Penyanyi, Tomok menjelaskan dirinya tidak terfikir lansung akan memakai pakaian perempuan jika membuat persembahan lagu terbarunya berjudul Bekas Kekasih.

Menurut Tomok, dia tidak menyangka orang ramai boleh berfikiran sedemikian dan menyifatkan apa yang dia lakukan di dalam klip video tersebut hanyalah lakonan semata-mata.

View this post on Instagram

nanti kalau abg perform abg pakai baju perempuan jugak ke? . itu antara satu msg dari ratusan yg saya dapat di instagram,facebook dan twitter berkenaan dengan video muzik terbaru saya #bekaskekasih . takkan la lepas ni nak menyanyi saya pakai baju perempuan pulak..takkan sampai ke situ diorang boleh fikir..apolaaaaa . saya hanya berlakon sahaja untuk muzik video tersebut..saya mengangkat isu yg bagi saya agak berat kat malaysia sekarang..bukan suka suka saya berpakaian macam tu..ada msg yg saya nak sampaikan . seperti yg saya kata sebelum ini..yg tak baik jangan ambik..ambik yg baik saja . kesilapan dari saya saya akui..salah tetap salah..korang ambik yg baik saja ya..imej saya takkan memang takkan berubah ok ? . selamat menonton bekas kekasih.. ❤️

A post shared by Tomok (@tomokofficial) on

“Takkan la lepas ni nak menyanyi saya pakai baju perempuan pulak. Takkan sampai ke situ diorang boleh fikir. Apolaaaaa. Saya hanya berlakon sahaja untuk muzik video tersebut.

IKLAN

“Saya mengangkat isu yang bagi saya agak berat kat Malaysia sekarang. Bukan suka suka saya berpakaian macam tu. Ada msg yang saya nak sampaikan seperti yang saya kata sebelum ini, yang tak baik jangan ambik. Ambik yg baik saja.

“Kesilapan dari saya saya akui. Salah tetap salah. Korang ambik yg baik saja ya. Imej saya takkan memang takkan berubah okay,” tulisnya.

Dalam pada itu, bekas penyanyi kumpulan New Boyz itu turut terkejut apabila mengetahui lagunya kini trending nombor satu di laman Youtube.

IKLAN

“Bismillahirahmanirahim, dah lama rasanya saya tak rasa perasaan ni. Alhamdulillah terima kasih semua menjadikan lagu BEKAS KEKASIH TRENDING NO 1

IKLAN

“Terima kasih pada korang yg selama ni support saya, yg tak pernah jemu mendengar lagu-lagu saya,” katanya.

Sebelum ini, Tomok telah dikecam hebat oleh netizen gara-gara memakai pakaian perempuan di dalam muzik video lagu terbarunya itu.

Foto: Instagram Tomok

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI