Gara-gara terlampau berani melakukan aksi-aksi extreme di atas bangunan pencakar langit, seorang remaja lelaki maut jatuh bangunan.

Wu Yongning yang terkenal dengan aksi-aksi berani matinya telah membuatkan ramai netizen terkejut dan tergamam melihat stunt-stunt yang dilakukannya.

Demi Menanggung Kos Perubatan Ibu dan Melamar Kekasih, Remaja Lelaki ‘Berani Mati’ Maut Jatuh Bangunan

Namun baru-baru ini berita kematiannya telah membuatkan ramai penduduk di China ‘tidak percaya’ dan menjadi takut apabila individu yang telah dianggap sebagai ‘pro’ ini kehilangan nyawa apabila melakukan sesuatu yang dianggap sebagai ‘makanannya’.

Lebih memilukan apabila video kematiannya itu tersebar di internet baru-baru ini.

IKLAN

Menurut beberapa portal, Wu telah ‘menghilangkan diri’ sejak sebulan yang lalu dan langsung tidak memuat naik sebarang update hingga menyebabkan ramai tertanya-tanya ke mana Wang telah pergi.

Namun salah seorang rakan terdekatnya telah mengeluarkan statement dan mengesahkan tentang kematian rakan yang terjatuh ketika melakukan aksi.

MH difahamkan, Wu telah jatuh dari salah satu bangunan tertingga di Changsha, ibu kota wilayah Hunan dengan ketinggian 62 tingkat.

Melalui sebuah portal di China, Wu tidaklah lakukan aksi tersebut dengan sengaja, sebaliknya ingin menyahut cabaran beraksi di atas bumbung dan merebut habuan wang sebanyak 15,000 USD.

IKLAN

Menurut penerangan salah seorang ahli keluarga, Wu sebenarnya memerlukan ganjaran tersebut kerana ingin melamar kekasihnya dan menanggung rawatan kos perubatan ibunya.

Wu memang terkenal dengan hobinya yang suka mencabar keberanian memanjat bangunan pencakar langit dan menangkap gambar cara yang paling extreme tanpa sebarang barangan keselamatan.

Tak nak cakap banyak korang lihat sendiri beberapa aksi Wang yang memang mencabar keberanian diri!

Demi Menanggung Kos Perubatan Ibu dan Melamar Kekasih, Remaja Lelaki ‘Berani Mati’ Maut Jatuh Bangunan

IKLAN

Demi Menanggung Kos Perubatan Ibu dan Melamar Kekasih, Remaja Lelaki ‘Berani Mati’ Maut Jatuh Bangunan

Demi Menanggung Kos Perubatan Ibu dan Melamar Kekasih, Remaja Lelaki ‘Berani Mati’ Maut Jatuh Bangunan

Demi Menanggung Kos Perubatan Ibu dan Melamar Kekasih, Remaja Lelaki ‘Berani Mati’ Maut Jatuh Bangunan

https://youtu.be/VfweZqxw2SI

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI