Menerusi entri terbaru yang dimuatnaik Muhammad Riduan sebentar tadi, dia menjelaskan kemelut yang berlaku telah selesai selepas pelakon, Rozita Che Wan dikatakan sudah membayar tunggakan gaji selain isu melibatkan nombor pendaftaran kereta.

Menerusi laman Facebook bekas pemandu peribadi pelakon itu, Riduan menyatakan pelakon itu telah membayar RM2000 jumlah gaji dan saman berjumlah RM300.

Dakwa Tak Bayar Tunggakan Gaji: Bekas Pemandu Che Ta Anggap Selesai, Tapi Tidak Akan Mohon Maaf Sebab…

Dia juga memohon agar netizen berhenti mengecam isteri kepada Zain Saidin sementelah kes telahpun selesai dengan baik.

Assalamualaikum Sahabat semua, Alhamdulillah kes saya ni dah settle dengan berkat doa dan bantuan anda semua gaji saya untuk bulan februari dan saman no plat kenderaan che ta dah settlekan..Terima Kasih untuk segalanya tanpa anda semua tak mungkin saya mampu hadapi seorang diri.

IKLAN

“Ribuan terima kasih kepada Abg Helmy Nordin dan rakan2 yg lain yg saya tidak mentioned disini kerana terlalu ramai yg membantu saya dalam menyelesaikan perkara ini..Disini saya ingin meminta jasa baik semua untuk berhenti mengencam Che ta kerana dia sudah menyelesaikan apa yang patut dia selesaikan.”

Menurut lelaki ini juga, walaupun pelakon Kiah Pekasam ini menuntut permohonan maaf secara terbuka, namun dia menolak atas alasan apa yang berlaku bukan berpunca darinya.

Dia meminta saya untuk membuat pengakuan maaf secara terbuka yg akan dibagi peguamnya untuk menjelaskan penyelesaian perkara ini tetapi saya mengikut nasihat dari abg Helmy Nordin untuk tidak membuat pengakuan maaf secara terbuka itu oleh kerana itu bukan salah saya.”

IKLAN

Jelas Riduan, apa yang berlaku seharusnya dijadikan pengajaran oleh pihak majikan agar tidak mengambil ringan isu sebegini.

Untuk peringatan majikan mana2 sahaja diluar sana ambil lah apa yg terjadi pada saya ini sebagai pengajaran dan jangan ingat kami sebagai driver ni tiada maruah dan bukannya hamba abdi yg boleh dipergunakan sesuka hati tanpa kerelaan.

IKLAN

“Dan jangan pernah mencabar kuasa viral siapa yg lagi kuat kerana itu yg akan memakan diri sendiri dan Allah itu maha Adil, Siapa yang benar pasti akan menang walaupun sesukar mana pun perkara itu.

Saya harap anda semua jangan mengecam Che ta lg di facebook dan akaun instagramnya kerana perkara ini sudah diselesaikan di antara dua belah pihak..Kepada yg memberi sumbangan Saya ucapkan Jutaan terima kasih di atas jasa dan simpati anda terhadap saya..Saya tak mampu untuk membalasnya tapi Allah yg akan membalas segala jasa baik anda semua terhadap saya dan alhamdulillah duit sumbangan anda itu saya gunakan untuk membayar apa yg patut saya bayar..Bagi saya anda semua la Saudara saya dunia dan akhirat..Semoga Allah memberkati anda semua dengan limpahan rezeki dan kerjayaan dunia akhirat..Aamiin ya rabal al’amin.”

Assalamualaikum Sahabat semua, Alhamdulillah kes saya ni dah settle dengan berkat doa dan bantuan anda semua gaji saya…

Posted by Muhammad Riduan II on Wednesday, 6 March 2019

Foto:  Facebook Muhammad Riduan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI