
Pelakon Fattah Amin, berkongsi keadaan kesihatan anaknya, Nur Fatima Aisya, menerusi Instagram Stories.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

Pelakon Fattah Amin, berkongsi keadaan kesihatan anaknya, Nur Fatima Aisya, menerusi Instagram Stories.
Fattah memuat naik tangkap layar daripada akaun Instagram Fatima yang menunjukkan puteri tunggalnya sedang diberi ubat, menandakan dia dalam keadaan tidak sihat.
“Dah berapa kali Daddy datang tapi tak dapat jumpa Fatima, kesian Fatima tak sihat. Mohon doakan Fatima semua,” tulis Fattah.

Sebelum ini, tular sebuah video di media sosial yang memperlihatkan Fatima berkata ‘tak sayang daddy’.
Video tersebut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, dengan sebahagian mereka turut mengkritik bekas isteri Fattah, aktres Nur Fazura.
Fattah bagaimanapun tampil mempertahankan bekas isterinya dengan menegaskan Fazura telah membesarkan Fatima dengan cara terbaik.
Dia juga menegaskan bahawa netizen tidak mengetahui keseluruhan cerita dan tidak sepatutnya melemparkan komen berbaur negatif.
Untuk rekod, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya. Namun, pada Oktober 2024, pasangan ini sah bercerai talak satu.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dikala perkembangan teknologi dan media sosial yang semakin pesat, pengacara dan bekas penyampai radio, Linda Onn merasakan masyarakat masa kini perlu lebih berhati-hati dalam setiap tindak-tanduk dan percakapan seharian.
Menurut Linda, ketika ini, segala kemudahan hanya di hujung jari dan ia boleh tersebar luas dengan hanya satu klik.
“Sekarang ni zaman bahaya. Tak macam dulu. Dulu nak bergurau ke, nak buat apa pun, tiada kamera merata nak record dan tiada media sosial yang nak ditayangkan.
“Sekarang nak bercakap/bergurau/bergerak sikit pun kena hati-hati dengan sekeliling. Ada yang merakam tak? Sebab kamera easy access sekarang. Kamera melekat kat phone.
“Dulu nak record apa-apa kena bawak camera tu sendiri,” tulisnya.
Pandangan itu dikongsikan oleh bekas penyampai radio Era itu menerusi sebuah hantaran di Instagram Stories.
Pada masa sama, Linda turut berpandangan setiap konten yang dikongsikan di media sosial mempunyai risiko yang tersendiri kerana setiap individu mempunyai tahap penerimaan yang berbeza.
“Sikit-sikit nak record. Lepas itu post. Implikasinya kepada orang yang menonton. Adakah mereka dapat terima apa yang mereka tonton?
“Kepada tangan yang memegang phone atau camera, hati-hati. Tangan ini boleh menggoncang dunia. Hidup ni tak bebas macam dulu dik,” kongsinya lagi.
Sejak semalam, nama Linda dan beberapa penyampai radio senior kembali menjadi sebutan susulan kontroversi melibat sebuah stesen radio swasta.
Ramai yang beranggapan para penyampai radio di era 2000-an lebih profesional dan menjaga setiap pertuturan mereka ketika ke udara.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Sumber & Kredit Foto: Instagram Linda Onn
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!
Pelakon, Datin Intan Najuwa tidak menyangka perkongsiannya mengenai pengambilan tiga orang pengasuh untuk membantu menjaga anak sulungnya mencetuskan perdebatan di kalangan netizen.
Menurut Intan, dia berkongsi perkara tersebut sekadar menjawab pertanyaan peminat, selain menitipkan dedikasi buat suaminya, Datuk Ahmad Azraf Azman.
“Korang, jangan marah-marah okay. Saya berkongsi mengenai babysitter itu sebab saya buat Q&A.
“Pada masa sama, ia merupakan antara perkara-perkara kecil yang saya buat untuk menghargai apa yang telah dilakukan oleh suami terhadap saya.
“Bila kita berkata yang baik-baik, Insya-Allah kita akan tenang. Itulah apa yang saya amalkan selama ini,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan pelakon drama Jesnita itu menerusi satu hantaran di aplikasi Thread.
Dalam pada itu, Intan turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang telah diberikan oleh Allah SWT.
“Marilah kita menjadi baik terhadap satu sama lain. Semoga kita gembira menjadi seorang ibu dan sentiasa menghargai suami dalam segala hal.
“Cintailah apa yang kita miliki ketika ini. Usah banding-bandingkan. Saya doakan semoga semua sentiasa dilimpahkan rezeki dan bahagia selalu,” kongsinya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menyokong pandangan Intan dan menasihatinya agar mengabaikan komen-komen negatif. Antaranya;
“Siapalah yang marah tu? Kenapa nak bitter? Itu kan rezeki masing-masing. Bahagia cara masing-masinglah ya.”
“Lah, ada yang tersakiti ke? Alahai, biar la dia. Itu rezeki dia. Kita ni ada dah la rezeki kita. Tak payah kalut sangat la.”
“Tak mengapa. Saya suka baca dan suka tengok. Tolong share lagi.”
