Penyanyi Nuha Bahrin tampil memberikan reaksinya selepas ditanya mengenai pelbagai pendapat yang diberikan ramai susulan penggunaan perkataan ‘denyut’ terhadap lirik lagu Casablanca yang turut menampilkan rakan duet, Naufal Azin.
Sebagai penyanyi, Nuha atau nama sebenarnya Nuha Sakina Saiful Bahrin, 21, ketika dihubungi berkata, dia tidak boleh memberikan ulasan secara terperinci.
Bagaimanapun dia terbuka terhadap setiap komen yang diberikan semua pihak.
“Bagi saya, masing-masing ada pandangan sendiri. Saya tak kisah sekiranya orang di luar sana berikan pendapat sama ada perkataan ‘denyut’ itu tidak tepat atau pun ada perkataan yang lebih sesuai.
“Pada saya dua-dua pun betul saja. Apa pun, terserahlah kepada pendengar, mana yang lebih sesuai atau sedap didengar bagi mereka. Saya tak boleh nak berikan komen lanjut mengenainya,” katanya kepada MH.
Terdahulu, penggunaan perkataan tersebut kecoh diperdebatkan di media sosial selepas seorang guru mengulas penggunaan perkataan denyut dan degup.
Ads
Atas pendapat yang diberikan, ramai yang tampil memberikan reaksi masing-masing.
Terharu atas penerimaan baik terhadap lagu ciptaan komposer Daqmie & Wan Saleh dan lirik oleh Daqmie & Abdulkarim Al Ali itu, Nuha menyifatkan ia sebagai rezeki.
Ads
“Ia sambutan yang tidak disangka-sangka sebenarnya. Sesuatu yang besar dan saya sendiri tidak menyangka. Pada masa sama, saya bersyukur atas apa yang Allah sudah bagi sekarang.
“Sebab rezeki yang saya dan Naufal Azrin terima ini bagi saya sesuatu yang melimpah ruah. Malah saya gembira apabila lagu ini turut mendapat sambutan hingga ke Indonesia, alhamdulillah,” katanya lagi.
Untuk berita hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kisah pergolakan rumah tangga melibatkan pelakon Puteri Sarah dan suaminya, pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof sememangnya mendapat perhatian ramai.
Kemelut di antara mereka makin rancak diperkatakan selepas Sarah mengambil tindakan undang-undang terhadap individu ketiga yang didakwa menganggu rumah tangganya.
Terbaharu, netizen melahirkan rasa terharu di atas sokongan kuat yang diberikan ibu dan bapa mentua Sarah yang sentiasa berada di sisi menantu mereka ketika dilanda badai dalam perkahwinannya.
Malah, Sarah sebelum ini turut berkata dia mempunyai sistem sokongan yang kuat lebih-lebih lagi daripada keluarganya serta keluarga mentua.
Menerusi perkongsian foto terbaharu di laman Instagram, ibu Syamsul Datin Patimah Ismail memuat naik gambarnya bersama menantu beserta kapsyen yang cukup jelas menggambarkan hubungan rapat di antara mereka.
“Lunch bersama menantu saya, isteri Syamsul Yusof, Alhamdulillah,” tulis ibu mentua Sarah.
Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 37, turut dilihat membalas di ruangan komen dengan meluahkan rasa sayang terhadap ibu mentuanya yang dipanggil mama.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji hubungan baik Sarah dengan ibu mentua meskipun sedang berdepan kemelut rumah tangga.
“Anak menantu, mak mertua baik.
“Love to see this support system. Moga Allah permudahkan semuanya. Dikurniakan bahagia, tenang dunia akhirat.
“Menantu paling cantik, baik dan sempurna di mata seorang ibu mentua… tiada tandingan.
“Bagus betul la datin ni, dia cakap bagi jelas ni menantu dia, isteri Syamsul tu. Kalau tak reti lagi tak tahu la.
“Untungnya Sarah dapat mentua yang baik,” komen beberapa netizen.
Sekadar informasi, Sarah mendirikan rumah tangga dengan Syamsul pada 8 Mac 2014.
Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Memasuki minggu kedua tayangan, filem lokal yang mencetuskan fenomena, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan terus mencatatkan jumlah kutipan yang membanggakan apabila berjaya mencecah sebanyak RM53 juta.
Menerusi video yang dikongsikan di laman Instagramnya, pengarah filem tersebut, Syamsul Yusof meluahkan rasa syukur di atas sambutan hangat yang diterima daripada seluruh peminat filem tempatan.
“Nak buat video ni untuk cakap terima kasih banyak kepada korang yang banyak DM (mesej) saya. Tak dapat buka satu-satu. Tapi saya sangat hargai.
“Filem Mat Kilau hari ni yang ke-13 tayangan. Still showing, still going strong. Setakat ni RM53 juta. Luar biasa guys, kuasa Allah.
“Walaupun hari kerja, still penuh sehingga ke hari ini. Thank you so much guys.
“Filem Malaysia boleh pergi jauh. Allah is the greatest. I love you guys,” katanya.
Untuk rekod, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang diterbitkan Studio Kembara Sdn. Bhd. menelan kos produksi sebanyak RM8 juta.
Filem epik ini mengisahkan perjuangan pahlawan Melayu, Mat Kilau serta rakan-rakannya dalam menentang penjajahan British pada era 1890-an.
Naskhah ini dibintangi ramai pelakon berbakat besar seperti Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Johan As’ari, Yayan Ruhian, Ali Karimi, Wan Hanafi Su, Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk Rahim Razali, Ellie Suriaty, Mubarak Majid, Farah Ahmad dan Zarina Zainordin.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Syamsul Yusof
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bimbang memikirkan risiko yang bakal dihadapi, penyanyi terkenal, Zamani mendedahkan dia sebenarnya takut untuk menjalani pembedahan bagi merawat penyakit tulang belakang melengkung atau skoliosis yang dihidapi sejak tiga tahun yang lalu.
Menurut Zamani, dia agak risau sekiranya berlaku sebarang komplikasi pada prosedur tersebut yang boleh mendatangkan risiko tak terduga seperti lumpuh kekal.
Bagaimanapun, dia akur dengan keadaan semasa dirinya lebih-lebih lagi apabila tulang belakangnya itu dikatakan telah mencucuk bahagian rusuk kananya yang menyebabkan kesakitannya itu makin melarat.
“Buat masa sekarang saya kena rujuk pakar neurologi terlebih dahulu. Tetapi ujian ujian Pengimejan Resonans Magnetic (MRI) sudah selesai.
“Saya pun agak takut juga. Saya pernah tontonan pembedahan tersebut di Youtube. Nampak macam seram juga.
“Keadaan sekarang memang agak sakit sebab. Dia dah kacau dan tercucuk di bahagian rusuk kanan. Keadaan tulang bengkok tu dah agak teruk.
“Rasanya memang dah teruk sangat. Kalau tak sakit, saya masih boleh tahan lagi. Bagi saya asalkan boleh buat kerja, kiranya okay la tu. Lagipun, siapa nak tengok artist bongkok sangat ni,” katanya.
Vokalis kumpulan Slam ini berkata sedemikian menerusi video yang dimuat naik oleh pengacara terkenal, Datuk Aznil Haji Nawawi ketik pertemuan mereka baru-baru ini.
Pertemuan tersebut diadakan oleh Pak Nil bagi menyerahkan sumbangan yang telah berjaya dikutip hasil bantuan orang ramai yang perihatin dengan nasib Zamani.
Jelas Aznil, wang berjumlah lebih RM120,000 telah pun dipindahkan ke dalam akaun Zamani.
“Dalam masa beberapa jam sahaja, saya dah dapat kutip RM30,000. Kemudian pagi esoknya bangun subuh, tengok-tengok sudah ada RM60,000.
“Ramai orang sayang Zamani dan mereka percaya saya. Saya ada dua juta pengikut Instagram tetapi apa gunanya kalau ada jumlah seramai itu tetapi tak bagi manfaat kepada orang lain,” kata Aznil.
Pada masa sama, penyanyi lagu Gerimis Mengundang ini turut memaklumkan individu yang meyakinkan dirinya untuk menerima sumbangan tersebut adalah isterinya sendiri.
“Saya sebenarnya nak berterima kasih banyak pada Pak Nil. Yang mendorong saya untuk terima bantuan ini adalah isteri saya. Orang rumah saya bagitahu, Pak Nil Nil ni sebenarnya dah banyak tolong orang. Bukan saya sahaja.
“Dia minta saya terima dan saya juga menerimanya dengan hati yang terbuka. Sebenarnya perkara ini tiada tekanan pun bagi saya sebab saya memang nak buat pembedahan ni. Kerana itulah saya nak ikhtiar dulu dengan penuhi jemputan menyanyi.
“Saya akan tetap jalani pembedahan cuma proses ini perlu ambil masa sebab prosedurnya sangat teliti,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, pemilik nama lengkap Zamani Ibrahim turut memberitahu, dia kita sudah tidak mahu lagi bergantung kepada ubat tahan sakit kerana memikirkan mengenai kesan sampingan yang akan ditanggung kelak.
“Kalau ikutkan memang saya tak nak buat pembedahan tetapi tiada cara lain. Sampai bila nak bergantung dengan ubat. Sekarang nak tidur malam pun susah,” ujarnya lagi.
“Doktor kata otot saya langsung tak berfungsi, tak sokong tulang belakang. Cuma saya difahamkan, tulang masih boleh dibaiki guna besi. Tetapi otot sahaja bermasalah.
“Doktor kaitkan sakit saya dengan penyakit yang pernah terjadi kepada bekas pemain bola sepak kebangsaan, Allahyarham Mokhtar Dahari. Kalau otot ada masalah, memang tak boleh buat pembedahan,” katanya.
Sementara itu, Zamani turut mendedahkan, insiden terjatuh daripada bilik air satu ketika dahulu mungkin menjadi punca utama penyakitnya itu.
Penyakit tulang belakang melengkung atau skoliosis dihidapi Zamani semakin serius sejak 2019 sehingga keadaan tubuhnya yang membengkok tidak dapat disembunyikan lagi daripada peminat.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Datuk Aznil Haji Nawawi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bekas isteri kepada pelawak dan pengacara terkenal Indonesia, Andre Taulany, dilaporkan kepada pihak polis atas dakwaan melakukan penganiayaan terhadap pembantu rumah.
Wanita berkenaan, Rien Wartia...