Susulan Perutusan Khas Perdana Menteri Sempena Hari Pekerja, rakyat Malaysia mula memberikan reaksi berikutan beberapa sektor dibenar beroperasi bermula 4 Mei ini.
Malah, Perintah Pergerakan Kawalan Bersyarat atau PKPB akan mula dilaksanakan sejajar dengan pembukaan semula aktiviti ekonomi negara.
Penyanyi Naim Daniel bagaimanapun punya pendapat tersendiri apabila PKP mula dilonggarkan.
Jelasnya, Malaysia masih belum menang dan tidak seharusnya netizen bergembira dengan keputusan yang dibuat kerana virus Covid-19 tiada vaksin penyembuh setakat ini.
Ads
“Kita tak punya vaksin, atau penawar.
“Angka yang dijangkiti masih wujud.
“Negara Taiwan yang 0 kes pun masih lagi melaksanakan kawalan pergerakan.
Ads
“Kita masih lagi 2 kes angka setiap hari macam dah menang perang,” kongsinya.
Buat pertama kalinya, pelakon dan penyanyi, Bunga Citra Lestari memuat naik gambar arwah suami, Ashraf Sinclair di Instagram selepas Allahyarhammeninggal dunia pada 18 Februari lalu akibat serangan jantung.
Foto tersebut kini telah mendapat satu juta tanda suka (likes) selepas dimuat naik tiga jam lalu.
“Hey You, I miss you… Each and everyday…,” tulisnya ringkas.
Pendakwah bebas, Ebit Lew berkongsi kesukaran yang dihadapi penduduk Flat Jinjang Utara apabila hanya satu blok sahaja mempunyai lift yang beroperasi.
Jelasnya, penduduk lain termasuk warga emas terpaksa menaiki tangga untuk sampai ke kediaman masing-masing.
Ebit turut memohon agar ada pihak yang tampil membantu penyelenggaraan lift untuk memudahkan penduduk di situ.
“Sedih masa pergi ke flat Jinjang Utara. Tak tahan bila sampai 1 blok jer lif elok. Yang lain naik tangga sampai tingkat 14. Ramai chinese, india, melayu saya jumpa tadi oku dan warga emas. Begitu juga ada yang tinggal seorang diri. Hari-hari turun tangga beli makanan dekat bawah. Saya baru hari ni naik 14 tingkat dah nak menangis.
“Penatnya sakit kaki turun naik. Turun naik. Macam manalah orang tua-tua ye. Dah 2 tahun lif rosak. Betul-betul kasihan dan sedih rasa.
“Sedihnya rasa. Siapa boleh bantu untuk cepatkan repair selenggarakan lif ini semua. Kasihannya lah. Masa ni seorang kakak Mei yang baik dan seorang abang bantu kami jumpa mereka. Beri sedikit barang dapur dan duit belanja. Betul-betul menyentuh hati saya. Ramai tiada kerja. Ada seorang kakak sakit anak kerja cuci pinggan. Sekarang tiada gaji dah kerana tidak kerja. Gaji hari. Uncle tu menangis walau tak bercakap bila saya beri duit ditangannya. Bukan duit itu tapi kasih sayang.
“Bukan bantuan itu. Tapi rasa disayangi dan diambil berat. Dulu masa saya susah ada orang bagi rm2 saya masuk tandas tengok duit dan menangis. Tadi saya nampak selepas saya keluar ada pakcik tu kira duit diberi dan dia cium duit tu menangis. Ya Allah sayunya. Duit cuma kertas tapi tangisan pakcik tadi tu bahagia saya.
“Saya benar-benar rasa sayu dan pohon doa semua yer agar semua oku, warga emas, ibu tunggal di tempat begini dapat dibantu.
Tular beberapa foto sejak semalam yang merakamkan segelintir daripada kita yang beratur di kedai pajak gadai bagi menggadaikan barangan mereka.
Perkara itu kian diperkatakan selepas 47 hari negara mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan semalam merupakan hari pertama kita semua menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Meski ramai yang gembira kerana sudah boleh melakukan aktiviti rutin seperti sebelumnya, namun ada di antara kita yang mungkin terpaksa ‘bergolok gadai’ demi surviral hidup.
Lalu perkara tersebut turut mendapat reaksi dari PU Rahmat yang mengakui hatinya rasa sayu apabila melihat ramai di antara yang berbuat demikian bagi kelangsungan hidup.
Sambil mendoakan agar semuanya dapat hidup dalam keadaan sejahtera, PU Rahmat turut menyifatkan ada dari kalangan kita yang berdepan dengan hidup sukar.
“Sayu hati melihat ramai yang ke kedai pajak untuk mencari wang bagi melangsungkan kehidupan. Saya berharap rakan alam maya saya semuanya baik-baik belaka.
“Kadang kita tak sedar nikmat keselesaannyang kita ada kerana ia adalah warisan keluarga. Tapi tidak orang diluar sana yang susahnya berganda-ganda.
“Semoga kalian dalam keadaan sejahtera tanpa mengira agama,” titipnya di Instagram.
Serentak dengan perkongsian tersebut, rata-rata pengikutnya turut menzahirkan rasa simpati terhadap apa yang berlaku.
Pengacara dan personaliti televisyen, Anim Ezati menyeru orang ramai agar berhenti mempersenda atau mempersoalkan perubahan fizikal yang dialami wanita selepas mereka melahirkan cahaya mata.