“Please do share more! Ramai je yang suka tengok sebab rasa admire dan terinspirasi. Yang tak suka tu biar je dorang bersihkan hati dorang sendiri,” antara komen-komen netizen.
Sebelum ini, Intan mendedahkan bahawa suaminya telah mengupah tiga pengasuh bagi membantu menjaga anak sulung mereka, Imane Lunara.
Intan bertemu jodoh dengan Azraf pada 18 Ogos 2023, dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan cahaya mata pertama yang diberi nama Imane Lunara pada 15 Disember lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Sumber & Kredit Foto: Instagram & Thread Intan Najuwa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!
Acara membeli belah terbesar Malaysia, Havoc Festival membawakan Selangor Havoc Raya Fest 2025 dengan menampilkan festival jualan raya yang akan berlangsung selama 108 jam tanpa henti dari 21 hingga 25 Mac 2025 di Setia City Convention Centre (SCCC), Shah Alam.
Penganjuran tahun ini menjanjikan pengalaman membeli-belah yang luar biasa dengan lebih 180 ‘booth’ daripada usahawan tempatan, menawarkan pelbagai produk berkaitan persiapan raya dan makanan.
Selain itu, festival ini turut dimeriahkan dengan kehadiran 30 artis dan pempengaruh terkenal yang akan menghiburkan pengunjung dengan persembahan istimewa.
Sidang media baca pelancarkan tersebut telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat, Datuk Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor, bersama Yang Berhormat Najwan Halimi, Exco Belia, Sukan & Keusahawanan Selangor, baru-baru ini.
Apa yang menarik, hari pertama festival akan dimulakan dengan majlis perasmian yang gilang-gemilang, diikuti dengan pemberian wang tunai sebanyak RM10,000 kepada pengunjung terawal selain berpeluang menyertai cabutan bertuah.
Sepanjang lima hari penganjuran, festival ini akan dimeriahkan dengan persembahan nyanyian, sesi selawat dan qasidah, serta buat julung kalinya, program qiamullail sebelum sahur.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Havoc Event & Management Sdn Bhd, Datuk Firdaus Nadxaman, festival tahun ini bukan sahaja bertujuan mengangkat industri perniagaan tempatan, malah turut membawa elemen spiritual dan kebersamaan kepada pengunjung.
“Kami berusaha untuk menjadikan Selangor Havoc Raya Fest lebih istimewa. Kali ini, dengan penganjuran selama 108 jam tanpa henti, kami mahu memberikan pengalaman baharu kepada pengunjung dengan menampilkan bukan sahaja sesi hiburan dan jualan raya, tetapi juga nilai tambah dari segi kerohanian.
“Buat pertama kali, kami membawakan program qiamullail sebelum sahur, satu inisiatif yang sangat bermakna bagi kami. Kami ingin menjadikan festival ini bukan sekadar tempat membeli-belah dan hiburan, tetapi juga platform yang membolehkan orang ramai menghayati bulan Ramadan dengan lebih mendalam.
“Ini adalah usaha kami untuk menyatukan elemen duniawi dan ukhrawi dalam satu acara yang komprehensif,” katanya.
Selangor Havoc Raya Fest 2025 juga mencatat sejarah tersendiri dengan pelancaran muzik video rasmi ‘Havoc Raya’, iaitu lagu raya pertama dalam tempoh enam tahun penganjuran Havoc Festival.
Lagu ini menampilkan Black Hanifah sebagai penyanyi utama, diiringi oleh barisan artis seperti Asfan Shah, Talam, Epol, Shafiq Nizam, Syura Badron, Mira Kuku, Daud Latah, Qistina, Afif Hanif, Shajiry, dan Azza Elite.
Muzik video ini dijangka menjadi salah satu tarikan utama festival dan menambah kemeriahan suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Penganjuran Selangor Havoc Raya Fest 2025 turut mendapat sokongan daripada pelbagai pihak dan ditaja oleh Perfume Paradise sebagai penaja utama.
Selain itu, Selangor Havoc Raya Fest turut mendapat sokongan padu agensi kerajaan negeri Selangor iaitu dari Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) & Tourism Selangor yang akan membantu mempromosikan pengiklanan secara menyeluruh di negeri Selangor sempena Tahun Melawat Selangor 2025.
Menurut Firdaus Nadxaman, sokongan yang diterima membuktikan bahawa festival ini bukan sekadar platform jualan, tetapi juga medium untuk memperkasakan usahawan tempatan serta memeriahkan sambutan Ramadan dan Aidilfitri dengan pengalaman yang lebih bermakna.
“Kami sentiasa percaya bahawa festival ini bukan sekadar ruang niaga tetapi juga ruang untuk komuniti berkumpul dan meraikan suasana Ramadan serta persiapan Aidilfitri dengan penuh keceriaan.
“Tahun ini, kami menambah lebih banyak elemen kejutan, aktiviti menarik, dan tentunya pengalaman membeli-belah yang luar biasa,” ujarnya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!
© Hakcipta Terpelihara Nu Ideaktiv Sdn. Bhd ❤️ Dikendali Oleh Astro Group
