Pendakwah selebriti, Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, hari ini diperintahkan menjalani hukuman penjara serta-merta selepas Mahkamah Tinggi di sini mengekalkan sabitan dan hukuman terhadapnya atas kesalahan merogol seorang wanita pada 2019.
Menurut laporan Sinar Harian, keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Adlin Abdul Majid, yang menolak rayuan tertuduh untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang sebelum ini dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen. Mahkamah turut menolak permohonan pembelaan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu proses rayuan lanjut.
Mahkamah memutuskan bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap keputusan Mahkamah Sesyen, selain menyifatkan keterangan yang dikemukakan tertuduh sebagai sekadar penafian semata-mata tanpa sokongan kukuh.
Ads
Dengan keputusan itu, Da’i Syed diperintahkan menjalani hukuman penjara selama 10 tahun serta tiga sebatan seperti yang diputuskan Mahkamah Sesyen sebelum ini, dan dibawa ke penjara pada hari yang sama.
Ads
Terdahulu, Da’i Syed didakwa merogol seorang wanita berusia 23 tahun di sebuah unit kondominium di Petaling Jaya pada 11 September 2019. Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.
Ads
Sekadar info, Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful Jamalullail merupakan seorang penceramah bebas dan juga pelakon. Berusia 31 tahun, beliau berkahwin dengan hos televisyen, Hana Ismail, pada 3 Disember 2022. Perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata.
Pelakon, Datin Seri Maria Farida memilih untuk tidak terlalu mengambil pusing tanggapan segelintir pihak yang mengkritik cara pemakaiannya yang dikatakan seksi dan kurang sesuai untuk imej seorang wanita yang sudah meniti usia 56 tahun.
Menurut Maria, dia berpakaian mengikut cita rasanya sendiri dan bukan untuk meminta pujian daripada orang lain.
“Memang macam-macam netizen kutuk dan hentam saya. Namun, saya hanya buat perkara yang saya suka sahaja.
“Lagipun, cara saya berpakaian adalah untuk diri saya sendiri. Suami saya pun okay sahaja. Selagi dia okay, saya pun okay.
“Saya bukan berpakaian untuk meminta pujian daripada orang lain.
“Lagi orang hentam atau mengutuk, lagi saya akan buat,” katanya kepada MH.
Maria berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Pemuja yang berlangsung di TGV, The Starling Mall, Petaling Jaya, baru-baru ini.
Tambah Maria, dia sebenarnya sudah lali dan tidak terkesan dengan komen-komen netizen kerana sudah dilaluinya sejak berpuluh tahun dahulu.
“Saya baca tapi tak hiraukan sangat. Lagipun, saya sudah baca komen-komen seperti ini berpuluh-puluh tahun. Saya sudah tak kisah,” kongsinya lagi.
Dalam masa sama, Maria memaklumkan dirinya lebih selesa untuk memberikan sepenuh tumpuan terhadap kebahagiaan diri sendiri dan keluarga.
“Saya tak rasa diri saya seksi. Saya rasa biasa-biasa sahaja. Jadi, saya pun tak faham apa yang jadi isu sangat. Namun, saya faham setiap orang punyai pandangan mereka sendiri.
“Kalau nak hentam saya pun tak mengapalah. Janji saya gembira dan buat hal sendiri. Saya pun tak kacau atau aniaya orang lain.
“Saya jalani hidup saya sahaja. Asalkan keluarga saya gembira, saya juga gembira,” katanya.
Terdahulu, Maria bakal muncul menerusi filem terbaharu berjudul Pemuja yang akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 22 Januari lalu.
Filem terbitan, Metrowelth ini turut membariskan pelakon seperti Qi Razali, Yasmin Hani, Namron dan Datuk Nor Hilal Azman.
Mengulas mengenai watak Dukun Sharifah, Maria memaklumkan pengarah memberikannya kebebasan untuk berkarya dan menjadi dirinya sendiri.
“Saya sangat suka watak ini. Jadi, saya tak rasa berat langsung. Saya gembira sahaja sepenjang di set penggambaran. Bila saya ambil watak-watak ini, ia seperti menggambarkan diri saya.
“Bukan bahagian syaitan atau tahyul itu. Saya suka bawakan watak bidan dan dukun. Bila saya tanya pengarah mengenai watak saya, katanya saya perlu jadi diri sendiri sahaja.
“Disebabkan saya suka watak ini, saya boleh bawakan watak ini secara lebih realistik,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dunia hiburan Korea Selatan dikejutkan dengan kisah seorang pelawak, Lee Seung Joo, yang memilih untuk meninggalkan pentas komedi dan membina kehidupan baharu sebagai detektif persendirian.
Lee Seung Joo, yang pernah dikenali menerusi kemunculannya dalam program komedi ikonik Gag Concert terbitan KBS, mengakui hidupnya berubah sepenuhnya selepas rumah tangga yang dibina selama 11 tahun berakhir akibat isterinya curang.
Insiden itu bukan sahaja menamatkan perkahwinan mereka, malah menjerumuskan dirinya ke dalam kemurungan yang serius sehingga pernah terdetik cubaan untuk menamatkan riwayat sendiri.
Namun, menurut pengakuannya, tanggungjawab terhadap anak-anak serta ibu bapa menjadi titik kebangkitan yang menghalangnya daripada terus tenggelam dalam kekecewaan.
Dari saat itulah, beliau memilih untuk bangkit dan mencari makna baharu dalam kehidupan, jauh daripada dunia hiburan yang pernah mengangkat namanya.
Menariknya, Lee tidak memilih jalan kembali ke layar kaca sebagai pelakon atau selebriti, sebaliknya mengambil langkah berani dengan memperoleh lesen sah sebagai detektif persendirian.
Pengalaman peribadi yang pahit itu mendorongnya untuk membantu individu lain yang menjadi mangsa kecurangan pasangan, khususnya dalam mendapatkan bukti serta sokongan emosi.
Sepanjang kerjayanya, beliau lebih dikenali sebagai pelawak pentas dan penghibur televisyen, dengan kemunculan tertumpu dalam segmen komedi dan program variasi.
Kini, Lee turut aktif berkongsi pengalaman hidup dan kerjaya baharunya menerusi platform digital, termasuk YouTube, dengan harapan kisahnya dapat memberi kesedaran dan kekuatan kepada mereka yang berdepan krisis rumah tangga serta tekanan emosi.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Datuk Aznil Nawawi atau lebih dikenali sebagai Pak Nil bukan sekadar figura televisyen yang dekat di hati masyarakat, malah sinonim dengan nilai positif, pendidikan dan keprihatinan sosial.
Komitmen berterusannya dalam pelbagai inisiatif kemasyarakatan turut menjadikan beliau antara personaliti yang diyakini untuk membawa mesej kesihatan dan kesejahteraan kepada semua orang.
Peranan itu terus diperkukuh apabila beliau melangkah ke tahun keenam sebagai duta jenama Eskayvie, satu kerjasama yang disifatkan lebih daripada sekadar hubungan profesional.
Dalam landskap kesihatan global yang semakin kompleks, keperluan terhadap solusi berteraskan ilmu, sains dan nilai kemanusiaan menjadi semakin kritikal.
Berlandaskan prinsip inilah Eskayvie terusmemperkukuh peranannya sebagai jenama kesihatan yang bukan sekadar berkembang dari sudut perniagaan, namun turut membawa makna serta impak sebenar kepada masyarakat.
Komitmen ini diterjemahkan menerusi penganjuran Eskayvie Grand Annual Dinner 2026 di Hotel Mandarin Oriental, yang menghimpunkan lebih 400 warga kerja, Usahawan Eskayvie Nexus serta rakan strategik pada 24 Januari lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie merangkap Doktor Perubatan, Dr. Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri, menegaskan bahawa peranan Eskayvie hari ini melangkaui penghasilan produk, sebaliknya berfungsi sebagai satu ekosistem kesihatan yang bertanggungjawab dalam menghadapi cabaran dunia moden.
“Dalam realiti hari ini, masyarakat berdepan peningkatan penyakit berjangkit dan tidak berjangkit, pencemaran alam sekitar, mikroplastik, virus baharu serta pengambilan makanan ultra-proses.
“Kesedaran gaya hidup sihat sahaja tidak mencukupi tanpa sokongan yang selamat, berkesan dan boleh dipercayai,” kata Dr Syid.
Dr Syid menambah, jenama kebanggaannya itu dibangunkan berteraskan ilmu, kajian dan integriti profesional.
“Eskayvie bukan sekadar jenama. Kami adalah pasukan profesional yang terdiri daripada doktor, pakar nutrisi dan diet yang komited dalam mendidik masyarakat serta membangunkan formulasi produk kesihatan dan kecantikan berlandaskan sains.
“Misi kami jelas, membantu lebih ramai individu mencapai tahap kesihatan yang optimum dan berdaya tahan untuk masa depan.
“Kejayaan Eskayvie juga tidak diukur melalui angka semata-mata, tetapi melalui perubahan kualiti hidup, keyakinan dan kesejahteraan komuniti yang dibina bersama menerusi ekosistem Nexus,” katanya lagi.
Malah Dr Syid turut menzahirkan rasa syukur atas kerjasama yang terjalin bersama Datuk Aznil Nawawi sebagai duta jenama Eskayvie.
“Alhamdulillah, sudah memasuki tahun keenam kami bersama Pak Nil. Sejak awal, beliau sentiasa memberi sokongan yang konsisten dan dekat dengan masyarakat.
“Hubungan ini bukan sekadar kerjasama, tetapi satu ukhuwah yang kami harap akan terus kekal positif dan berkembang,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Urusan Eskayvie, Dr. Kartika Wati Mohamed, menekankan bahawa Eskayvie secara konsisten memilih untuk bermula dengan anak-anak, kerana di situlah masa depan ummah dibentuk.
Menurut Dr Kartika, potensi anak bukan sesuatu yang boleh ditangguhkan, sebaliknya perlu dibina hari ini melalui nutrisi, sokongan dan kesedaran yang betul.
“Jenama kami turut memperkenalkan OWI, maskot rasmi kempen yang berfungsi sebagai simbol potensi anak-anak serta medium komunikasi yang lebih mesra untuk menyampaikan mesej nutrisi dan perkembangan minda kepada kanak-kanak dan ibu bapa.
“OWI bukan sekadar maskot. Ia adalah simbol kepada potensi yang sedang menunggu untuk diserlahkan dengan sokongan yang betul, pada masa yang tepat,” kata Dr Kartika.
Majlis sama turut menyaksikan penyampaian Hadiah Utama Honda City 1.5V kepada pemenang Kempen Cabutan Bertuah Eskayvie 2025, sebagai tanda penghargaan kepada sokongan berterusan pengguna.
Kempen yang berlangsung dari Februari 2024 hingga Disember 2025 ini mencatatkan lebih 350,000 penyertaan, dengan nilai keseluruhan hadiah melebihi RM300,000.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Girl group popular, DOLLA bakal mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa menerusi penyertaan mereka di The A Festival Paris yang akan berlangsung pada 24...