Usahawan dan personaliti media sosial, Hafiz Mahamad memaklumkan dirinya berbesar hati menaja mereka yang kurang berkemampuan untuk pulang ke kampung halaman dengan menaiki bas expres.
Menurut Hafiz, pihaknya telah pun menempah tiga buah bas sebagai permulaan dan berkemungkinan besar dia akan menambah lagi sekiranya inisiatifnya itu mendapat sambutan yang menggalakkan.
Katanya lagi, sebagai anak perantauan, dia sememangnya amat memahami kesempitan hidup yang dialami oleh segelintir pihak.
“Haritu, saya ada janji nak sponsor sahabat balik kampung. Kalau ada yang nak balik ke kolej pun boleh naik bas ni sekali.Bantu saya “share post” ni. Harini saya dh lock 3 Bas dan bayar harini. Kalau ramai, saya akan tambah bas lagi mungkin ke 6 Bas
“Saya pun teringin nak balik kampung jumpa mama abah dan saya tahu ramai sahabat pun teringin juga, tapi ada yg tak cukup duit. Takpa, Saya faham sangat. Lagi indah sebenarnya kalau saya dpt balik dengan sahabat semua. Kita balik sama sama tau nanti.
“Bantu saya sebarkan ni tau, kita bantu sahabat sahabat. Sekarang saya hanya memerlukan “list name” sahabat yg nak. Boleh whatsapp 01165685200,” tulisnya.
Ads
Pengumuman tersebut dikongsikan sendiri oleh suami kepada bintang media sosial, Syafiqah Aina itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Hafiz turut menambah, sepanjang perjalanan tersebut, pihaknya juga akan menyediakan makanan dan ‘test kid’ Covid-19.
“1 orang boleh dpt 3 ticket. Bas akan bergerak Jumaat ni (22 October, Jam 8:00pm) dari KL akan ke Selatan, Pantai Timur, Utara.
“Ada berhenti check point juga, team saya akan update nanti lebih detail & location berkumpul (Shah Alam). Nanti team saya akan update dekat whatsapp tau.
Ads
“Dalam bus nanti, saya akan bagi makanan dan “test kit” Covid untuk sahabat tau. Harap bas ni semua penuh dan kalau boleh lebih lagi. Whatsapp cepat tau, takut ada sahabat yg terlepas nanti
“Doakan rezeki saya dan sahabat kita semua tau ‘Kejayaan Demi Kebahagiaan’,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memuji usaha tersebut selain turut mendoakan semoga Hafiz sentiasa dimurahkan rezeki.
“Ingatkan nak sponsor tiga orang. Rupanya tiga bas. Semoga segala doa baik abang Hafiz dimakbulkan Allah.
“Semoga Abang Hafiz sekeluarga sentiasa dimurahkan rezeki yang melimpah ruah dan kesihatan yang baik.
“Wah, Abang Hafiz. Mulianya hati abang.
“MasyaAllah Abang Hafiz. Murahnya rezeki Abang Hafiz. Semoga Abang Hafiz boleh bantu ramai lagi orang,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sekadar informasi, Hafiz dan Aina telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 24 November 2017 dan telah pun dikurniakan seorang cahaya perempuan, Raisya Arisa yang kini baru berusia 2 tahun.
Sumber: Instagram Hafiz Mahamad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyampai radio popular, DJ Lin mengakui bukan satu perkara mudah untuk menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal selepas berpisah dengan bekas suami.
Kata Lin, dugaan penceraian nyata telah memberikan pengalaman yang seterusnya mengajar erti kesusahan yang sebenar dalam kehidupan.
Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abdul Majid mendedahkan pengalamannya menerusi program YouTube #MHLIFESTYLE Media Hiburan, baru-baru ini.
“Sebagai seorang ibu tunggal, kita belajar apa itu erti kesusahan sebab masa saya berpisah saya keluar dari rumah pergi cari rumah sewa beli tilam, baldi nak masuk rumah macam kita baru mula nak menyewa rumah.
“Kesusahan itu tidak dapat digambarkan, mungkin orang tak nampak kesusahan saya tapi saya okey sebab saya yang memilih untuk itu jadi saya kena terima apa jua risikonya,” katanya.
Dalam pada itu, ibu kepada dua orang cahaya mata ini menambah situasi tersebut secara langsung menjadikan dirinya wanita yang kuat dan tabah.
“Tapi yang penting hati kita tenang, susah juga kalau hati kita pun terganggu semua emosi serabut untuk apa, jadi bagi saya biar kita sendirian.
“Saya memang belajar untuk menjadi seorang wanita yang kuat sejak saya bercerai dan saya berterima kasih pada Allah kerana daripada pengalaman, kesakitan yang dilalui itu saya boleh berkongsi dengan pendengar Suria Cinta.
“Bila kita melepasi fasa penceraian, kita sebenarnya akan belajar banyak benda dan kenal di mana kekuatan diri pada diri kita yang sebelum ini kita tidak sedar,” katanya lagi.
Sekadar informasi, rumah tangga yang dibina oleh Dj Lin bersama bekas suami telah berakhir sekitar tahun 2016.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Nureen Aresya, 20 dan Nazren Asyran, 18.
Ikuti pelbagai lagi kisah menarik yang dikongsikan Dj Lin menerusi pautan video ini;
Foto: Instagram Dj Lin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pertandingan ratu cantik seperti Miss Universe, Miss World dan Miss Intercontinental bukanlah sekadar sebuah pertandingan semata-mata. Pertandingan ini menjadi satu medan untuk gadis tempatan menonjolkan diri mereka di samping menjadi satu platform untuk menceburi dunia seni tanah air.
Buktinya, ramai selebriti tempatan yang dilahirkan dari pertandingan ratu cantik. Menempa nama sebagai pemenang dan mewakili negara di pentas antarabangsa menjadi satu tiket untuk dikenali dan juga menjadi perhatian media.
Ini adalah 10 senarai selebriti tanah air yang mula menempa nama menerusi pertandingan Ratu Cantik.
TAN SRI MICHELLE YEOH
Michelle Yeoh merupakan pemenang pertandingan Miss World Malaysia pada tahun 1983. Bermula dari situ dia mula melbarkan sayapnya di dalam bidang lakonan dan berjaya menjadi seorang pelakon bertaraf antarabangsa. Antara filem terkenal lakonannya seperti James Bond, Memoir of a Geisha, Police Story, Crazy Rich Asian dan yang terbaharu Shang-Chi and the legend of the ten rings.
KAVITA SIDHU
Pelakon, model dan pengacara yang terkenal menerusi rangkaian filem Pontianak Harum Sundal Malam ini merupakan wakil Malaysia dalam pertandingan Miss Charm International pada tahun 1990. Paling mengujakan, dia berjaya memenangi pertandingan tersebut sekaligus menjadi antara wakil Malaysia pertama yang menjuarai pertandingan ratu cantik di pentas antarabangsa.
ERRA FAZIRA
Antara gadis Melayu popular yang mencipta nama menerusi pertandingan ratu cantik. Erra Fazira memenangi pertandingan Miss World Malaysia 1992 ketika berusia 18 tahun. Kemenangannya itu membuka ruang untuk dia dikenali sebagai seorang model dan pelakon.
Manakan tidak, debut lakonannya menerusi filem Sembilu pada tahun 1994 membuahkan hasil sehinggakan dia dikenali sebagai primadona filem melayu. Kemudiannya dia melebarkan sayap dalam bidang nyanyian dan ternyata dia juga berjaya sebagai penyanyi.
ROZITA CHE WAN
Rozita Che Wan atau nama glamornya Che Ta sebuah nama yang tidak asing lagi dalam industri seni tanah air. Popular sebagai model sebelum bergelar pelakon, ibu kepada tiga cahaya mata ini merupakan pemenang pertandingan Miss Intercontinental Malaysia pada tahun 1992 dan mewakili Malaysia di pentas antarabangsa. Walaupun memulakan langkah sedikit lewat dalam dunia lakonan, namun debutnya menjadi dan dia antara pelakon popular di Malaysia menerusi pelbagai drama dan juga filem.
LINA TEOH
Lina mencipta sejarah apabila dia memenangi tempat ketiga dalam pertandingan Miss World 1998. Kejayaannya ini merupakan pencapaian terbaik wakil Malayisa setakat ini dalam pertandingan ratu cantik bertaraf tinggi itu. Sejurus itu, wanita cantik ini menceburi dunia seni menerusi siri komedi Kopitiam yang mendapat sambutan hangat ketika itu. Selain itu dia turut bergelar seorang pengacara dan juga penerbit.
ELAINE DALY
Elaine memulakan langkahnya sebagai seorang model dan kemudiannya dinobatkan sebagai Miss Universe Malaysia pada tahun 2003. Sejurus memenangi pertandingan tersebut dia seterusnya aktif sebagai model dan mula menceburi dunia lakonan. Kefasihannya berbahasa melayu menjadi satu kelebihan dan dia telah membintangi banyak drama dan filem di Malaysia. Antara filem yang lakonannya seperti The Reb Kebaya dan Cuci. Pada tahun 2010 dia telah mememangi anugerah pelakon wanita terbaik drama Anugerah Seri Angkasa menerusi lakonannya di dalam drama Apa Dosaku?. Selain bergelar seorang pelakon dia juga merupakan seorang pengacara yang popular.
DEBORAH HENRY
Wanita cantik tinggi lampai ini antara ratu cantik Malaysia yang paling diingati dalam sejarah ratu cantik Malaysia. Kegagalannya tembus sebagai top 16 pada pertandingan Miss Universe 2011 menjadi tanda tanya seluruh dunia kerana dia dilihat sebagai pesaing utama dalam pertandingan itu.
Sebelum bergelar Miss Universe Malaysia 2011, Deborah terlebih dahulu memegang gelaran Miss World Malaysia 2007 dan dia berjaya berada dikalangan finalis top 16 pada pertandingan peringkat antarabangsa yang berlangsung di China. Deborah merupakan seorang pengacara yang kerap menjadi pilihan pelbagai jenama dan dia juga menjadi pilihan stesen TV untuk mengacara seperti rancangan Bella di ntv7. Selain itu dia juga pernah berlakon di dalam filem Hikayat Merong Mahawangsa.
DR SOO WINCCI
Dr Soo Wincci merupakan pemenang pertandingan Miss World Malaysia bagi edisi tahun 2008. Kemenangannya ini membuka peluang untuk dirinya bergelar anak seni dalam industri seni tempatan. Dia membintangi drama seperti Mr Siao’s Mandarin Class, Injustice, Justice in the City dan banyak lagi.
Drama yang mengangkat namanya dikalangan peminat Melayu adalah Kau Yang Satu yang mana dia memegang watak antagonis disamping pelakon hebat lain seperti Dato’ Aaron Aziz dan Izara Aishah. Selain bergelar pelakon Dr Soo Wincci juga merupakan seorang penyanyi dan pernah merakamkan lagu dalam bahasa melayu yang bertajuk, Terus Teranglah. Dia juga pernah bergelar finalis Masterchef Malaysia dan berjaya menjadi top 5.
THANUJA ANANTHAN
Wanita tinggi lampai berdarah India ini merupakan pemenang pertandingan Miss World Malaysia 2009. Dengan ketinggian melebih 180cm dia merupakan antara model popular di Malaysia. Thanuja kini merupakan seorang pelakon, model dan hos. Dia membintangi drama seperti Temuan Takdir, Anak Merdeka, Nafas dan DM Hati Awak. Dia juga merupakan seorang juri bagi pertandingan realiti All Together Now Malaysia.
AMY NUR TINIE
Amy Nur Tinie merupakan pemenang pertandingan Miss Eco International 2019. Dia merupakan seorang peragawati dan juga mula berjinak-jinak dalam bidang pengacaraan dan lakonan. Dia merupakan seorang pengacara rancangan kewanitaan berjudul Tumit Tinggi di RTM. Selain itu dia juga sudah mula melebarkan sayapnya dalam bidang lakonan apabila membintangi filem seperti 10 Tips Tipu Bini yang disiarkan menerusi saluran Astro First dan juga drama Mak, Abang Nak Kahwin.
Cantik-cantik semuanya kan? Tidak kiralah Melayu, Cina atau India mereka semua bangga membawa nama Malaysia ke persada antarabangsa.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Elyana mengakui terharu dengan keperihatinan yang ditunjukkan oleh pelbagai pihak yang ingin membantunya untuk menghulurkan sumbangan bagi menampung kos perubatan kanser limfoma yang dihadapinya ketika ini.
Memetik laporan Kosmo Online, Elyana memaklumkan dia sebenarnya segan untuk menerima sebarang bantuan memandangkan selama ini dia tidak pernah berbuat sedemikian lebih-lebih lagi untuk meraih simpati daripada orang ramai diatas penderitaan yang dialami itu.
“Jujur saya terharu dan tidak tahu nak kata apa. Ramai mesej (DM) saya dalam Instagram nak hulur bantuan selepas berita mengenai kos ubat yang perlu saya tanggung disiarkan.
“Saya pada awalnya memang tak pernah terfikir atau terlintas apatah lagi mahu meminta belas ihsan daripada orang lain.
“Tapi malam tadi saya dihubungi bekas
pengurus syarikat rakaman sebelum ini, Sam Samin yang meminta kebenaran untuk saya untuk mereka siarkan nombor akaun bank bagi mengumpul dana meringankan beban kos perubatan,” katanya seperti yang dipetik.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Tak Tercapai Diakalmu ini turut menambah, dia kini harus menyediakan sejumlah wang yang agak besar untuk mengambil ubat khas secara berkala sebagai salah satu ikhtiar untuk merawat penyakitnya itu.
“Kalau ikutkan, Jumaat ini saya dah kena mula ambil ubat khas berupa antibodi berharga RM50,000 itu. Doktor sarankan kena ambil lima kali ikut jadual ditetapkan.
“Jujur buat masa sekarang, saya memang tidak ada sumber kewangan sebanyak itu. Jika dana yang dikumpul dan disumbangkan orang ramai itu mencukupi, saya terus akan dapat ubat tersebut.
“Sebaliknya jika kewangan masih tidak menginzikan, saya tetap akan menjalani rawatan kemoterapi seperti biasa dan terpaksa menangguh dulu hasrat untuk mengambil ubat khas tersebut,” katanya lagi.
Sementara itu, Elyana turut memaklumkan ubat khas yang disarankan oleh pihak doktor itu akan bertindak sebagai antibodi hang mampu untuk membina daya ketahanan sehingga 98 peratus.
“Doktor beritahu saya, ubat khas itu berfungsi untuk ketahahanan antibodi hingga 98 peratus dan peluang untuk sembuh daripada kanser amat cerah.
“Ada orang jenis kemoterapi berbeza-beza, macam saya doktor sarankan dan sesuai untuk guna ubat tersebut. Insya-Allah peluang untuk sembuh tu ada,” ujarnya lagi.
Baru-baru ini, Elyana ada meluahkan kerisauan mengenai kos rawatan sesi kedua kemoterapi yang menelan belanja hingga RM250,000 bagi keseluruhan lima sesi yang akan dimulakan Jumaat ini.
Sekadar informasi, ibu kepada dua orang cahaya mata ini mendedahkan tentang penyakit kanser limfoma tahap empat yang dihadapinya itu ketika siaran langsung konsert Gegar Vaganza musim keempat pada 2017.
Sepanjang tempoh tersebut, Elyana telah pun melalui pelbagai sesi rawatan sebagai ikhtiar untuk melawan penyakitnya itu.
Orang ramai yang ingin memberi sumbangan boleh salurkan ke akaun bank Maybank milik Elyana 114254214344.
Sumber: Kosmo Online
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengacara Datuk Aznil Hj Nawawi meluahkan rasa hairan terhadap sikap segelintir individu yang didakwa sebelum ini lantang menggesa orang ramai memboikot produk tertentu, namun kini dilihat kembali menyokong jenama yang sama.