Tular di media sosial apabila penampilan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi tumpuan gara-gara fesyen kemeja yang digayakan.
Lebih kreatif netizen telah membuat seleksi pelbagai kuih muih sebagai perbandingan dengan corak baju yang dikenakan.
Jovian Mandagie turut memberikan reaksi dan terhibur dengan kreativiti netizen.
Ads
“Lapar sangat ye kamu semua ni @ismailsabri60 look at these Pa,” kongsinya.
Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan pelakon jelita, Datin Paduka Eina Azman yang mahir menyediakan pelbagai menu makanan yang melazatkan.
Terbaru, menerusi akaun Instagram milik Eina, ibu kepada dua cahaya mata ini memaklumkan dia kini baru sahaja menceburi bidang perniagaan makanan secara dalam talian.
Eina menjelaskan, dia ingin memberi peluang kepada peminat untuk merasai hasil masakannya.
“Hi guys Assalamualaikum semua… Untuk bulan puasa ni, Eina open order untuk sesiapa yang nak rasa air tangan Eina.. So uolls boleh follow @itsdonebyeinaazman untuk order ok!
“Penghantaran akan bermula esok so uolls order cepat cepat ok!,” tulisnya.
Di samping itu, rata-rata peminat meluahkan rasa teruja dan gembira untuk merasai masakkan air tangan Eina.
Untuk rekod, Eina atau nama penuhnya Ainur Syakina Azman dilahirkan pada 13 Mac 1995 dan telah mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Datuk Paduka Kaiser Gurmit Harden pada 31 Ogos 2014.
Pasangan itu dikurniakan pasangan anak kembar, Arianna Aubrey dan Karl Kareef.
Foto: Instagram Eina Azman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sekumpulan doktor lelaki mencuri tumpuan pengguna media sosial apabila melakukan cabaran video yang menjadi sensasi internet ketika ini, #DontRushChallenge.
Dikongsikan doktor viral yang juga hos My Doctors, Say Sharzil menerusi platform Instagramnya pada Rabu, rata-rata pengikut rasa terhibur dengan gelagat sembilan para doktor yang terlibat di dalam cabaran berkenaan, termasuk Dr Che Hafiz dan instafamous, Dr Afiq Anuar.
“Dentist dah buat. Doktor perempuan dah buat. Bagi chan la kat kami doktor lelaki nak buat Dont Rush Challenge ni skit. “Awat lambat sangat doc?”.
“Well we save the best for last untuk anda maka here u go peeps. Disarankan tonton lepas berbuka takut ade yang makruh kat mana2 ke ahaha. By the way comei ade baby Ace skali dalam ni.
“Tang part sy tu dari bapak jadi duda ooops melawak melawak, saya tarik balikkk (suami mana tak takut bini uiii),” tulisnya pada ruangan kapsyen IG TV yang dikongsi.
Video yang mempunyai durasi kira-kira 2 minit 39 saat itu sudah pun ditonton lebih hampir 50,000 kali.
Foto: IG TV Say Shazril
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengacara Iesya Toh berkongsi maklumat akan perintah terbaru berkait dengan pelaksanaan solat berjemaah sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Jelasnya hanya 12 orang jemaah sahaja dibenarkan manakala golongan pesakit berisiko, warga emas berusia 70 tahun ke atas dan kanak-kanak bawah 15 tahun tidak dibenarkan menyertai solat jemaah.
“12org jemaah yg dibenarkan. Sebenarnya new norm ni, byk perubahan, dah dibenarkan hanya mereka yg SIHAT, Xde penyakit BERISIKO, 70tahun ke atas x boleh bjemaah dahulu & 15tahun ke bawah pun x boleh bjemaah dahulu.
“Tak boleh bersalaman.. abis solat, doa & terus balik.
“BALIK RUMAH TERUS! XDE SINGGAH MANA2 DAH.. SAMPAI RUMAH, TERUS MANDI. Sebelum sentuh ahli keluarga yg lain! Itu new norm. ANDA BOLEH DISPLIN?,” jelasnya.
KERAJAAN membenarkan semua masjid, surau Jumaat dan surau terpilih di Wilayah Persekutuan berstatus zon hijau menunaikan solat Jumaat, berjemaah, tarawih dan Aidilfitri ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Namun, buat masa ini hanya jemaah lelaki dibenarkan terlebih dulu menunaikan solat berjemaah berkenaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, perkara itu diputuskan selepas resolusi Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang bersidang 8 Mei lalu sebelum dipersembahkan dan diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja-Raja Melayu.
Menurutnya bilangan jemaah bagi solat Jumaat dan lain-lain solat berjemaah adalah tidak kurang daripada tiga orang tidak termasuk imam dan tidak lebih daripada 30 orang.
Foto : Instagram Iesya Toh
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pempengaruh sensasi, Sajat Kamaruzzaman meluahkan rasa sebak apabila terpaksa berpisah dengan ibu tersayang selepas dua minggu meluangkan masa bersama, baru-baru ini.