Pelakon dan penerbit, Datuk Rafiena Ezanee Ramli akhirnya gembira apabila drama terbitan terbitan syarikat produknya, Darkwave Pictures  berjudul Janin bakal ditayangkan kepada penonton menerusi saluran Astro Citra pada 22 Disember depan.

Meski drama tersebut sepatutnya ditayangkan beberapa tahun lalu, bagaimanapun ia terpaksa ditanggungkan atas beberapa faktor.

Katanya kepada MH, kekangan paling besar yang dialami adalah proses suntingan kerana melibatkan kesan khas CGI, selain penangguhan beberapa babak.

Datuk Rafiena Dedah Sanggup Tunggu Lubang Penapisan Najis Demi Janin!

“Alhamdulillah selain kami sibuk dengan penggambaran drama rantaian Syurgaku Tak Sempurna 2, saya gembira kerana drama lama terbitan kami, Janin akhirnya akan menemui penonton menerusi Astro Citra 22 Disember depan.

“Selepas enam tahun akhirnya ia baru boleh ditayangkan sebab kami ambil masa untuk edit kerana ada beberapa babak melibatkan suntingan CGI. Pada masa sama, kami juga terpaksa tangguh jadual penggambaran yang seterusnya memberi efek kepada pelakon terlibat,” kata Rafiena.

Kongsinya, penangguhan tersebut tidak dapat dielakkan.

IKLAN

“Pada masa sama, saya nak juga babak di lubang penapisan najis bagi melengkap dan mencantikkan jalan cerita. Saya mahu intro dan pengakhiran cerita berlaku di lokasi tersebut kerana akan ada babak mayat dan janin dicampakkan ke dalam logi najis.

Datuk Rafiena Dedah Sanggup Tunggu Lubang Penapisan Najis Demi Janin!

“Cuma ketika kami mahu lakukan penggambaran, ada sebuah kereta yang menghalang laluan ke pintu masuk logi. Jadi mahu tidak mahu kami terpaksa tunggu pemilik kenderaan yang parkir kereta di kawasan berkenaan yang ketika itu berada di luar kawasan.

“Secara tidak langsung, ia terpaksa ditangguh lalu turut menyumbang kepada percanggahan jadual para pelakon apabila lokasi tersebut sudah boleh menjalani penggambaran. Itu yang menyebabkan jadual penggambaran tersasar sedikit,” terang Rafiena yang akui hampir putus asa demi merakamkan babak berkenaan.

IKLAN

Datuk Rafiena Dedah Sanggup Tunggu Lubang Penapisan Najis Demi Janin!

Janin, lakonan mantap Erina Malik, Jasmin Hamid dan Redza Rosli itu mengisahkan mengenai pasangan suami isteri yang terlibat di dalam aktiviti mengambil janin demi tujuan kecantikan buat para pelanggan.

“Mereka buka klinik secara haram dengan mengambil janin. Seperti yang kita tahu, janin turut sinonim dengan kecantikan, seperti placenta juga. Jadi daripada situlah berlakunya konflik sebab turut melibatkan elemen mistik,” akhirinya.

Datuk Rafiena Dedah Sanggup Tunggu Lubang Penapisan Najis Demi Janin!

IKLAN

Terdahulu, produksi tersebut juga baru sahaja selesai menjalankan sesi uji bakat untuk mencari para pelakon baru demi mengisi beberapa watak untuk beberapa buah drama dan filem yang bakal diterbitkan.

Malah, individu terpilih juga bakal diserapkan dalam agensi bakat syarikat berkenaan. Sesi Uji bakat telah dilakukan selama dua hari, bermula Sabtu minggu lalu.

Datuk Rafiena Dedah Sanggup Tunggu Lubang Penapisan Najis Demi Janin!

Foto: Azrul Rafie

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI