Pelakon, Abby Abadi meluahkan rasa syukur kepada Allah S.W.T kerana telah mengujinya dengan satu dugaan besar satu ketika dahulu yang mendorong kepada kebahagian keluarganya masa kini.

Katanya, ujian tersebut telah menyebab mereka sedar dan seterusnya kembali ke jalan yang telah Allah tetapkan.

“Memang patut saya dan Norman rasa bersyukur kerana Allah uji kami dengan ujian yang sangat besar yang membuatkan kami kembali semula kepadaNya.

“Allah beri kesedaran supaya kita ni berada dalam jalan Allah yang sebenarnya. Apa yang saya nampak ketika itu, tiada lain selain Islam.

“Saya bersyukur sangat Allah bagi saya nampak macam-macam perkara yang berbeza sama ada kita bersama Dia dan tidak bersama Dia. Kita harus akui kelemahan dan kekurangan masing-masing,” katanya kepada MH.

IKLAN

Abby berkata demikian ketika ditemu ramah sewaktu sesi pengambaran program Famili Firdaus.

Jelas Abby lagi, dia sememangnya sudah mendidik anaknya itu dengan al-Quran sejak kecil lagi walaupun belum terdetik untuk berhijrah ketika itu.

“Ketika ujian itu berlaku, saya bersyukur anak-anak pun masih kecil.

IKLAN

“Kita memang dah didik anak dengan al-Quran walaupun pada ketika itu saya masih ‘ke laut dalam’ dan masih tak tutup aurat.

“Kami dah terapkan sayangnya Al-Quran itu pada anak-anak dengan panggil ustaz datang rumah mengajar.

IKLAN

“Jadi anak-anak daru umur 2 tahun pun dah belajar Al-Quran dah. Masa tu baru saya tahu kalau seseorang itu kurang pegangan agamanya itu seperti orang tiada arah hidup,” jelasnya lagi.

Terdahulu, kisah lanjut mengenai keluarga besar Abby dan Norman, telah ditayangkan menerusi rancangan Famili Firdaus yang akan bersiaran pada 8 Mei 2019 lalu di Astro Oasis dan Oasis HD.

Sumber: Instagram Abby Abadi

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI