Pelakon cantik, Raja Ilya dilihat sekali lagi naik pelamin bersama suaminya, Trent Garrett. Malah, keduanya turut diraikan dalam satu majlis resepsi khas di Singapura bersempena dengan satu program jualan di sana.
Berkongsi beberapa keping foto indah sekitar majlis, bintang tinggi lampai berusia 34 tahun itu turut menulis kapsyen romantik buat tatapan peminatnya.
“Kami kahwin lagi kali ni dekat Singapore pulak. Nak kahwin setiap Tahun semua negeri laa. Location : Singapore Expo Hall 6 Booth L2,” tulisnya menerusi salah satu foto yang dikongsi.
Terdahulu, pasangan ini turut menganjurkan majlis resepsi yang turut dihadiri rakan media di Magika Grand Hall, Star Avenue, Lifestyles Mall, Subang 19 September tahun lalu.
Raja Ilya dan suami berkahwin di Perth, Australia dan ia dilangsungkan secara tertutup yang hanya dihadiri ahli keluarga terdekat pada 23 Disember 2018.
Mencipta nama menerusi program realiti, Raja Lawak Musim Ke-5, Abdul Rahman Kasim atau lebih dikenali sebagai Man mendedahkan pernah ‘ditipu’ pihak produksi bagi menjayakan beberapa buah naskah yang dilakonkan.
Kongsinya menerusi Youtube Hashtag Malaysia, dia mengakui bahawa garisan dalam industri hiburan tidak seindah yang disangka kerana ada beberapa sisi hitam yang pernah dilaluinya sepanjang tempoh sembilan tahun.
“Kadang-kadang dalam industri seni ini, kita tak boleh nak agak ketika kita berada di atas, dan apabila kita ‘turun’
“Sekurang-kurangnya saya sedar saya bukanlah jenis seorang yang boros dan saya seorang yang berjimat-cermat jika satu hari nanti saya ‘turun’ dari industri. Jadi, saya ada ‘back-up money’.
“Ramai orang mempersoalkan saya ke mana saya menghilang, sedangkan saya pernah berada diatas dan wajah saya banyak muncul dalam mana-mana drama atau telemovie. Boleh dikatakan ketika itu merupakan zaman kegemilangan saya,” katanya.
Namun, beberapa tahun kemudian, namanya semakin pudar dalam industri hiburan dan kelibatnya di kaca televisyen kurang menyerlah.
“Saya ada sahaja di belakang, cuma penampilan saya di depan lensa kamera kurang kerana ramai pelawak yang sedang meningkat naik dan makin maju kedepan,” akurnya yang pernah menerajui drama komedi, Man Pos Masuk Kampung.
Berkongsi cerita mengenai perjalanan hidup sebagai anak seni, pelawak berusia 42 tahun ini akui bahawa ada beberapa pihak cuba mengambil kesempatan keatas dirinya.
“Bila kita dah tak ada ‘job’, kita nak kekalkan kehidupan untuk pelbagai jenis komitmen, saya terpaksa ambil juga.
“Ada juga job yang tak masuk akal harga bayarannya. Kerja sampai pagi hanya dibayar RM200, tapi saya ambil juga, daripada tak ada. Siapa lagi nak beri sedangkan saya pun dah tak ada kerja tetap. Inilah punca rezeki saya.
“Ada juga tanpa pengetahuan saya, mereka mengadakan set pengambaran di lokasi jauh dengan bayaran hanya RM500.
“Tapi saya tetap positif dan anggap itu sebagai pengalaman paling berharga,” jujur Man yang pernah menyertai kumpulan Puteh dalam MLM 2019, sekali gus dinobat sebagai juara.
Video : Youtube Hashtag Malaysia
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Tajul Arif mengakui isterinya, Nurul Shamieza Eddie punya akses kepada akaun media sosialnya demi menjaga keharmonian rumah tangga mereka.
Jelasnya kepada MH, isteri terlebih dahulu akan menapis dan menyekat akaun individu yang cuba menghantar mesej peribadi yang bertujuan tidak baik.
“Tidak dinafikan ada yang mencuba walaupun mengetahui saya sudahpun berkahwin. Namun saya tidak melayan kerana takut lebih melarat.
“Sebelum berkahwin, ada juga yang menghantar foto atau mesej dengan niat memikat, namun isteri telah menyekat akses mereka yang berbuat demikian.
“Kami masing-masing ada akses ke akaun sosial jadi tiada masalah akan timbul kemudian hari,” katanya.
Terdahulu, dia ditemui pada sidang media Anugerah Meletop Era 2020 di Petaling Jaya pada Rabu.
Dalam pada itu, bapa kepada seorang anak ini turut mengulas lanjut kehidupannya selepas berkahwin pada usia muda.
“Bagi saya berkahwin muda memang bagus kerana kita dapat pelbagai pengalaman. Kehidupan kita berubah 360 darjah.
“Malah jika menyentuh isu kebebasan, saya masih boleh berhibur dan meminta izin daripada isteri. Cuma bezanya dahulu tidak perlu meminta izin, boleh ke mana sahaja.
“Isteri pula kena tengok mood. Perempuan biasalah, ada mood baik dan kadang kala mood tak baik. Jadi bila mood isteri baik, dia beri kebenaran tapi jangan balik terlalu lewat.
“Niat saya mahu jadikan dia isteri yang sah kerana kami rapat daripada zaman persekolahan. Kami selalu bersama dan tidak elok pula bila orang berkata-kata.
“Arwah bapanya juga pernah berpesan sewaktu sedang nazak supaya kami percepatkan perkahwinan,” ulasnya lagi.
Menegaskan isteri tidak pernah mencampuri urusan kerjaya, namun sentiasa menasihati dirinya agar menjaga batas dan hati.
“Isteri tidak pernah marah berkait dengan hal kerja. Dia tidak pernah marah jika saya mahu berduet atau bergambar dengan siapa, cuma dia berpesan agar menjaga batas dan hati.
“Setakat ini dia tidak pernah mengikut saya bekerja kerana tidak mahu masuk campur dan seorang yang pemalu,” jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Tajul dicalonkan dalam Anugerah Duo Meletop Era bersama Wani Hasrita.
Anugerah Meletop Era 2020 (AME2020) yang bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 12 April dan bertemakan Yang Epik,Yang Legend, AME 2020 masih menampilkan Nabil Ahmad dan Jihan Muse sebagai pengacara.
Hos dan penyampai radio, Haziq Hussni ada berkongsi sikap kebanyakan isteri yang rata-ratanya inginkan perhatian dari si suami.
Maklumnya menerusi Instgaram, si isteri sebenarnya bukan sengaja ‘cari fasal’ untuk bergaduh, sebaliknya si dia inginkan perhatian dari suami tercinta.
Malah, situasi tersebut pernah dialami pemilik nama lengkap Muhammad Haziq Irfan Mohd Hussni ini.
“Bukan tak pernah gaduh. Pernah je. Just perempuan ni kalau dah start gaduh dia akan ungkit salah kita yg zaman sebelum masihi dulu sampai salah 10 saat lepas.
”Keluar semua cite pompuan tu pompuan ni, yg takde kena mengena dgan aku pun ada. Dari kecik benda tu akan jadi besar. Kadang-kadang gaduh pasal benda kecik je.
”Pasal lama dalam bilik air pun boleh jadi hal. Ingat kita buat apa dalam toilet lama2??? Neran nak berak je pun!,” tulis Haziq.
Pada masa sama, hos Muzik-Muzik ini juga turut rasa aura tersendiri saat mengerjakan umrah bersama isteri, baru-baru ini.
“Sebenarnya dorang bukan nak gaduh nak marah2 nak bising2 sangat tapi dorang nak perhatian. Siapa lg nak bg perhatian kat isteri kalau bukan suami kan? Tu yg duk ada je benda tak kena.
”Walau dah bg 100% perhatian dorang nak 200%.. Sebab perempuan ni manja. Macam mana keras pun depa. Mesti ada manja dia. Caya laaaa. Cuma kita laki ni kena sabar.
”Kalau dia marah, kita jangan marah sekali. Mmg tak jadi apa. Kebetulan, masa pegi Baitullah, depan kaabah, aura dia, Masha Allah, lain macam.
”Kami buat tawaf sama-sama. Pegi mana semua sama-sama. Rasa mcm jatuh cinta pandang kedua. Mungkin ini petanda anak ketiga?,” maklumnya lagi.
Serentak dengan kapsyen panjang lebar itu, para peminat serta rakan selebriti turut memberikan reaksi pelbagai.
Terdahulu, Haziq mendirikan rumah tangga bersama isteri, Putri Ayunda pada 15 Julai 2016 dan pasangan ini dikurniakan dua permata hati, Muhammad Heidy Nufael dan Chayra Auliya.
Enggan terus berada di takuk lama, penyanyi Haqiem Rusli menegaskan dirinya kini bersedia untuk mencuba sesuatu yang baharu dan keluar daripada zon selesa demi memastikan kerjayanya terus berkembang.