Ads

Dengan Sekali Lafaz, Mawar Rashid Sah Bergelar Isteri Raf Yaakob

Petang yang cukup bahagia ini telah menyatukan dua hati antara pelakon cantik, Mawar Rashid dan Raf Yaakob kini sudah bergelar suami isteri yang sah.

Mawar yang telah diwakili oleh abangnya sah bergelar isteri dengan sekali lafaz sahaja.

Majlis pernikahan mereka ini telah berlangsung di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur dan dihadiri oleh ahli keluarga, teman-teman rapat serta rakan media.

Dalam majlis tersebut, Raf telah menyerahkan mas kahwin sebanyak RM900, tujuh dulang hantaran berbalas sembilan daripada pihak perempuan.

Ads

Mawar dilihat sungguh anggun dengan busana bertemakan Jawa, berbaju lace putih serta berkain batik.

Antara selebriti yang turut hadir memeriahkan majlis adalah, abang Raf sendiri, Datuk Fazley Yaakob, Emma Maembong, Syamim Farid, Ruhainies, Raysha Rizrose dan ramai lagi.

Ads

Semoga masjid yang telah dibina ini dirahmati dan kekal hingga ke jannah.

Tahniah diucapkan buat Mawar dan Raf dari kami di MH Online.

Ads

Ini di antara video yang sempat kami rakamkan sepanjang majlis berlangsung.

Anda mungkin berminat dengan

Posted by MEDIA HIBURAN on Wednesday, 8 November 2017

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Kalau Boleh Nak Wani Kayrie,” – FM Group Impi Bintang ‘Cak...

Warisan budaya Malaysia tidak seharusnya hanya diraikan ketika festival atau sambutan tertentu, sebaliknya perlu dibawa lebih dekat dengan generasi muda agar terus relevan dan...