Kehebatan vokal Syamel, tidak perlu dipertikaikan lagi. Terbaru, Syamel telah mendapat perhatian penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza.

Siti menyatakan rasa kagumnya menerusi Twitter miliknya, sebaik sahaja Syamel selesai menyampaikan lagu tersebut.

“Oh Syamel nyanyian itu sangat memukau,” tulisnya.

Datuk Siti Nurhaliza Puji Nyanyian Syamel

Syamel yang berani tampil membawakan lagu Datuk Siti pada konsert AF Megastar dipuji peminat.  Akhirnya terbukti tuah Syamel apabila berjaya ke peringkat seterusnya. 

Oleh itu, peminat juga berharap agar Syamel dapat mengekalkan momentum persembahan pada setiap minggu. 

IKLAN

Perkongsian pelantun lagu Mikraj Cinta itu telah menerima lebih daripada 1677 likes setakat ini. Rata-rata pengikutnya meminta Syamel dan Datuk Siti berduet bersama.

Datuk Siti Nurhaliza Puji Nyanyian Syamel

Selain Datuk Siti sendiri, Syamel juga lulus membawakan lagu Diari Hatimu, yang pernah menjadi fenomena ketika dahulu.

IKLAN

Datuk Siti Nurhaliza Puji Nyanyian Syamel

Syamel kini popular dengan lagu Lebih Sempurna yang sedang hangat dimainkan di corong-corong radio. Sebelum ini, Syamel bersama penyanyi Erni Zakrie mendapat tempat pertama dalam pertandingan akhir Duo Star.

IKLAN

Selain Syamel, Indah Ruhaila, Bob, Idayu, Marsha, Amir Jahari, Adira, Shahir, Amir, Sufie, Ewal dan Azhar antara 12 daripada 24 peserta diumumkan sebagai peserta program realiti Akademi Fantasia (AF) Megastar.

Datuk Siti Nurhaliza Puji Nyanyian Syamel

 

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official[/su_heading]

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI