Pelakon, Betty Banafe meluahkan rasa syukur kerana masih diberikan peluang untuk beraksi dan kembali ke dunia industri hiburan tanah air.

Difahamkan, Betty telah terlibat menjalani sebuah pengambaran drama bersiri Lelaki Pendosa yang turut dibintangi pelakon hebat seperti Datin Maria Farida, Ieda Moin, Fauzi Nawawi dan ramai lagi.

Dalam pada itu, pelakon berusia 41 tahun ini meluahkan rasa gembira kerana dirinya masih menerima permintaan daripada stesyen televisyen sehingga kini.

“Darah Yang Mengalir Di Tubuh Ini Masih Dahagakan Aksi Aksi Di Depan Kamera,” – Betty Banafe “Darah Yang Mengalir Di Tubuh Ini Masih Dahagakan Aksi Aksi Di Depan Kamera,” – Betty Banafe

“Bila mana ukhwah siraturrahim terjalin ketika penggambaran.. kenangan manis Permintaan demi permintaan untuk ku berada dalam industri penggambaran untuk di depan kemera sudah semakin pudar dari keinginan dan cita cita.

IKLAN

“Korporat dan business bidang yang aku kejari bagi melupakan dunia glomour yang penuh pancaroba. Keasyikan berada di belakang camera melihat kan orang lain beraksi dan membentuk karektor dalam suatu penceritaan.

“Tak ku sangka, elak demi elak.. Masih ada Station yang mencari kemunculan ku. Kecundang jua ku akhirnya pabila satu produksi ke satu produksi bertanyakan agar aku kembali.

IKLAN

“Akhirnya ku pasrah.. Kerana darah yang mengalir di tubuh ini masih dahagakan aksi aksi di depan kamera sebagai renungan dan pengajaran buat yang menonton.

“Terima kasih sekali lagi bagi yang memberi ku laluan. Moga apa yang ku lakukan ini mendapat keberkatan ilahi. Amin,” tulisnya panjang lebar menerusi salah satu hantaran di Instagram.

IKLAN

“Darah Yang Mengalir Di Tubuh Ini Masih Dahagakan Aksi Aksi Di Depan Kamera,” – Betty Banafe “Darah Yang Mengalir Di Tubuh Ini Masih Dahagakan Aksi Aksi Di Depan Kamera,” – Betty Banafe

Sekadar informasi, Betty atau nama lengkapnya Betty Ibtisam Abu Bakar Banafe telah memulakan karier seni lakonan sekitar tahun 2000 dan pernah membintangi drama rantaian popular, Spa-Q.

“Darah Yang Mengalir Di Tubuh Ini Masih Dahagakan Aksi Aksi Di Depan Kamera,” – Betty Banafe “Darah Yang Mengalir Di Tubuh Ini Masih Dahagakan Aksi Aksi Di Depan Kamera,” – Betty Banafe

Foto: Instagram Betty Banafe

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI