Penyanyi dan komposer meningkat naik, Chubb-E meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga selepas berjaya memiliki kereta impian pertamanya.

Menurut Chubb-E atau nama sebenarnya, Muhammad Sharul Ashlyn, kereta berjema BMW berwarna putih itu sebenarnya sudah menjadi idam-idamannya sejak dahulu lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by CHUBB-E JMG ✪ (@donutfingerlicking)

 “Kereta pertama saya adalah kereta idaman saya. Alhamdulillah, syukur kepada yang maha Esa. Counting blessings,” tulisnya.

Kisah tersebut dikongsikan buat tatapan umum oleh naib juara program Dansa Dan Sing itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram pada Selasa.

Antara yang turut meluahkan rasa bangga melihat pencapaian penyanyi berusia 22 tahun itu adalah rakan artis, Yuna.

IKLAN

Menurut Yuna, dia juga berasa sangat bersyukur ketika dikurniakan kereta pertamanya satu ketika dahulu.

Dapat Beli Kereta Mewah BMW Pada Usia Baru 22 Tahun, Chubb-E Syukur Dalam Gembira

IKLAN

“Damn kid. My first car was a Toyota Corolla. Bless up,” katanya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan tahniah selain turut mendoakan semoga Chubb-E akan terus sukses selepas ini.

IKLAN

Dapat Beli Kereta Mewah BMW Pada Usia Baru 22 Tahun, Chubb-E Syukur Dalam Gembira Dapat Beli Kereta Mewah BMW Pada Usia Baru 22 Tahun, Chubb-E Syukur Dalam Gembira Dapat Beli Kereta Mewah BMW Pada Usia Baru 22 Tahun, Chubb-E Syukur Dalam Gembira

Terdahulu, Chubb-E baru sahaja mengumumkan bakal melancarkan single terbarunya hasil kolaborasi bersama penyanyi, Amir Masdi yang berjudul Biru Malam.

Menerusi video teaser yang dikongsikan, lagu tersebut dijadualkan akan dilancarkan pada tanggal 22 Januari ini.

Sumber: Instagram Chubb-E

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI