Pelakon dan hos, Scha Alyahya selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam rahim yang dikenali sebagai Endometriosis di sebuah pusat perubatan, Khamis lalu.
Memetik Harian Metro, ia merupakan pengalaman kedua dan kali pertama bintang Racun Suami Jahanam ini menjalani pembedahan sama adalah kira-kira tujuh tahun lalu, iaitu sebelum disahkan hamil anak sulungnya, Lara Alana.
Lega kerana semuanya berjalan lancar, Scha seperti yang dipetik turut memasang harap agar keinginan untuk menimang cahaya mata kedua dipermudahkan.
“Ketika membuat pemeriksaan pada Disember lalu, saya dimaklumkan terdapat ketumbuhan baru dan disarankan untuk menjalani pembedahan.
“Tambahan pula, akibat ketumbuhan itu tanda-tanda lama berulang seperti sakit pinggang dan sakit perut yang melampau ketika datang bulan.
Ads
“Perkara ini tidak mengejutkan kerana difahamkan ia memang boleh berlaku lagi pada individu yang pernah mengalaminya. Antara punca adalah faktor pemakanan,” katanya.
Jelasnya lagi, apa yang berlaku sebagai antara penyebab yang menyukarkan dirinya untuk hamil lagi.
Ads
“Meskipun ada penghidap sama boleh hamil, namun dalam kes saya ini antara punca saya susah nak hamil lagi.
“Jadi, saya berdoa selepas ini dipermudahkan proses untuk hamil kali kedua.
Ads
”Meskipun ada rawatan alternatif lain untuk hamil, tapi sekurang-sekurangnya saya kena buang ketumbuhan ini dulu,” tambah Scha.
Untuk rekod, Scha mendirikan rumah tangga bersama Awal Ashaari pada 4 Mei 2012 dan dikurniakan seorang puteri, Lara Alana yang kini mencecah usia enam tahun.
Pelakon cantik, Raja Ilya dilihat sekali lagi naik pelamin bersama suaminya, Trent Garrett. Malah, keduanya turut diraikan dalam satu majlis resepsi khas di Singapura bersempena dengan satu program jualan di sana.
Berkongsi beberapa keping foto indah sekitar majlis, bintang tinggi lampai berusia 34 tahun itu turut menulis kapsyen romantik buat tatapan peminatnya.
“Kami kahwin lagi kali ni dekat Singapore pulak. Nak kahwin setiap Tahun semua negeri laa. Location : Singapore Expo Hall 6 Booth L2,” tulisnya menerusi salah satu foto yang dikongsi.
Terdahulu, pasangan ini turut menganjurkan majlis resepsi yang turut dihadiri rakan media di Magika Grand Hall, Star Avenue, Lifestyles Mall, Subang 19 September tahun lalu.
Raja Ilya dan suami berkahwin di Perth, Australia dan ia dilangsungkan secara tertutup yang hanya dihadiri ahli keluarga terdekat pada 23 Disember 2018.
Meski hanya 15 minit masa yang masih berbaki, namun pengisian masa secara berkualiti dengan anak-anak dan suami sebenarnya cukup memberi makna.
Jelasnya lagi, apa yang penting, ketepikan sebentar telefon bimbit dan dengarkan anak-anak dan suami bercerita.
“Selesai photoshoot, alhamdulillah sempat ajak main anak anak, walaupun hanya di depan rumah, berlari larian, 15 menit saja, karna kena “eveningwalk’ dengan suami juga sebelum maghrib.
“Tya sebagai Wanita bekerja, istri dan ibu pada anak2. Dan juga ibu ibu lain pun ada yang sama juga seperti tya.
“Sebenarnya, kita boleh membuat 24 jam kita menjadi satu hari yang bermakna.
“Caranya :
1. Planning Waktu Anda di hari sebelumnya.
-jadi kita harus sudah tau, jam berapa pergi ofis, pergi lunch, meeting, habiskan masa dengan anak atau suami, pergi groceries dan lainnya.
“2. Making Time
– Kalau kita tunggu Waktu yang uruskan hal kita memang tak kan terjadi. Kecuali Kita lah yang harus membuat Waktu untuk hal kita. Buat waktu bersama anak semana boleh kita. No phone. Dengarkan mereka. Begitupun suami. That’s why Tya dan suami walaupun busy kita akan making time for morning walk or evening walk,” kongsinya di laman Instagram.
Malah kata ibu kepada dua anak ini lagi, selalu bersyukur dengan segala nikmaf dan rezeki yang telah Allah tetapkan.
“3. Selalu Bersyukur.
– Bersyukur Allah memberi pekerjaan, suami dan anak-anak sehat. Apa saja di dalam hidup kita harus syukuri, semakin banyak bersyukur, semakin banyak nikmat yang kita akan dapat, insyaallah.
Program realiti terbaharu, Borneo Rising sudah mula mencipta impaknya tersendiri menerusi saingan minggu pertama, apabila barisan peserta masing-masing tampil dengan persembahan yang meyakinkan.