A post shared by AMELINA AMIR (@amelinaamirsharipuddin) on
Dalam pada itu, peminat turut memberikan kata-kata semangat kepada penyanyi kelahiran Nilai, Negeri Sembilan ini supaya terus cekal dalam mengharugi dugaan kehidupan.
Menerusi laman Instagram dan Youtube Datuk Seri Aliff Syukri, penyanyi dan usahawan ini berkongsi momen istimewa dia dan anak-anak lelaki mencuci uri anak kelimanya, Raudah Arshiyah.
Meski pada awal Ammar dan Baim kelihatan kekok dan ketakutan dengan darah yang meliputi uri, namun mereka dilihat cuba untuk membantu seterusnya mengalunkan ayat suci Al-Quran.
“Semoga anak dara abah nanti besar tau abah syg sgt kat awak.. Sebenarnya ada sahaja pekej untuk cuci uri… tapi abang percaya orang dulu-dulu cakap ..kalau boleh kalau ada anak perempuan tanam dekat Taman rumah biar cepat kahwin .. berul ke?? dan dapat pasangan yang baik-baik sebab tu
“Kalau korang tengok dekat YouTube abang ada buat amanat dan juga kata-kata peninggalan sebelum abang menanam uri ini kalau nak tengok orang pergi saja dekat YouTube abang-abang dah posting..
“Untuk melihat full video ni korang boleh pergi dekat YouTube tv terlajak laris ..abang dah posting nak tahu apa yang berlaku kenapa dan sbb apa??,” tulisnya.
Di ruang komen, rata-rata netizen menyatakan kekaguman atas sikap Aliff dalam mendidik anak-anak.
Sekadar makluman, Aliff dan Shahida berkahwin pada Ogos 2007. Pasangan ini dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawy dan Raudah Arshiyah serta seorang anak angkat.
Foto : Instagram DS Aliff Syukri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Siapa sahaja yang tidak mengenali pelakon jelita Fasha Sandha yang kian bahagia lembaran hidupnya selepas mendirikan rumah tangga bersama pelakon Aidil Aziz.
Bukan itu sahaja, dramatis ini juga kini dilihat rajin memasak dan gemar berkongsi video masakan menerusi akaun media sosial Instagram miliknya.
“Masak je lauk simple2. Biarlah apa orang nak kata, yang penting laki kami, Rayfal dan adik lelaki kami suka makan dan bertambah-tambah.
“Alhamdulillah diatas rezeki yang Allah bagi. Jemyma baru masuk 5 tahun dan masih suka minum susu je.
Buka itu sahaja, rata-rata peminat memuji sikap keibuan Fasha.
Untuk rekod, Fasha menerusi perkahwinan terdahulu bersama Jejai atau nama sebenarnya Rizal Ashram Ramli, dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemyma.
Aktres tersebut kemudiannya bergelar isteri kepada pelakon, Aidil Aziz pada 30 Mac lalu.
Video: Instagram Fasha Sandha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas menceburi perniagaan berasaskan kecantikan dan pakaian, pelakon Ardell Aryana kini mula terokai ruang bisnes baru apabila membuka pusat laser bulu, Hairy Mary di Publika, Solaris Dutamas.
Perniagaan berkenaan diusahakan isteri kepada Nadzmi Adhwa ini bersama sepupunya, Dr Por Yan Sheng. Hairy Mary merupakan cawangan ketiga dibuka selepas di One City, Subang Jaya dan Midvalley.
“Ukhuwah saya dan pakcik (Dr Por) sudah terjalin sekian lama. Kami selama ini banyak berkongsi pemikiran dalam dunia perniagaan.
“Biarpun jarak usia kami dekat, tapi saya bahasakan dia sebagai pakcik mengikut pangkat dan hormat. Banyak kali juga dia mengajak saya untuk bekerjasama. Namun rezeki hanya terjalin kali ini.
“Saya banyak melihat cara orang Cina berniaga menerusinya. Begitulah sebaliknya. Ia seperti satu perkongsian pintar yang kami jalinkan dalam perniagaan ini.
“Melihat kejayaan dua premis terdahulu diusahakannya, saya nekad untuk meneruskan kerjasama sulung ini,” katanya.
Berkongsi antara sebab dia terfikir untuk melakukan kerjasama terbabit, bintang Tak Ada Cinta Sepertimu ini sendiri melihat akan kepekaan dirinya dalam menjaga kebersihan.
“Cuma pada awalnya ketika saya berkongsi video atau gambar membuat laser buang bulu, ada yang bertanya bolehkah wanita Islam melakukannya.
“Saya sendiri meleraikan persoalan itu dengan bertanya ustaz dan mereka yang lebih pakar. Dalam Islam sendiri mementingkan kebersihan.
“Jadi tak salah untuk kita membuang bulu jika ia memudaratkan atau memberi masalah.
“Macam contoh jika di muka atau dahi kita ada bulu yang serabut atau tebal, ia sedikit sebanyak menyukarkan untuk kita sujud dengan betul ketika bersolat,” dedah Ardell.
Pada masa sama, sebagai wanita, soal kebersihan diri sememangnya perlu diutamakan.
“Ada bahagian tertentu contohnya seperti Miss V perlu dirapi dan dikemaskan. Contohnya kalau sudah berkahwin, semua itu dibuat untuk kebaikan saat bersama suami.
“Begitu juga di bahagian ketiak dan lain lain lagi. Tambahan pula dengan buat laser tanggal bulu ini ia tidak menyakitkan berbanding waxing.
“Perhatian utama di Hairy Mary pun lebih kepada menanggalkan bulu secara kekal dengan kesan efektif,” katanya lagi.
Sementara itu, Dr Por menambah, premis perniagaan mereka lebih memberi keutamaan kepada pelanggan wanita.
“Bagi golongan lelaki juga kami sediakan untuk merapi atau menanggalkan bulu di bahagian tertentu seperti muka atau jambang. Tetapi kalau untuk golongan perempuan kita tawarkan untuk seluruh badan.
“Kami sendiri mempunyai therapist di kalangan wanita. Jadi kami sendiri mahu melindungi mereka dan mengelak daripada perkara yang tak diingini,” kata Dr Por.
Hairy Mary diasaskan Dr Por Yan Sheng sejak 10 October 2018 dengan cawangan pertamanya di Subang Jaya, One City dan beliau juga merupakan pakar estetik yang memulakan kerjayanya sejak lima tahun dahulu.
Hairy Mary menggunakan teknologi THOR light laser yang berasas dari Korea, di mana ia menggabungkan sistem penyejukan yang mengurangkan kesakitan atau rasa tak selesa semasa rawatan dan sistem penyampaian yang lebih baik daripada IPL untuk ketepatan yang lebih tinggi supaya menghasilkan keberkesanan maksimum.
Program realiti terbaharu, Borneo Rising sudah mula mencipta impaknya tersendiri menerusi saingan minggu pertama, apabila barisan peserta masing-masing tampil dengan persembahan yang meyakinkan.