Ads

Datuk Rafiena Suka Bernazar

Dalam kita bergembira menyambut hari lebaran, ada juga yang dalam kekurangan dan menyambut Syawal dengan ala kadar sahaja.

Bagi penerbit, Datuk Rafiena pula, selain meraikan lebaran bersama keluarga, dia tidak sesekali melupakan insan yang memerlukan dan baginya rezeki yang ada itu perlulah dikongsi bersama.

Oleh kerana itu, Rafiena akan mengadakan majlis bersama anak-anak yatim.

Ads

“Majlis bersama anak-anak yatim itu akan dibuat sama ada dalam bulan Ramadan ataupun ketika bulan Syawal. Pada ketika itu bukan anak-anak yatim sahaja yang diraikan malah semua ahli keluarga syarikat produksi saya iaitu Darkwave Pictures turut diraikan bersama.

 

“Lokasi majlis tersebut tidak tentu. Kadang-kadang saya akan buat di kediaman dan ada ketikanya di hotel. Saya akan menjemput juga pelakon-pelakon yang pernah berlakon dalam drama terbitan Darkwave Pictures Sdn Bhd,” katanya.

Menurut Rafiena lagi, berkongsi rezeki tidak semestinya pada hari raya sahaja. Jika ada rezeki lebih dia akan buat majlis kesyukuran.

Datuk Rafiena Suka Bernazar

Ads

“Sebenarnya saya suka bernazar. Selepas dapat rezeki lebih saya akan bersedekah pada anak-anak yatim. Tidak semestinya saya akan tetapkan untuk hari raya sahaja. Sebab bagi saya tidak perlu hari raya sahaja untuk bersedekah.

 

“Kita boleh membuat amal jariah pada bila-bila masa kerana apabila kita bersedekah kepada anak-anak yatim, pahalanya berganda. Cuma saya rasa pada bulan puasa dan hari raya orang banyak memberi.

 

“Jadi lebih baik saya meraikan mereka pada hari biasa. Biasanya anak-anak yatim yang saya pilih bukannya yang biasa diraikan oleh semua tetapi anak-anak yatim yang tinggal di ceruk-ceruk yang tidak diketahui ramai,” ujarnya.

Kebiasaannya, Rafiena akan memilih anak-anak yang tidak tinggal di rumah anak-anak yatim di sekitar Lembah Klang tetapi memillih mereka yang tinggal di luar bandar.

Ads

Sumber: Majalah Mingguan Wanita, Edisi Khas Syawal 2017

Anda mungkin berminat dengan

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook› Media Hiburan * Instagram› mediahiburanofficial * Youtube› Media Hiburan Official[/su_heading]

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Radin Selamat Bergelar Suami Nur Amirah, Serah Mas Kahwin RM15,020.26 &...

Pengacara dan penyampai radio, Radin selamat diijab kabulkan dengan pilihan hatinya, Nur Amirah Shamsulbahrin dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung di Ukay Hills Private Event Estate & Lifestyle Suites, Ampang, Selangor.
error: Hello. Cannot.