Menjelaskan penampakan wanita bertudung dalam salah satu babak melibatkan Mira Filzah menerusi Sweet Dreams, Micheal Ang yang pada mulanya menafikan hal tersebut.
Pengarah ini menegaskan tiada wanita bertudung bekerja sebagai kru produksinya seperti yang didakwa.
Bagaimanapun, Michael akhirnya mengakui khilaf seterusnya meminta maaf.
Katanya selepas diteliti, dia dan produksi sudah mengenal pasti babak yang diperkata penonton itu adalah ketika babak Mira dan Ben Amir pulang ke kampung.
“Salam semua! Ada org hantar I tweet ni so I pun nervous untuk adik tu! Kalau scene @mfmirafilzah n @seanlje dlm kereta tu Yg adik maksud kan tu nervous aku!
Ads
“Adik baik pergi check ya! Luv u all!!!! OK AKU DAH TAHU SCENE MANA SATU – SCENE DLM KERETA BEN N MIRA BALIK KAMPUNG SHOT CLOSE UP MIRA TAJAM BETUL MATA U ALL KAN! I AM SO SORRY BANYAK GILA ORG TGK SEBELUM TAYANG TAK PERASAAN PUN SAMPAI U ALL BAGITAHU! SORRY AGAIN!” tulisnya.
Terdahulu, seorang pengguna twitter telah meninggalkan mesej di laman sosial pengarah ini dan menyatakan terlihat kelibat wanita bertudung sambil memakai fon telinga di belakang Mira.
“Scene dalam kereta tadi belakang Mira Filzah ada bocor nampak perempuan menyorok pakai headphone.
Ads
“Check audio kot. Nampak tudung warna hijau/biru. Sebab seat kereta warna hitam. Itu pasal la pentingnya pakai all black bila on set,” tulis individu tersebut.
Sweet Dreams kini mulai diperkatakan ramai, bersiaran menerusi slot MegaDrama di Astro Ria dan Ria HD.
Foto : Instagram Micheal Ang
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Genap menjalin hubungan cinta bersama seorang lelaki dari Pantai Timur, bintang versatil Elly Mazlein mengakui dirinya kini sedang diulit bahagia, apatah lagi turut merancang untuk mendirikan rumah tangga bersama lelaki yang dipanggil ‘Papa Awan Nano’ itu tahun depan.
Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi seperti yang dipetik Harian Metro juga mendedahkan, dia merancang untuk memperkenalkan si pengarang jantungnya ityu menerusi satu sidang media yang mungkin diadakan serentak dengan majlis pertunangannya bersama bakal suami.
“Setakat ini, beberapa persediaan sudah dilakukan dan tarikh untuk majlis perkahwinan pun sudah ada. Tapi, saya akan kongsikan dalam satu majlis sidang media khas apabila semuanya sudah muktamad.
“Berkemungkinan besar, majlis sidang media ini juga akan diadakan serentak dengan majlis pertunangan saya,” katanya seperti yang dipetik.
Malah ujar penyanyi Bakawali ini, dia juga tidak akan melakukan majlis secara tertutup, sebaliknya mahu menjemput rakan media yang banyak membantunya dalam industri.
“Saya nak rakan media ada sama di hari bahagia ini dan ia umpama hadiah buat mereka yang sentiasa membantu sepanjang karier seni berlangsung,” jelas Elly jujur.
Pada masa sama, Elly turut merakamkan rasa syukur atas rezeki seni yang kini hadir. Percaya atas rahmatNya, bintang ini juga tidak menafikan sebelum ini hanya mendengar kisah rezeki orang yang bakal berkahwin saja.
“Selama ini, hanya mendengar cerita mengenai rezeki orang yang bakal berkahwin dan sekarang, saya sendiri dah mula rasa.
“Tawaran kerja pun tak henti-henti. Baik tawaran lakonan, nyanyian dan pengacaraan, semuanya datang serentak dan saya bersyukur kepada Allah atas rezeki yang dikurniakan,” maklum Elly.
Elly sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama pengarah, Azmi Hatta dan dikurniakan cahaya mata, Putri Sara Sefhia Azmi sebelum bergelar ibu tunggal.
Belum pun tamat drama popular Sweet Dreams, netizen sudah pun mula merindui dua teraju utama, Mira Filzah dan Ben Amir yang digelar pasangan Benamira.
Apa yang membuatkan netizen semakin tidak keruan dan senyum sendirian apabila kedua-duanya dilihat saling membalas di ruangan komen laman Instagram masing-masing.
Terbaru, pelakon jelita ini turut berkongsi di Insta Story mempersoalkan sama ada lelaki ini merinduinya.
Jika sudah jodoh tidak ke mana. Micheal Ang, pengarah Sweet Dreams sebelum ini dikenali sebagai pengarah ‘matchmaker’ apabila gandingan pelakon dramanya, Fattah Amin dan Fazura berakhir ke jenjang pelamin.
Foto : Instagram Mira Filzah & Ben Amir
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Terbaru, pelakon Ainul Aishah atau nama sebenarnya Ainul Aishah Azizun ada berkongsi beberapa keping gambar di akaun Instagram miliknya.
Kongsi Ainul, dia telah menyambut hari ulang tahun kelahiran kekasihnya yang dikenali sebagai Khalid Redzuan.
“Happy Birthday to my dearest Baby May Allah protect you and filled your life with happiness & bliss.
“Wishing you to always be in a pink of health,great wealth and successful in life insyaAllah.
“This year’s birthday wasn’t as great as before but promise i’ll make it better next time. I’m sorry for everything and i love you. Thanks for everything baby,” tulisnya.
Komposer dan penerbit muzik prolifik, Ajai, tidak berkecil hati dengan kritikan segelintir pihak terhadap lagu Cinta Di Akhir Garisan 2.0 yang dikatakan tidak mampu menandingi versi asal.