
Isteri kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri, iaitu Datin Seri Nur Shahida, berkongsi perjalanan awal dan jatuh bangun mereka.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Shahida mengimbau kembali detik-detik ketika mereka baru sahaja memulakan langkah dalam bisnes sekitar tahun 2007 dulu.
Jelas Shahida, ketika itu mereka tidak memilih lokasi jualan dan akan menyertai apa sahaja acara atau karnival yang menyediakan ruang untuk membuka gerai.
“Usaha tidak mengkhianati hasil, 2007 kami start niaga pasar. Di mana ada karnival, ada ruang buka booth semua kami masuk.
“Paling lucu suami carikan saya job makeup pengantin dekat Sungai Buloh dengan upah RM50 sahaja.
“Apa lah khabar pegantin tu ek.. Dia ingat tak dua orang manusia ni makeupkan hari sanding dia,” imbaunya.
View this post on Instagram
Kini Miliki Bangunan Sendiri
Pada hantaran sama, Shahida turut menceritakan detik mereka yang akhirnya berjaya memiliki sebuah bangunan sendiri bagi mengembangkan empayar perniagaan mereka, d’Herbs.
“Wisma ni kami beli tahun 2014, masa tu Alhamdulillah dHerbs mula dikenali, sebelum ni hanya beroperasi di lot kedai.
“Masa nampak bangunan ni tengah dibina, kebetulan sangat dekat dengan rumah kami, terus cadang pindah di sini. Alhamdulillah masih lagi kami di sini,” tulisnya lagi.
Perkongsian tersebut bukan sahaja menjadi inspirasi kepada para pengikutnya, malah sudah pun menerima hampir 15,000 tanda suka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI