Selepas kes kontroversi cuba mengoda seorang gadis di Instagram, kini Datuk Red dikatakan buat hal sekali lagi dengan membuat kenyataan berani mati apabila mengaku sedang mengenali hati seorang gadis berasal dari Sabah.

Dikhabarkan gadis tersebut merupakan seorang pelakon baru yang hanya dikenali sebagai N dan merupakan seorang peserta program realiti TV terkenal.

Datuk Red Umum Serius Cari Bakal Isteri ke-3

Malah MH Online juga difahamkan perkara ini dapat dihidu sendiri oleh isteri keduanya iaitu Adira selepas pelakon terbabit sendiri mengaku tentang hubungan sulitnya.

IKLAN

Malah melalui sebuah portal hiburan tempatan, mStar Online Datuk Red juga akui dia telah dimarahi isteri keduanya itu dan menganggap N bertindak seperti itu kerana ada sesuatu yang dia gagal turuti.

MH Online segera menghubunginya dan bertanya apakah yang terjadi sebenarnya. Tanpa berselindung, Datuk Red bercerita kisah sebenarnya kepada kami.

“Ya memang benar saya sedang mengenali hati budinya. Tetapi saya sendiri tidak tahu apakah motifnya memecahkan rahsia dan mengadu semuanya pada Yayang (Adira).

“Saya serius sedang mencari isteri ketiga. Ini bukan main-main. Tetapi apalah nasib, saya cari yang serius saya dapat yang main-main,” katanya dengan nada kecewa.

Datuk Red Umum Serius Cari Bakal Isteri ke-3

IKLAN

Datuk Red turut memberitahu, kedua isterinya tidak ada masalah tentang itu. Cuma kurang bersetuju cara pelakon tersebut memberitahu isteri keduanya tentang hubungan mereka.

“Yayang okay sahaja, isteri pertama pun okay. Siap boleh makan bertambah. Cuma apa yang dia buat tu tak baiklah caranya.

“Dia buat Yayang (Adira) dengar cerita ni dari pihak lain bukan daripada saya sendiri.”

Namun apabila ditanya sejauh mana hubungan dia dan N kini, Red hanya mampu kata semuanya telah berakhir. Malah mengatakan N gagal memenuhi kriteria yang dia mahukan sebagai seorang isteri.

IKLAN

“Bagi saya, selepas penyebaran cerita ini hubungan kami berakhir begitu sahaja sebab saya memang tak nak N lagi. Dia langsung tidak memenuhi kriteria isteri yang saya cari.

“Bagi saya untuk menjadi salah seorang isteri haruslah ada sifat respek dan hormat semua orang sekeliling. Tetapi selepas apa yang jadi saya nampak N tiada ciri-ciri ini,” jelasnya dengan lebih lanjut.

Datuk Red Umum Serius Cari Bakal Isteri ke-3

Sungguh pun begitu, Red akui tidak serik untuk terus mencari calon bagi memenuhkan kuota.

Apa pun MH Online harap walaupun Datuk Red mampu beristeri tiga atau empat janganlah abaikan kudua-dua isteri serta anak-anak yang berada di rumah. All the best!

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI