
Anak kepada pelakon dan usahawan, Abby Abadi iaitu Marissa Dania Hakim menjelaskan dia mengetahui mengenai kenyataan yang menjadi sorotan warganet sejak , pada petang Khamis.
Berkongsi menerusi aplikasi Thread, Marissa mengakui apa yang berlaku sudah pun selesaikan secara tertutup.
“Assalamualaikum semuanya. To clear the air about what was said – saya pun sama je macam you all, baru dapat tahu pasal all the statements petang tadi.
“Dari pihak saya, semuanya saya selesaikan secara peribadi dengan semua yang terlibat,” jelasnya.
Minta Maaf
Malah Marissa turut meminta maaf sekiranya apa yang terjadi menyebabkan berlakunya salah faham.
“Tiada balas-membalas di media sosial. Mohon hormati batasan kalian dalam hal ini ya.
“Saya minta maaf sekiranya ada khilaf atau menimbulkan salah faham,” kongsinya lagi.
Sebelum ini, Asalam tampil membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap Abby, juga menerusi hantaran di Thread.
Kata Aslam, 26, dia pernah membuat permohonan maaf secara peribadi kepada Abby namun dia memahami ibu mentuanya itu mahu dia melakukannya secara terbuka.
Abby dalam satu kenyataan pula menuntut agar Aslam memperincikan kesalahan yang pernah dibuat.
Foto Pusara
Sementara itu menerusi Insta Stories, Marissa turut berkongsi foto dipercayai pusara arwah anaknya yang dilahirkan secara pramatang.
Luah Marissa, dia tetap bersyukur kerana sempat melahirkan permata hati meski tidak ada rezeki untuk membesarkannya.
“Tiada siapa yang mampu melindungi kamu seperti mana aku pernah lakukan.
“Walaupun kamu tidak lagi di sini, apa pun yang terjadi, aku akan sentiasa menjadi pelindungmu.
“Alhamdulillah saya sempat mengandungkan dan melahirkan, cuma tak ada peluang untuk menjaga anak saya.
“Tapi tu bukan bermakna tiada kasih sayang dan ruang untuk berkata sesuka hati,” tulisnya.
“Saya tidak berniat untuk menyinggung sesiapa dengan cerita yang saya kongsikan tadi.
“Saya benar-benar minta maaf jika ia disalah tafsir atau disalah anggap,” kongsinya menerusi satu lagi hantaran berbeza.
Terdahulu pada Selasa lalu, Abby meluahkan rasa hairan apabila ada pihak yang memintanya memohon maaf kepada madu anaknya iaitu Umisya Mazlan.
Bagaimanapun Abby mempersoalkan permintaan itu sebaliknya meminta Aslam perlu datang memohon maaf kepadanya.
Abby juga memberi amaran kepada mana-mana pihak agar tidak menekan-nekan dirinya sehingga memaksa dia untuk bersuara.
Imbas kembali, Marissa bernikah dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada Disember 2023.
Manakala Aslam dan Umisya pula mendirikan rumah tangga pada Julai 2020.
Pasangan ini pernah bercerai pada September 2023 sebelum kembali rujuk ketika dalam tempoh idah.
Hasil perkahwinan tersebut, Aslam dan Umisya dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Hud, 4, Nuh, 3 dan seorang bayi perempuan yang kini berusia dua bulan.
Marissa juga pernah menjelaskan mereka kehilangan anak sulung ketika dilahirkan secara pramatang (6 bulan).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI