Bersempena dengan Konsert Minggu Ke-2 Gegar Vaganza 2020, penyanyi Haslinda yang ditugaskan untuk membawa lagu Kerana Terluka ada meminta restu penyanyi asal, Nourul Depp.

Menurut Haslinda, sebelum apa-apa yang berlaku, adalah lebih baik jika dirinya membuat permohonan maaf terlebih dahulu seandainya ada kekurangan sewaktu menyampaikan lagu tersebut nanti.

View this post on Instagram

MasyaAllah tabarakallah. Dapat mesej ni pagi pagi tadi. Terkejut saya. Saya doakan untuk @haslinda_sehatisejiwa_official berjalan dengan lancar pada malm nak kena nyanyi #keranaterluka nanti Tak perlu minta restu. Sampaikan sebaiknya. Jangan lupa sebwlum nyanyi nanti, bacakan al fatihah kepada penulis liriknya arwahnya Mama Juwie ya. 🤲🏻🥰❤️ Semoga terus dimurahkan rezeki. Semoga berjaya nanti. Aminnn aminnn ya rabbalalamin ❤️ ❤️ #nouruldepp #haslindagv7 #gegarvaganza7 #coleugue #singerstosingers Sementara itu, penyertaan @divakurus_by_nouruldepp untuk November telah dibuka! 🥰 Click ➡️➡️➡️➡️ link di bio. Kami jawab Whatsapp nanti. #teamdivakurusbynouruldepp #divakurusbynouruldepp

A post shared by N O U R U L (@nouruldepp) on

“Assalamualaikum..Hai Kak Nourul. Saya Haslinda. Saya akan menyanyikan lagu akak Kerana Terluka di minggu ke-2 Gegar Vanganza Ahad ini.

“Maaf sekiranya penyampaian saya nanti kurang memuaskan ye kak. Terima kasih,” tulisnya.

Melihat pada mesej tersebut, ini respon balas yang diberikan oleh Nourul buat Haslinda;

IKLAN

“Waalaikumsalam. MasyaAllah adik. How are you? I love your voice. Jangan risau nyanyi in your own way. Buat penyampian dan style Linda yang dah memang bagus.

“Don’t compare dengan akak. Memang lagu tu akak dah nyanyi beribu kali. Of course dah lain kan. Nyanyi style Linda. Akak doakan semuanya berjalan dengan lancar.

“Do the best okay. Sending doas, love and kisses,” tulisnya.

Perbualan tersebut dikongsikan oleh Nourul menerusi akaun Instagram miliknya.

IKLAN

Pada ruangan kapsyen pula, Nourul mengakui dirinya agak terkejut saat menerima kiriman mesej tersebut.

“MasyaAllah tabarakallah. Dapat mesej ni pagi pagi tadi. Terkejut saya. Saya doakan untuk @haslinda_sehatisejiwa_official berjalan dengan lancar pada malam nak kena nyanyi #keranaterluka nanti.

“Tak perlu minta restu. Sampaikan sebaiknya. Jangan lupa sebelum nyanyi nanti, bacakan Al-Fatihah kepada penulis liriknya arwahnya Mama Juwie ya.

IKLAN

“Semoga terus dimurahkan rezeki. Semoga berjaya nanti. Aminnn aminnn ya rabbalalamin,” kongsinya lagi.

Melihat di ruangan kapsyen, rata-rata netizen dilihat sudah tidak sabar untuk menyaksikan persembahan Haslinda di konsert minggu ke-2 GV2020 Ahad ini.

“Dah Nyanyi Beribu Kali, Mesti Dah Lain,” – Minta Restu Nyanyi Lagu Kerana Terluka, Ini Respon Balas Nourul Depp Buat Haslinda “Dah Nyanyi Beribu Kali, Mesti Dah Lain,” – Minta Restu Nyanyi Lagu Kerana Terluka, Ini Respon Balas Nourul Depp Buat Haslinda

GV7 bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses di aplikasi Astro Go.

Sumber: Instagram Nourul Depp

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI