HomeBerita“Degree, Master & PHD, Itu Semua Nombor 2 Atau 3…,” – Ada...
“Degree, Master & PHD, Itu Semua Nombor 2 Atau 3…,” – Ada Tanya Macam Mana Anak-Anak Nak Dapat Sijil Kalau ‘Home Schooling’, Suhaimi Saad Utamakan Keredaan Allah
Umum mengetahui, bekas penyanyi nasyid, Suhaimi Saad telah menetapkan anak-anaknya untuk menjalani proses pembelajaran di rumah (home schooling) berbanding sistem pembelajaran yang dilalui oleh kanak-kanak lain.
Lantaran itu, timbul pula persoalan bagaimanakah tahap pembelajaran anak-anaknya itu bakal diukur sekiranya mereka tidak menduduki peperiksaan-peperiksaan khusus.
Bagi menjawab persoalan tersebut, bekas anggota kumpulan Inteam itu telah pun memuat naik sebuah video di akaun Tik Tok miliknya pada Isnin.
Menurut Suhaimi, cara pemikirannya dengan orang-orang kebanyakkan mungkin berbeza kerana keutamaan dia sekeluarga hanyalah untuk mendapatkan keredaan daripada Allah SWT.
“Saya cuba jelaskan, pertama sekali, saya nak korang faham yang cara fikir, cara hidup dan matlamat hidup saya tak sama seperti orang kebanyakkan tapi saya tak pernah merasakan saya ini yang terbaik.
“Tujuan saya belajar dan bagi pendidikan serta ilmu pada anak-anak adalah jelas. Kita belajar kerana Allah. Belajar untuk dapatkan ilmu, beramal dan berbakti pada diri, keluarga agama, bangsa dan negara.
Ads
“Sijil degree, master dan phd semua nombor dua atau tiga. Itu bukan matlamat dan sasaran kita yang utama,” katanya.
Malah, Suhaimi juga turut berpandangan sijil, kelulusan serta pangkat yang diraih oleh seseorang itu hanya akan membuatkan diri mereka leka seterusnya lari daripada matlamat hidup yang sebenar.
“Saya pernah masuk tadika, sekolah kebangsaan, sekolah menengah, mahad tahfiz dan UIA, saya perhati ramai orang yang ada ilmu, kelulusan dan jawatan tapi solat pun tak.
“Bila mereka dapat jawatan, dia mengamalkan riba. Bila ada kedudukan, dia beri dan terima rasuah. Dia pecah amanah dan tiada intergriti. Ilmu, kelulusan, sijil dan jawatan ada. Jadi, saya tidak mahu ini berlaku pada anak-anak.
Ads
“Kita hidup di dunia ini dengan matlamat untuk kekal di syurga. Dunia ini cuma jambatan sahaja. Jadi, sijil bukan keutamaan.
“Memang saya tahu ada yang menganggap sijil ni penting sangat tapi bukan bagi saya. Ramai yang saya kenal belajar di pondok dan tahfiz, hidup mereka lebih berjaya dan kehidupan mereka lebih baik,” ujarnya lagi.
Bagaimanapun, penyanyi lagu Kias Cinta ini mendedahkan dia tidak akan menghalang anak-anaknya untuk menjalani ujian khusus bila sudah mencapai usia yang ditetapkan.
“Kehidupan ini bukan dinilai melalui sijil, kelulusan atau kedudukan. Yang tengok baik buruk kita, berjaya atau tidak ini hanya Allah. Kejayaan itu harus dinilai dari sudut pandang Allah SWT dan bukan manusia.
Ads
“Kalau nak sangat sijil nanti bila dah cukup umur, boleh daftar sebagai calon persendirian di sekolah-sekolah yang berhampira. Kita dudukilah SPM tahun tu belajar betul-betul.
“Bila dah dapat sijil bolehlah nak sambung ke mana-mana yang kita mahu,” akhirinya.
Untuk rekod, Suhaimi berkahwin dengan Ina Naim pada 12 Ogos 2007 dan dikurniakan 4 orang cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Tik Tok Suhaimi Saad & Foto Carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Eyra Hazali dan suaminya yang juga penjaga gol pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Haziq Nadzli sepakat namakan anak kedua mereka iaitu Muhammad Endra Haqimie.
Perkara tersebut dikongsikan Eyra menerusi satu hantaran terkininya di Instagram, yang disertakan dengan foto raya mereka sekeluarga.
“Bismillahirrahmanirrahim. MasyaAllah. Kenalkan putera kedua kami, Muhammad Endra Haqimie,” tulis Eyra ringkas sebagai kapsyen yang sekaligus turut berkongsi wajah penuh permata hatinya itu buat tatapan peminat.
Muhammad Endra Haqimie dilahirkan pada 29 April lalu kira-kira jam 6.18 petang.
Meninjau ke ruangan komen, para peminat turut menitipkan doa yang baik-baik buat mereka sekeluarga selain mendoakan agar kedua anaknya membesar sebagai anak soleh.
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada pada 1 November 2019 dan turut dikurniakan seorang lagi cahaya mata lelaki, Muhammad Hayder Qhalish
Tahniah diucapkan kepada pelakon Sheera Iskandar yang telah selamat melahirkan cahaya mata sulungnya, kira-kira 7.31 malam, 22 Mei lalu.
Khabar berita itu dikongsikan oleh suaminya, Mohd Halim Abd Ghani menerusi platform akaun media sosial Instagram aktres berkenaan.
“Bismillahirahmanirrahim Alhamdulillah Syukur kehadrat Illahi segala puji bagi Allah yang maha Esa.
“Isteri Saya Sheera selamat melahirkan Puteri Kami pada 22-05-2022 jam 1931hrs,” tulisnya.
Suami kepada pelakon drama Janji Diana ini menitipkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kesejahteraan buat isterinya.
“Jutaan Terima kasih kepada semua atas doa dan ucapan. Terima kasih juga buat para petugas PPUKM, Doktor2 dan nurse2 yang telah menjaga dengan baik anak dan isteri Saya yang tercinta,
“Saya amat menghargainya Hanya Allah swt sahaja yang dapat membalasnya Amin amin ya rabbal alamin#syukur #baby #sheerahalim,” tulisnya lagi.
Sekadar informasi, anak kepada pelakon veteran Aznah Hamid ini pernah berkahwin dengan Abdullah Harun pada Ogos 2015, sebelum bercerai pada hujung tahun 2018.
Selepas itu, Sheera mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama suaminya, Mohd Halim Abdul Gani pada tanggal 3 Mei tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Sheera Iskandar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon terkenal siri Sex and the City, Kim Cattrall, selamat bergelar isteri kepada pasangannya, Russell Thomas, dalam satu majlis perkahwinan serba sederhana yang berlangsung...