mummy sibuk dgn business tapi byk masa dgn anak3 alhamdulillah.. jadi rutin masak makan sesama ni mmg wajib utk sentiasa eratkan kasih syg gitu..
“mudah2an anak3 ingat sampai ke besar apa yg mummy papa terapkan..
“Suasana jadi lg indah bila @impian_home dah seikan ruang ji ni dgn set meja makan fav mummy siapa suka juga blh tgk kat @impian_home tau U all dah b.fast blm..? Jaga diri baik2 k,” tulisnya.
Satu persatu persoalan timbul sejak Daus mengambil keputusan untuk bercerai pada Februari tahun lalu.
Lebih mencetus tanda tanya apabila Daus atau nama sebenarnya Muhd Shahril Firdaus Eli didakwa menceraikan isteri ketika masih dalam pantang selepas melahirkan anak ketiga mereka.
Enggan terus membiarkan perkara itu bersarang di minda, bekas peserta program realiti Akademi Fantasia musim ke-8 ini mengabadikan kisah dan perjalanan hidupnya itu menerusi lagu ‘Takdir Kita’ yang dilancarkan 28 Ogos lalu.
Lagu ciptaan sepenuhnya Daus itu dipaparkan pula dalam persembahan video muzik (MV) yang dilancarkan secara rasmi di saluran YouTube Nova Music Videos.
Jelasnya, jalan cerita MV arahan Azuad Abdullah itu memaparkan 60 peratus kisah perkahwinan dan perceraiannya.
Malah, ia menjawab segala persoalan yang timbul sebelum ini.
“Walaupun ia kisah benar kehidupan saya, tapi tidak sepenuhnya dipaparkan. Saya masih mahu menjaga sensitiviti pihak lain.
“Tidak mahu timbul sebarang isu pula. Cuma, menerusi jalan cerita MV ini, ia adalah salah satu cara saya mahu mendekati masyarakat.
“Apa yang pasti, segala persoalan terjawab dalam MV ini. Saya mahu beritahu kepada masyarakat dan netizen, saya bukan suka-suka nak bercerai. Kalau nak tahu sebab apa, kena tonton MV ini.
“Sejujurnya, idea MV ini daripada saya sendiri. Tapi, saya bersama pasukan daripada pihak pengurusan Nova Music berbincang untuk menambah baik apa yang perlu supaya MV ini lebih menarik,”katanya.
Bagaimanapun Daus mengakui dia rasa sebak sekali gus mengimbau kenangan lama ketika penggambaran dilakukan.
“Apabila buat MV ini, memang terasa sebak kerana ia mengembalikan memori lama. Tapi saya cuba tahan perasaan sebab tak boleh nak terlalu terbawa-bawa. Saya masih boleh kawal.
“Saya cuma fikir, apa yang dipaparkan dalam MV ini bukan mengenai saya semata-mata tapi, pasti ada orang lain pernah melalui pengalaman sama. Ibaratnya saya mewakili perasaan mereka dengan menceritakan kisah mereka dalam MV ini.
“Walaupun tidak meraung, tapi nampak kesedihan dilalui dalam babak yang dilakonkan dalam MV ini,” katanya yang sudah pun ‘move on’ dengan apa yang berlaku.
Menyentuh mengenai ketiga-tiga anaknya, Daus berkata dia sudah lebih setahun mereka tidak berjumpa.
“Anak-anak memang di Sarawak. Sejak bercerai mereka memang dijaga bekas isteri. Cuma, sejak saya berada di Kuala Lumpur, memang tak berpeluang jumpa mereka lagi.
“Apatah lagi dalam suasana yang melanda negara sekarang, ia lebih menyukarkan untuk kami berjumpa.
“Saya tak nak ambil risiko berjumpa mereka dalam keadaan sekarang. Insya Allah, tunggu masa sesuai. Kalau dah okay, baru saya balik.
“Alhamdulillah, dengan kecanggihan teknologi sekarang, memang selalu buat panggilan video. Jadi, terubat juga rindu dengan mereka. Isteri okay, selagi saya tak lupakan tanggungjawab,” katanya.
Takdir Kita terbitan dan edaran Nova Music Malaysia sudah pun dilancarkan di semua platform digital muzik seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox dan Deezer.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Cakna dengan apa yang berlaku di negeri Sabah, pelakon dan usahawan, Aeril Zafril tampil mengambil inisiatif untuk menghulurkan bantuan buat mereka yang terkesan dengan penularan wabak Covid-19.
Menurut Aeril, keutamaan bantuan ini diberikan kepada mereka yang tinggal di kawasan zon merah.
“Orang Sabah yang terkesan dengan Covid-19, zon merah terutamanya, yang memerlukan bantuan sila DM sekarang.
“Siap-siap bagi account number ya,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon drama Seindah 7 Warna Pelangi itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Posting berkenaan kemudiannya tular selepas meraih hampir 100,000 tanda suka malah turut dihujani ribuan komen.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis memuji usaha yang ditunjukkan oleh Aeril itu malah mereka juga turut mendoakan semoga pelakon tersebut sentiasa dimurahkan rezeki.
Sumber: Instagram Aeril Zafrel
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Marsha Milan mendedahkan dirinya kini sedang berdepan ujian kesihatan pada waktu yang cukup kritikal, iaitu kira-kira dua minggu sebelum berlangsungnya pentas berprestij Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40).