Penyanyi remaja, Iman Troye terharu dan berbesar hati apabila muzik video single terbarunya, Nang kini menjadi trending, setetusnya mencapai tontonan lebih sejuta sejak ia dilancarkan di YouTube enam hari lalu.
Menurut Iman,19, atau nama sebenarnya, Siti Nur Alyssa Sahabudin, kejayaan itu perlu dihargai dan memberi makna tersendiri.
Apatah lagi, bakat baru itu sentiasa tular dengan apa dilakukan. Dua singlenya terdahulu, Teman dan Pejam Celik Hari Raya turut berjaya mencecah tontonan 1 juta dalam tempoh waktu kurang seminggu dilancarkan.
“Untuk mencipta trek rekod sebegini dengan mendapat 1 juta tontonan dalam tempoh kurang seminggu bagi video muzik tiga lagu nyanyian saya sesuatu pencapaian peribadi yang cukup luar biasa.
“Tambah pula tiga lagu saya yang masing-masing ciptaan Ezra Kong dan lirik A Ramlee dilancarkan ketika fasa pandemik COVID-19 yang kita sedia maklum ketentuan pasaran muzik itu sendiri tidak mampu ditebak hala tujunya.
“Saya harus berterima kasih kepada semua yang menjadikan semua ini kenyataan. Terutama peminat serta rakan media yang tidak putus putus memberikan sokongan,” katanya yang juga duta pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ini.
Terdahulu, Nang terbitan XO House Sdn Bhd dengan kerjasama Universal Music Malaysia dilancarkan 15 Oktober lalu di semua pelantar muzik digital terpilih itu turut menjadi ‘top 10’ di Spotify.
Ads
Majlis pelancaran lagu itu sebelum ini telah dilancarkan serentak dengan kempen PTTI 2 Juta Bangkit Belajar.
“Saya anggap kehadiran lagu pop Melayu berentak Jawa dan ada sentuhan tradisional ini lebih manis kerana pihak PTTI juga sudi melancarkannya.
“Malah tugas sebagai duta pusat ilmiah itu datang dengan tanggungjawab. Saya sendiri bergelar pelajar peringkat Diploma dalam bidang muzik di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Saya harap dapat terus mengimbangi seni dan pelajaran sebaik mungkin.
Ads
“Saya juga berharap agar selepas ini peminat akan lebih menyokong karya tempatan dan boleh membuatkan video muzik lagu nyanyian yang lain mendapat tontonan satu juta juga tetapi dalam masa kurang sehari seperti penyanyi antarabangsa lain.
“Jika itu mampu terjadi, saya akan takjub dan ‘speechless’,” katanya yang merakamkan lagu itu sekitar Januari lalu.
Video muzik single ketiga ini pula membabitkan kos perbelanjaan lebih RM100,000 untuk pembikinannya.
Ia sekali gus menjadi video muzik termahal diterbitkan di bawah syarikat XO House Sdn Bhd setakat ini dan penggambaran video muzik berkenaan dibuat selama dua hari iaitu pada 6 dan 7 Oktober lalu.
Ads
Video muzik arahan Lily Samsuddin ini turut menampilkan sisi bakat tari Iman yang dikoreografi Aus daripada Nasty Rock Crews.
Manakala Adib Hamdi dan Alia Elena pula bertindak sebagai Penerbit Eksekutif.
Nang turut disokong Hotlink yang menawarkan pengalaman hiburan tanpa henti dengan menguasakan hiburan tempatan dalam laman sosial kegemaran Malaysia seperti YouTube, Facebook, Instagram dan TikTok.
Menerusi kolaborasi itu, jenama telekomunikasi itu memantapkan penguasaan hiburan mereka dan menginspirasikan semangat #BikinSampaiJadi sekali gus memberikan peminat hiburan tempatan lebih banyak kandungan eksklusif dan pengalaman terbaik.
Untuk rekod, Iman juga mencipta sukses tersendiri apabila berjaya meraih 4X Platinum bersamaan RM1 juta membabitkan ‘talent management revenue’ termasuk menerusi persembahan dalam lagu Teman dan Pejam Celik Hari Raya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Sarah Fazny membidas tindakan seorang pengguna Instagram yang dilihat menulis komen menggunakan perkataan kurang baik terhadal salah satu artikel yang berkaitan dengan dirinya.
Jelas Sarah, dia meminta untuk menjadi wargamaya yang lebih bijak menilai selain menjaga bahasa untuk diguna pakai.
“I JUST WANNA SAY THAT BAHASA AWAK SECANTIK DP AWAK YANG AYU EH. PEOPLE’S AROUND YOU MUST BE PROUD, SO FULL WITH ETHICS & MANNERS.
“IF YOU DON’T KNOW HOW ENTERTAINMENT WORLD WORKS, YOU BETTER LEARN FIRST. KITA KITA NI BUKAN INSAN YG SEMBARANGAN KOMEN JELIK @ CERITA SEMUA DEMI ATTENTION OR UNTUK MEMUASKAN HATI SENDIRI.
“LAIN KALI KALAU TAK TAHU, HANYA MENJADI NETIZEN YANG MEMBACA BULAT-BULAT APA YANG DISUGUHKAN MEDIA. AH AH. THINK WISE. NAK JADI PEMBACA BIJAK ATAU TIDAK.
“IT’S EITHER YOU MEMANG POPULAR ATAU YOU SENDU PUN TAPI KALAU KAWAN2 INDUSTRI CONTACT YOU PUN BECAUSE OF WHO YOU ARE THAT NETIZEN DON’T KNOW MUCH.
“DI ZAMAN 2021 NI. JAGALAH BAHASA ANDA SEPERTI ANDA MENJAGA KULIT ANDA,” jelasnya menerusi satu hantaran di Insta Stories.
Terdahulu, menerusi artikel yang dikongsikan Sarah yang dicungkil bakatnya menerusi program Mentor Legend itu, dia berkongsi perkembangan terkini selepas lebih sebulan mendirikan rumah tangga.
Menurut Sarah atau nama sebenarnya, Maishara Fazny Mahadzir, dia kini masih dalam proses untuk menyesuaikan diri apabila duduk berdua dengan suami memandangkan sebelum ini dia tinggal bersama adik beradik yang ramai.
Dia pada masa sama turut bersyukur kerana memiliki suami yang memahami dan menyokong penuh soal kerjaya seninya.
Terbaharu, Sarah juga turut berlakon dalam telefilem Lagu Cinta Kita Muzikal di bawah arahan Raja Mukhriz.
Sementara itu menerusi platform sama, Sarah kali ini memilih untuk bersuara selagi apa yang dilakukannya tidak dikira merepek.
“IM SORRY. KALAU 5 6 TAHUN LEPAS MAYBE SARAH PREFERRED “BIARLAH, TAKPELAH”. PENAT YE KAWAN2, KIRI KANAN WILL BITE YOU!
“SO NOT ANYMORE, I’LL SPEAK IT LOUD. DON’T LET GENG BIJAK PANDAI MEMIJAK NI RASA BIJAK.
“KITA SEMUA BEKERJA ADA METHOD MASING2 UNTUK PERTAHANKAN KERJA KITA, AS LONG KITA TAK BUAT PERKARA MEREPEK OKAY. BUT YA, ALWAYS IN MY PRAYER,” tulisnya.
Foto: Instagram Sarah Fazny
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Min Yasmin menzahirkan rasa terujanya apabila dapat merealisasikan impian mengadakan konsert solo dalam negara yang bakal berlangsung di Sandakan, Sabah Mac tahun hadapan.
Min, 33, atau nama sebenarnya Nurul Yasmin Abdul Aziz berkata, konsert Min Yasmin Live In Sandakan anjuran SS Event Management itu sepatutnya diadakan pada Oktober lalu.
Malah isteri kepada komposer terkenal, Julfekar ini turut mempunyai sebab tersendiri mengadakan konsert di lokasi berkenaan.
“Disebabkan kerajaan baharu saja umumkan pembukaan semua aktiviti selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jadi konsert ini yang sepatutnya diadakan bulan lepas terpaksa tunda dulu.
“Insya-Allah semuanya sudah diatur dan pihak penganjur bersetuju untuk buat pada Mac tahun depan.
“Alhamdulillah, ini adalah konsert solo pertama saya dalam negara. Apa yang istimewanya adalah penonton kebanyakannya dalam kalangan suku kaum Bajau dan Suluk. Sebab permintaan sangat banyak.
“Selama ini mereka tanya kenapa saya sibuk buat konsert di Filipina dan bukannya di sini. Sebab ketika itu rezeki di sana dan sekarang baru diberi kesempatan untuk buat di negara sendiri,” katanya.
Konsert itu bakal diadakan selama dua hari di dua lokasi berbeza secara tertutup dan terbuka iaitu di Sabah Hotel dan Tiong Hua Hall, Sandakan.
“Alhamdulillah, dari segi lokasi konsert dan penaja sudah ada. Malah ramai yang sudah tempah tiket. Tapi memandangkan terpaksa tunda jadi kita bawa ke tahun depan. Mereka okay dan masing-masing tak sagar nak teruskan konsert ini.
“Insya-Allah, pada konsert ini saya akan menyanyikan lagu dalam Bahasa Suluk, Bajau dan Tagalog. Semoga kes Covid-19 semakin berkurangan dan konsert ini berjalan lancar,” katanya.
Konsert itu juga bakal menampilkan penyanyi baharu Husadee dan beberapa lagi penyanyi tempatan di Sabah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kisah percintaan Justin Bieber sentiasa menjadi buruan media. Dari satu kisah ke kisah yang lain, akhirnya penyanyi yang mula-mula terkenal menerusi lagu One Time ini menamatkan zaman bujangnya dengan sosialit dan peragawati, Hailiey Baldwin.
Pasangan ini berkahwin pada November 2018 dan tahun ini mereka menyambut ulang tahun perkahwinan yang ketiga, Isnin lalu. Menerusi satu hantaran di laman Instagram, Justin meluahkan rasa cintanya dengan penuh romantis kepada isteri tersayang.
“Hati saya adalah milik kamu. Mata saya milik kamu, bibir saya milik kamu. Saya milik kamu. Saya sangat bersyukur kerana diri ini menjadi milikmu. Kamu adalah milik saya selama-lamanya. Kehidupan ini tidak pernah masuk akal sehinggalah kamu menjadi isteri saya.
“Saya tidak akan berhenti mencintai kamu, saya tidak akan berhenti memegang kamu, dan saya tidak akan berhenti melindungi kamu. Kamu lebih dari cukup untuk saya dan saya akan menghabiskan setiap hari membuat kamu merasa seperti ratu,” ujar jejaka berusia 27 tahun itu.
Antara rakan selebriti yang turut menitipkan ucapan mereka di hantaran Intagram Justin seperti Kim Kardashian dan Romeo Bechkam. Kim mencoretkan kata, “Paling comel! Selamat Hari Jadi Hailey.” Manakala, Romeo pula meningalkan pesanan selamat hari jadi kepada Hailey.
Kisah jalinan cinta di antara Justin dan Hailey bukanlah baru, mereka sudah bertemu ketika masih muda lagi. Bahkan ketika Justin hangat bercinta dengan Selena Gomez, mereka merupakan sahabat baik dan ditambah pula berkongsi kumpulan kawan yang sama menjadikan hubungan mereka semakin erat dan berakhir di jinjang pelamin.
Pelakon Shaheizy Sam mengakui terkejut apabila menerima khabar mengenai keadaan kesihatan abang iparnya, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dilaporkan semakin kritikal sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.