Pelakon Tasha Shilla berkongsi berita gembira apabila dia kini sedang hamil cahaya mata kedua.
Menerusi hantaran di Instagram, Tasha memberitahu usia kandungan sudah masuk mingg ke-26 dan dia turut mendedahkan pengalaman mengandung kali ini agak berbeza.
“Anak kedua ni terasa nak bersolek je. Thank you @bellahudd terubat rindu sentuhan #bellahuddsignature #26weekspregnant,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Menerusi ruangan komen, rakan serta peminat turut menitipkan ucapan tahniah buat pelakon drama Mimpi Sabrina itu. Antaranya;
Ads
“Congratulations again sayangku. You’re always the prettiest!”
“Semoga dipermudahkan urusan Tasha. Alahai macam sebut nama anak sulung sndiri yanb 9 tahun…”
“Alhamdulillah, tahniah sis.”
Ads
Dalam pada itu, Tasha turut akui kali ini dia ‘mengidam’ mahu berlakon dan akhirnya berpeluang berada di set penggambaran selama lima hari.
Sekadar informasi, Tasha mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Muhammad Atiq Idris pada 28 Februari 2020 dan pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Raees Zander.
Ads
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Instagram Tasha Shilla
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Walaupun sudah memasuki minggu kedua Syawal, kemeriahan Hari Raya Aidilfitri masih lagi terasa sehingga kini.
Agenda kunjung mengunjung rumah sanak saudara dan rakan-rakan masih lagi diteruskan mengikut tradisi dari zaman berzaman.
Dalam kemeriahan berhari raya, penyanyi Beby Acha tidak ketinggalan merasa sayu apabila sudah 12 tahun beraya tanpa kehadiran abangnya yang merupakan vokalis kumpulan Spin, Achik.
Menurut Beby Acha atau nama sebenarnya, Nur Aishah Md. Shari, 31, setiap kali Syawal dia pasti terkenang memori indah bersama Allahyarham Achik.
“Jarak usia kami lapan tahun, ketika arwah meninggal dunia, saya sudah pun berusia 19 tahun. Jadi banyak jugalah kenangan Aidilfitri bersama arwah.
“Arwah ini kelakar dan agak nakal orangnya. Kegemaran arwah adalah bakar mercun dalam terowong, jadi bunyi letupan itu lebih kuat.
“Bila raya, arwah tidak kedekut untuk belanja adik-adik dan beri duit raya. Walaupun arwah sudah berkahwin, dia tidak melupakan tanggungjawab pada adik-adik.
“Keluarga kami juga besar, jadi bila dapat berkumpul beramai-ramai, rasa seronok sangat. Sekarang ini walaupun masih berkumpul bersama, tetapi momen ketika kecil dulu tidak sama macam sekarang,” katanya kepada Media Hiburan.
Beby Acha meraikan Syawal di kampung halaman di Labu, Negeri Sembilan bersama ibu bapa serta adik-beradiknya termasuk adiknya, penyanyi Tajul Ariff.
Sekadar info, Achik atau nama sebenarnya, Abdillah Murad Md. Shari meninggal dunia selepas terlibat dalam nahas jalan raya di Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas) pada 18 April 2010.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Beby Acha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sebagai penghibur, Norazlina Amir Sharipuddin atau Amelina mengakui ada ketikanya dia terhibur melihat gelagat para peminat tiap kali dia membuat persembahan pentas.
Menurut Amelina, penonton yang menyaksikan persembahannya sentiasa mencuit hati, sporting dan menghiburkan.
Namun begitu, penyanyi yang sinonim dengan lagu Rindu ini tetap profesional membuat persembahan.
Bagi ibu kepada enam orang cahaya mata ini, dia harus tetap menyantuni mereka dengan baik dan mesra.
“Kaklong ni kalau buat show tapi kaklong juga yang mudah terhibur.
“Kadang-kadang mengekek-ngekek atas stage bila tengok penonton & peminat yang ada macam-macam gelagat. By the way itu lah be nice to everyone,” tulisnya di Instagram.
Pelakon, Abby Abadi menzahirkan rasa syukur selepas berkesempatan untuk berkumpul semula bersama seluruh anggota kumpulan wanita popular yang pernah dianggotainya satu ketika dahulu, Elite untuk sebuah program televisyen baru-baru ini.
Menurut Abby, kesemua mereka masih mempunyai perangai dan sikap yang sama seperti mana diawal perkenalan mereka sejak 27 tahun yang lalu.
Katanya lagi, pertemuan tersebut juga sarat dengan perkongsian kisah-kisah serta momen-momen lama sepanjang mereka bersama kumpulan tersebut.
“Alhamdullillah Elite. Dapat berkumpul bersama hari ini untuk program Nona (ulang tahun ke 38, TV3). Terima kasih kerana sudi jemput Elite. Amat kami hargai.
“Sedar tak sedar dah 27 tahun dah Elite rupanya ya. Syukur. Bila ditanya tentang kenangan-kenangan dulu, alahai, terkenang-kenang hehe.
“Perangai pun masih sama, ada sikit je berubahnya haha. Masih comel-comel semua hihi. Masih sihat, masih gigih bekerja, masih boleh bersembang dan beriang ria macam dulu kala ye,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon drama, Gerak Khas itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Dikesempatan itu juga, Abby turut menitipkan nasihat buat kesemua sahabat-sahabatnya itu untuk sentiasa mendekatkan diri dengan Allah SWT untuk menjadi umat Islam yang lebih baik.
“Apapun jangan lupa, berterima kasih pada ALLAH untuk umur yang panjang ini sahabat-sahabat. Kita sama-sama terus berusaha perbaiki diri ok sayang-sayangku semua.
“Dah merasa semua kan? Jadi serah diri pada ALLAH untuk masa depan yang lebih baik ya. Bukan hanya untuk dunia, tapi untuk akhirat juga. Love U All Lillahi Taala. Dunia wal Akhirat,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa teruja dan berharap agar persahabatan mereka berkekalan hingga ke akhir hayat.
“Peh, dulu minat gila dengan Elite ni Ya Allah. Rasa diri dah tua pula.
“Mesti tengok ni nanti dalam Nona. Kumpulan asal Elite. Masih cantik semuanya dan masih aktif lagi dalam dunia seni.
“Semua cantik-cantik. Suka tengok dari dulu.
“Sekejap je masa berlalu kan Tapi tetap cantik-cantik semua macam dulu.
“Alhamdulillah semua dapat berkumpul ramai-ramai. Sukanya tengok,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Sekadar informasi, selain Abby, Elite juga turut dianggotai oleh Azza, Sasha Saidin, Watie Sadali dan Linda Rafar.
Elita memulakan debutnya didalam industri seni tanah air pada tahun 1995 sebelum menerbitkan album pertama mereka pada tahun 1996.
Antara lagu-lagu yang mencetuskan fenomena pada ketika itu adalah seperti G.I.G, Manisnya Senyumanmu, Tamparan Wanita dan banyak lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Abby Abadi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Enggan terus berada di takuk lama, penyanyi Haqiem Rusli menegaskan dirinya kini bersedia untuk mencuba sesuatu yang baharu dan keluar daripada zon selesa demi memastikan kerjayanya terus berkembang.