Penyanyi dan pelakon senior, Datuk Awie meluahkan rasa kecewa terhadap beberapa penganjur program yang dilihat mengambil kesempatan terhadap penjualan tiket melibatkan kumpulan rock, Wings sebelum ini.

Katanya kepada MH, kumpulan tersebut telah ditipu dua kali sebelum ini dan telah menyebabkan mereka tidak percaya lagi dengan pihak agensi penjual tiket.

“Pertama kali terjadi saya dah naik hantu dah. Kita nak buat duit alih-alih mereka yang terlebih buat duit.

“Keduanya ketika di istana budaya, saya ingatkan perkara ini tidak akan terjadi sebaliknya mereka rolling semula duit dan hanya memberikan amaun tertentu serta bukan berdasarkan jumlah kutipan tiket.

“Tak payah ajar saya jadi budak nakal. Saya ambil gambar dia dan berikannya tempoh selama tujuh hari untuk membuat pembayaran. Alhamdulillah selesai,” katanya kepada MH.

IKLAN

Datuk Awie berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media Konsert Laksmana Metal 2019 Dua Generasi yang berlansung di Bilik Tanjung, Putra World Trade Center (PWTC) pada Rabu.

Konsert yang bakal berlansung pada 4 Mei 2019 di PWTC itu akan menggabungkan dua generasi rock iaitu Wings dan Bunkface.

IKLAN

Difahamkan, tiket akan mula dijual dengan harga RM150 (Free Standing) dan RM 450 (VIP)

Tiket dikhabarkan hanya akan dijual secara manual melalui wakil kelab peminat mereka sendiri iaitu (Sayap-Sayap Wings) dan (Bunkers)

IKLAN

Oleh sebab demikian, tiket hanya boleh ditebus empat hari sebelum konsert berlansung bagi mengelak kes penipuan berlaku.

 

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI