Aktres popular, Maya Karin tidak dapat menyembunyikan rasa kecewanya selepas mengetahui isu kemalangan jalan raya yang melibatkan hidupan liar kerap kali berlaku.

Terbaru, seekor harimau dikatakan telah mati akibat dilanggar sebuah kereta.

Binatang liar berkenaan ditemui mati selepas dipercayai cuba menyeberangi jalan di sebuah lebuh raya.

Lalu, rasa kecewa itu telah diluahkan Maya  menerusi sebuah entri di laman Twitter miliknya.

IKLAN

“Damn you cannot imagine my sadness. Sungguh patah hati,” tulis heroin filem Munafik 2 ini.

Malah, entri tersebut turut disertakan dengan gambar bangkai harimau yang terdampar di bahu jalan.

IKLAN

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati malah, menyifatkan perkara ini berlaku disebabkan pembangunan yang tidak terancang sehingga menjejaskan ekosistem dan habitat hidupan liar tersebut.“Damn You Cannot Imagine My Sadness,” – Ini Rupanya Sebab Maya Karin Patah Hati!

“Damn You Cannot Imagine My Sadness,” – Ini Rupanya Sebab Maya Karin Patah Hati!

IKLAN

Maya antara selebriti yang lantang memperjuangkan isu hak asasi hidupan liar dan alam sekitar.

Minggu lalu, Maya secara terbuka mengkritik pihak tertentu tentang aktiviti pemburuan daging dan cengkerang penyu yang dilihat makin menjadi-jadi.

Sumber: Twitter Maya Karin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI