Berjaya menawan Puncak Kala Patthar di Nepal pada ketinggian 5643 meter, pelakon Azhan Rani berkongsi kesukaran yang dihadapi dalam usaha menjejakkan kaki ke kemuncak.

Ulasnya menerusi Instagram, meski negara sedang alami jerebu teruk, namun keadaan di sana lebih sulit apabila rata-rata pendaki menghadapi masalah sukar bernafas.

Malah ada yang terpaksa membeli tong oksigen dengan harga RM750 satu tong.

Dengar kata negara kita jerebu teruk. Susah nak bernafas time ni.

“Teringat masa aku masih kat ketinggian melepasi 4500m menghala ke #everestbasecamp dan puncak #kalapatthar yang tingginya 5643m tu betapa susahnya nak bernafas kat situ.

IKLAN

“Biar seindah mana pemandangan kau hadap apalah ertinya dengan separuh nafas mencungap.

“Belum lagi nak tidur waktu malam dengan suhu negatif degree tak boleh baring kena tidur dalam keadaan duduk sebab susah bernafas dan betapa mahalnya jika kau memerlukan oksigen yang harganya satu tong mencecah usd 180 yang cuma boleh bertahan sejam.

“Maka nikmat mana yang kau nak dustakan dibanding apa yang ada di negara kita, betapa banyaknya pokok2, betapa mewahnya oksigen tanpa bayaran maka sejauh mana pula kita menzahirkan kesyukuran dengan nikmat terhidang di depan mata,” tulisnya.

IKLAN

Pada masa sama, pelakon hebat ini turut menyelar golongan yang sering berbicara mengenai pencemaran alam namun hanya tahu memudaratkan.

Aahhhh angguk2 acah2 paham pastu segala hutan sibuk ko nak tebang, segala bukit habis ko tarah sungai2 habis kering kontang.

“Pastu sambil hisap rokok ko cakap pasal kempen alam sekitar. ahhhh ni yang aku tak suka bila start bagi takirah pagi ni. ni semua pasal kat sini diluar tu hujan dan aku tak mula jalan turun lagi.

IKLAN

“Hari ni perjalanan turun terakhir kami meninggalkan #ebc dari #monjo menuju #lukla.. #salamjumaat mohon doakan kami,” tambahnya lagi.

View this post on Instagram

dengar kata negara kita jerebu teruk.. susah nak bernafas time ni.. teringat masa aku masih kat ketinggian melepasi 4500m menghala ke #everestbasecamp dan puncak #kalapatthar yang tingginya 5643m tu betapa susahnya nak bernafas kat situ.. biar seindah mana pemandangan kau hadap apalah ertinya dengan separuh nafas mencungap.. belum lagi nak tidur waktu malam dengan suhu negatif degree tak boleh baring kena tidur dalam keadaan duduk sebab susah bernafas.. dan betapa mahalnya jika kau memerlukan oksigen yang harganya satu tong mencecah usd 180 yang cuma boleh bertahan sejam.. maka nikmat mana yang kau nak dustakan dibanding apa yang ada di negara kita.. betapa banyaknya pokok2 , betapa mewahnya oksigen tanpa bayaran.. maka sejauh mana pula kita menzahirkan kesyukuran dengan nikmat terhidang didepan mata… ahhhh angguk2 acah2 paham pastu segala hutan sibuk ko nak tebang, segala bukit habis ko tarah.. sungai2 habis kering kontang… pastu sambil hisap rokok ko cakap pasal kempen alam sekitar… ahhhh ni yang aku tak suka bila start bagi takirah pagi ni.. ni semua pasal kat sini diluar tu hujan dan aku tak mula jalan turun lagi.. hari ni perjalanan turun terakhir kami meninggalkan #ebc dari #monjo menuju #lukla.. #salamjumaat mohon doakan kami🙏 #acah2deep 13 september 2019 #day14 بسم الله الرحمن الرحيم #gorakshep – #everestbasecamp @summit.attack.resources #sar #summitattackresources #nepal #everestbasecamp #sartoebc #mmjoutdoorcamp #risetopower #selamatharikemedekaanke62 #acah2hiking

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani) on

Perkongsian pelakon Nur ini mendapat pelbagai reaksi netizen dan rata-rata mendoakan keselamatannya serta para pendaki lain.

Foto : Instagram Azhan Rani

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI