Jutaan tahniah MH ingin ucapkan kepada penyanyi muda Wani Kayrie yang telah mendapat keputusan SPMnya baru-baru ini.

MH diberitahu Wani berjaya memperolehi keputusan yang cukup cemerlang dengan memperoleh 7A dalam Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017.

Wah senyum sampai ketelingalah ya Wani.

Wany yang dihubungi melalui Whatsapp memberitahu pada mulanya dia sangat sedih kerana namanya tidak dipanggil ke atas pentas untuk menyertai barisan pelajar Straight A’s tetapi tetap bersyukur kerana keputusannya kali ini lebih baik dari percubaan SPM yang lalu.

IKLAN

“Semestinya harapan nak dapat straight A. Tapi bila nama tak dipanggil ke atas pentas join budak straight A, Siapa tak sedih kan. Hahah tapi paling best bila Cikgu panggil suruh ambil slip & dia bagitahu yang results saya bagus. Lebih bagus dari Trials. Alhamdulillah 7A,” jawabnya kepada Media Hiburan.

Buat pengetahuan korang, Wani merupakan pelajar jurusan seni dan mengambil 9 subjek mata pelajaran untuk SMP 2017.

Dapat 7A, Wani Kayrie Kongsi Tip Skor Cemerlang Di SPM!

IKLAN

Menurut Wani lagi setelah berhempas pulas fokus pada pelajaran, kini dia ingin lebihkan masanya dan bekerja keras dalam menaikkan nama semula dalam industri seni.

“Tahun ni focus menyanyi dulu & kukuhkan nama dalam industri. Kini Wani sibuk practice untuk layakkan diri mewakili Malaysia ke Hollywood Julai akan datang.

“InsyaAllah hujung tahun pula Wani bercadang menyertai pertandingan Dangdut Academy di Indonesia,” tambahnya lagi.

Bila ditanya apakah rahsia Wani terus fokus pada pembelajaran sedangkan dirinya agak seibuk dengan jadual persembahan? Wani memberi dua tip yang sangat berguna buat semua individu

IKLAN

Dapat 7A, Wani Kayrie Kongsi Tip Skor Cemerlang Di SPM!

“Sentiasa bawa buku ke mana-mana seperti show atau radio promotion dan banyak buat ‘soalan past years’ setiap hari wajib tanpa tinggal satu latihan sekalipun.

Jika ada masa lapang, jangan lupa untuk tetap buka buku dan baca. Tetapi jangan terlalu membaca sehingga tiada masa untuk bersukan, bukan apa. Wani sendiri mengamalkan aktiviti bersukan untuk mencerdaskan minda,” kata Wani.

Jika diberi peluang menyambung pelajaran, Wani berkongsi ingin melanjutkan dalam bidang business dan accounting.

Wah bukan mudah untuk miliki keputusan yang cemerlang. Apapun MH ucapkan tahniah buat Wani!

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI