
Bergelar selebriti atau tidak, sudah menjadi impian untuk memiliki dekorasi kediaman yang cantik, mewah dan elegan.
Baru-baru ini, pelakon Ain Edruce atau nama sebenarnya Nurulain Edruce ada berkongsi cerita tentang dekorasi kediamannya bersama pengikutnya di akaun Instagram miliknya.
Di samping berkongsi foto sebelum dan selepas melakukan dekorasi di kediamannya, Ain mengakui dirinya bersikap cerewet apabila melibatkan perihal dekorasi rumah.
“OMG. jumpe balik gamba ni baru sedar… dr zero to hero.
“Aku ni sejenis cerewet tau especially bab2 nk cantik kan rumah ni. Sebenarnye concept nak traditional bali, Gelap2 gitu tapi mirul kata rumah gelap rezeki x masuk.
“Haha then, we decided to do modern bali..
Thank you to @cosyforus for making it happen. Worth every penny..,” tulisnya.
Sekadar informasi, Ain telah sah bergelar isteri kepada Amirul pada 13 Disember 2019.
Dan kini, Ain mengumumkan sedang hamil anak pertama pada November lalu.
Foto: Instagram Ain Edruce
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
DS Aliff Syukri Ada Rumah Di Pavilion Pada Harga RM6 Juta, Beli Pakai Duit KWSP!

Bukan mudah menjadikan sesuatu impian itu sebagai satu kenyataan. Misalnya itulah yang boleh disimpulkan buat usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri.
Menerusi Instagram, penyanyi Abang Nak Tegur itu mengakui dirinya perlu ada azam dan impian bagi membeli rumah di kawasan elite, Pavilion.
Pada masa sama, dia bukan mahu menunjuk-nunjuk. Sebaliknya hanya ingin berkongsi bahawa anak felda juga mampu menggapai impian jika berusaha.
“Lawa x rumah abag ni.. bebetul atas pavilion ..mudah abg nak shopping??? impian dan harapan.. dan berdiri dari hasil sendiri harapan.
“Haa impian dan jga harapan abg waktu baru nak up niaga… kdg kala ada org kata abag suka menunjuk. tetapi sbnrnya ramai org tk thu ini adalah impian abag mmpunyai antara rumah partmen paling mahal di malaysia ni.. di tgh2 kota kuala lmpur yg
“Abang ni asal kmpg felda kecau 1 dan teringin nak ada umah di tgh bndar… kdg rasa mcm tak logik rmah yg berkeluasan 3ribu Sft.. ini harganya hampir 6juta. tetapi ini adalah nilai yg perlu dibayar,” tulisnya.
Jelasnya lagi, rumah impian ini dibeli hasil simpanan KSWP.
“Dulu abag.. tanamkan azam klau ada duit yg lebih abag nakk ada rumah persinggahan abag sndiri.. weeknd house… syukur alhamdulillah ada dherb dan @as.legacymalaysia .. abag dpt mmbeli rumah ini hnya hasil duit KWSP abag..iyee duit kwsp abag.
“Lebih kurang 5 tahun abag niaga hasil dripada mnyimpan kwsp abag mndpt mempunyai rumah di sini… ini adalah salah satu impian abag.. apa impian awak?????,” tulisnya panjang lebar.
View this post on InstagramA post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on
Beresedekah dan berbaktilah kepada ibu bapa agar rezeki sentiasa dipermudahkan Allah, seperti yang dilakukan usahawan produk ini.
Foto : Instagram Aliff Syukri
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ehem! Gadis Cantik Mana Duduk Sebelah Ikmal Amry Di Final Piala AFF Suzuki Malam Tadi?

Wah seronok betul MH bila mana ramai rakan selebriti kita pun turun padang bagi menyaksikan perlawanan bola sepak seterusnya menyokong pasukan Harimau Malaya menentang Vietnam di final Piala AFF Suzuki, malam tadi.
Antara kelibat artis yang hadir ke stadium misalnya Fasha Sandha bersama tunang, Aidil Aziz, Datuk Farid Kamil bersama Isteri Datin Diana Danielle, Fizo Omar bersama isteri dan ramai lagi.
Tidak kurang, kelibat selebriti muda pun turut sama memeriahkan stadium. MH pun sempat juga stalk di media sosial para artis, saja mahu rasai juga kehangatan perlawanan bola sepak semalam.
Lalu, sedang asyik stalk tiba-tiba MH menerima sekeping foto dari peminat berkenaan gambar pelakon dan peserta Hero Remaja terbaru, Ikmal Amry yang kelihatan duduk di sebelah dengan seorang gadis manis.
Ehem, siapa tu Ikmal? Lawa pun boleh tahan.
Apapun, namapun tengok game bola. Mestilah pergi beramai-ramai dan mungkin gadis itu hanyalah kawan biasa. Boleh jadi juga kan?
Sebab kalau tengok di IG Ikmal, tak ada pula foto gadis berkenaan di muat naik. Jadi kita fikir yang baik-baik sahajalah…
Apa pun, game semalam memang terbaik kan? Harapnya kemenangan akan dibawa skuad negara saat berkunjung ke Vietnam minggu depan. InsyaAllah…
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Imaginur Tewaskan Abang Adik, Beto Kusyairy & Susan Lankester Ungguli Trofi Pelakon Terbaik FFM33

Filem Imaginur diangkat sebagai Filem Terbaik pada filem Festival Filem Malaysia (FFM) ke-33 yang berlangsung meriah malam tadi.
Filem arahan Nik Amir Mustapha itu membawa pulang trofi di samping Dana Kandungan Digital bernilai RM500,000.
Nik Amir turut memenangi anugerah pengarah terbaik manakala tunjang utama iaitu Beto Kusyairy turut dinobatkan selaku Pelakon Lelaki Terbaik FFM33.
Imaginur turut menggondol tiga lagi anugerah iaitu Penata Seni Terbaik, Lagu Tema Terbaik dan Cerita Asal Menarik.
Selepas memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Akademi Kreatif Asia 2024, aktres Susan sekali lagi mencipta sensasi apabila dinobatkan selaku Pelakon Wanita Terbaik FFM33.
Sementara itu, pelakon senior, A. Galak turut menerima Anugerah Khas Sepanjang Zaman diatas sumbangannya sepanjang 60 tahun bergelar anak seni.
Berikut adalah senarai penuh pemenang FFM33;
Anugerah Khas Filem Box-Office
– Sheriff
Poster Terbaik
– Walid (Layar Picture Sdn. Bhd.)
Kesan Khas Visual Terbaik
– Sheriff (Viper Studios SDN BHD)
Filem Pendek Terbaik
– The Missing Trophy (Wayang Work Sdn Bhd)
Dokumentari Terbaik
– Pekik (Stereo Pixel SDN BHD)
Tatarias/ Solekan Terbaik
– Ng Keok Cheng, Yap Pui Yin & Kua Goh Yoke Eng (Abang Adik)
Rekaan Busana Terbaik
– Elaine Ng (Abang Adik)
Penataan Bunyi Terbaik
– Nizam Razak (Mechamato Movie)
Skor Muzik Asal Terbaik
– Jackey Yow (Malbatt Misi Bakara)
Sinematografi Terbaik
– Sheriff (Rahimi Maidin)
Penyunting Terbaik
– Johan Arif Mazlan
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik
– Qisya Hairulzain (Magik)
Pelakon Wanita Harapan Terbaik
– Trisha Ooi (Janna Edoro)
Pelakon Lelaki Harapan Terbaik
– Aniq Durar (Pagari Bulan)
Pengarah Harapan Terbaik
– Jin Ong (Abang Adik)
Anugerah Khas Juri 2
– Duan Nago Bogho
Anugerah Khas Karyawan
– Indra Che Muda
Anugerah Khas Sepanjang Zaman
– A. Galak
Lakon Layar Terbaik
– Jin Ong (Abang Adik)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
– Elizabeth Tan (Sheriff)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
– Jack Tan (Abang Adik)
FFM33 yang dihoskan oleh pengacara, Datuk AC Mizal telah berlangsung dengan gilang gemilang di Kota Media Angkasapuri, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Anugerah ini turut diserikan lagi dengan persembahan daripada penyanyi-penyanyi terkenal tanah air seperti Aina Abdul, Dayang Nurfaizah, Haqiem Rusli dan Aizat Amdan.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI