“Dalam PKP Pun Ada Antara Kita Yang Degil, Inikan Pula Jika Dilonggarkan,” – Naim Daniel

Share

Susulan Perutusan Khas Perdana Menteri Sempena Hari Pekerja, rakyat Malaysia mula memberikan reaksi berikutan beberapa sektor dibenar beroperasi bermula 4 Mei ini.

Malah, Perintah Pergerakan Kawalan Bersyarat atau PKPB akan mula dilaksanakan sejajar dengan pembukaan semula aktiviti ekonomi negara.

Penyanyi Naim Daniel bagaimanapun punya pendapat tersendiri apabila PKP mula dilonggarkan.

Jelasnya, Malaysia masih belum menang dan tidak seharusnya netizen bergembira dengan keputusan yang dibuat kerana virus Covid-19 tiada vaksin penyembuh setakat ini.

“Kita tak punya vaksin, atau penawar.

“Angka yang dijangkiti masih wujud.

“Negara Taiwan yang 0 kes pun masih lagi melaksanakan kawalan pergerakan.

“Kita masih lagi 2 kes angka setiap hari macam dah menang perang,” kongsinya.

Rata-rata netizen turut bersetuju dengan pendapat yang dikemukakan.

Foto : Instagram Naim Daniel

IKLAN