Perkongsian tersebut buat Lisdawati menerusi Instagram baru-baru ini sekaligus menerima ucapan tahniah dari peminat.
Malah tak kurang yang menitipkan rasa syukur dengan khabar yang dikongsikannya.
Terdahulu, Fauzi menerusi Harian Metro sebelum ini menyatakan rasa terujanya kerana merima dua orang cucu dalam tempoh sebulan.
Ads
Anak sulungnya, Nurul Hainil melahirkan bayi perempuan yang dinamakan Yasmin pada 27 September lalu.
Sementara pada 26 Oktober pula, Fauzi dikurniakan cucu kedua apabila anaknya yang juga penyanyi, Fareez bergelar bapa selepas isterinya, Nurwathiqah Abdul Wahab melahirkan bayi lelaki diberi nama Farrel.
Menurut Fauzi, dia juga gembira apabila bergelar datuk dan keluarganya semakin besar.
“Memang teruja sangat sekarang sudah ada dua cucu. Nasihat saya kepada Fareez, anak itu adalah amanah dan menjadi penguat semangat untuk terus maju dan pandang hadapan,” katanya seperti yang dipetik.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Chacha Maembong menjelaskan, dia tidak kisah sekiranya kerap ditawarkan untuk memegang watak antagonis dalam mana-mana naskhah asalkan ia berbeza dengan karakter-karakter lain yang pernah dijayakan.
Menurut Chacha atau nama sebenarnya Siti Aisyah, 25, atas kepercayaan yang diberikan, dia akan cuba memberikan ‘nyawa’ kepada watak berkenaan dengan sebaik mungkin.
“Kalau produser asyik tawarkan saya watak antagonis, saya tak kisah, saya akan terima saja. Tapi, kalau boleh, kita buat watak antagonis yang lain-lain, bukan sama setiap masa.
“Sebab bagi saya, tak semesti kalau kita pegang watak antagonis kita perlu bising dan menjerit-jerit. Ada juga antagonis yang pendiam dan tidak dapat ditebak menerusi ‘body language’ dia,” katanya.
Ditemui pada sidang media maya drama Cukup Derita Itu 2 yang diadakan baru-baru ini, adik kepada pelakon Emma Maembong itu juga turut berkongsi mengenai perjalanan watak Ellana menerusi drama berkenaan.
Pada awalnya, Chacha akui rasa berasa gugup untuk membawakan watak berkenaan. Namun, lega apabila pengarah dan juga kru produksi tidak berhenti berikan sokongan.
“Ketika mula-mula ditawarkan watak Ellana, saya mengaku yang saya tidak mampu untuk buat. Saya maklumkan kepada produser dan pengarah supaya mereka menawarkan watak tersebut kepada orang yang mampu.
“Namun, mereka betul-betul mahukan saya menjayakan watak Ellana itu dan akhirnya saya terima cabaran yang diberikan. Alhamdulillah, berkat sokongan dan dorongan ramai orang, saya semakin selesa menjiwai watak Ellana,” katanya lagi.
Selain Chacha, Cukup Derita Itu 2 turut dibintangi oleh Hisyam Hamid, Ruhainies, Lia Natalia dan Didie Alias.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Chacha Maembong
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Isteri kepada penyanyi dan pengacara, Alif Satar, Shadila Halid mengakui ada kalanya dia berasa agak sebak bila melihat jadual kerja suaminya yang agak padat sehinggakan kurang masa untuk berada di rumah.
Menurut Shadila, anak-anaknya juga sering kali bertanyakan mengenai bapa mereka yang sering kali pulang ke rumah pada lewat malam.
“Kesian dan sebak. Tengah malam bila semua orang dah tidur, baru dia balik. Awal pagi sebelum orang bangun, dia dah keluar pergi kerja. Dah berbulan-bulan juga macam ni. Kadang-kadang tu ada 10 topik nak discuss dengan dia, setengah topik pun belum tentu sempat.
“Anak-anak selalu tanya “When is Daddy coming home?”, “Is he gonna come back early or late today?”, “Is he near or far?”. Kadang-kadang tu Alisha siap cakap “I don’t really like Daddy’s job.. he is always not home..” Itu cara dia express dia rindu ayah dia.
“Bila ayah dia balik awal, satu family does this crazy dance and shout “Daddy’s home! Daddy’s home! Daddy’s home!” and everyone would run and hug him. This is always the highlight of the day when he comes back home early before they sleep,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh ibu kepada tiga orang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Bagaimanapun, Shadila memaklum dia sebenarnya bukanlah mahu merungut sebaliknya dia amat merisau mengenai tahap kesihatan suaminya yang dilihat jarang mempunyai waktu rehat yang cukup.
“Not complaining. Busy is good. Busy is a blessing. Whatever he wants to do, I will be by his side no matter what. Just want him to be healthy, strong and happy. That’s all. Sesungguhnya kerja itu satu ibadah and every sweat that drops from you, in shaa Allah is a multiplied pahala, which is worth it.
“As much as he thinks he can never do what I do as a housewife, I can NEVER do what he does especially with so much passion, determination and patience. He wakes up everyday ready to face the world and give his best. You are truly a champ, @alifsatar,” ujarnya lagi.
Dikesempatan itu juga, Shadila turut memberitahu, dia dan anak-anak amat menghargai segala pengorbanan dan usaha keras yang ditunjukkan oleh Alif demi kesenangan keluarga tercinta.
“Please know you are appreciated every single day, every single minute and my whole being and soul will love you forever.
“Shoutout to all men and women of the house who do their best to provide for their loved ones. May Paradise be our final home, aameen,” akhirinya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa kagum selain turut mendoakan semoga Alif dan keluarganya sentiasa dimurahkah rezeki.
“May Allah SWT ease everything for y’all.
“I like how you write a long paragraph about him, much love for this fam.
“Aamiin yra. Semoga famili Aliff dan Shad dilindungi-Nya selalu.
“In sya Allah. May Allah SWT blessings be with your entire family .. Ameen. Stay safe stay healthy stay happy ya,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sekadar informasi, Alif dan Shadila telah mendirikan rumah tangga pada September 2014.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah pun dikurniakan tiga orang cahaya mata Alisha Anugerah, 6, Ariana Mecca, 4, dan Muhammad Ali, 2.
Sumber: Instagram Shadila Halid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penampilan figura popular, Rozita Che Wan atau Che Ta sebagai ‘muse’ pereka fesyen terkenal, Ezuwan Ismail semalam di Kuala Lumpur Fashion Awards (KLFA) 2021, mencuri tumpuan ramai.
Serba hitam, pelakon dan usahawan itu tampil dengan menutup mukanya dengan kain jaring atau ‘net’ bertatahkan batu berlian sepanjang majlis berlangsung berbeza dengan imejnya sebelum ini yang sinonim glamor lengkap bersolek cantik.
Ia secara tak langsung mengimbas imej selebriti Hollywood, Kim Kardashian ketika menghadiri sebuah majlis fesyen baru-baru ini.
Pada majlis itu, Che Ta menyarung gaun moden hitam rekaan pereka berkenaan menggunakan fabrik jenis twill yang dijahit dengan lebih 5000 butir batu berlian dan ‘chunky bead’ yang dianggar berharga RM50,000.
Persalinan ambil masa selama sebulan untuk disiapkan dan mmengenai perkara itu, Che Ta akui dia mempunyai sebab tersendiri untuk tampil sedemikian.
“Kami memang berkawan baik. Malah saya rasa permintaannya untuk berfesyen macam ini bukan selalu atau seperti lazimnya. Jadi kenapa saya nak menolak. Ia satu kelainan.
“Lagipun pelitup muka itu menggunakankain jaring yang terang-terang ada lubang atau ‘udara’. Memanglah saya boleh bernafas. Kalau guna kain yang bertutup semua tanpa ada ‘udara’, saya sendiri fikir banyak kali. Barangkali semput juga saya jadinya.
“Cuma sedikit mencabar sebab saya harus kekal dengan gaya sebegitu sepanjang majlis. Tetapi sesekali orang tak payah tengok muka kita dalam acara seumpama itu, why not. Telefon bimbit pun saya terpaksa abaikan ketika majlis berlangsung,” katanya yang turut menjadi penyampai trofi pada acara itu.
Ezuwan turut tampil tersendiri menemani Che Ta menerusi padanan sut hitam berharga RM40,000.
Dia yang sudah lapan tahun membina jenama fesyennya percaya aktres terbabit mampu membawa ilham dan imaginasi rekaannya pada acara berkenaan.
“Apabila diundang ke acara itu, nama Che Ta terlintas dan pantas bermain di minda. Cuma apabila dia bersetuju nak tutup wajahnya saya sendiri tak menyangka.
“Semua tahu, dia antara selebriti yang mengutamakan penampilan diri dengan wajah siap bersolek cantik. Tapi dia jenis yang tak banyak songeh dan sempoi. Tiada istilah meniru atau dibayangi sesiapapun. Fesyen ini pendek kata kenalah dengan musim pandemik,” katanya.
Acara KLFA yang berlangsung di Hotel Shangri La itu turut dihadiri lebih 80 orang pereka fesyen di samping selebriti ternama lain.
Kategori dipertandingkan dalam KLFA turut menyaksikan warga kreatif industri fesyen dihargai termasuklah pereka Alia Bastamam, jurusolek Khir Khalid serta ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: @blackpepperproduction (IG)
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.