“Daddy Meninggal Masa Tu Umur Mak 35 Tahun, Anak 6 orang & Paling Bongsu 50 Hari,” – Che Ta Bangga Kesetiaan Ibu Terhadap Arwah Bapa

Share

Pelakon Rozita Che Wan atau lebih sinonim dengan panggilan Che Ta tidak dapat menyembunyikan rasa kagum dan hormat terhadap pengorbanan dilakukan oleh ibunya yang sanggup membesarkan enam orang anak tanpa insan bergelar suami di sisi.

Menerusi entri di Instagram, pelakon drama Lelaki Kiriman Tuhan itu turut berharap agar suaminya, Zain Saidin dapat setia dan sentiasa berada di sisinya walau apa pun terjadi.

“Arwah daddy meninggal masa tu umuq mak 35 thn..anak 6 org, umuq adik paling bongsu baqu 50 haqi , mak tak gaduh pun nk menikah lain , sebab mak setia.. haqap2 anak mak ni pun setia @zainsaidin,” tulisnya.

Sebagai rekod, Che Ta dan Zain mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Aaisyah Dhia Rania Zain.

Che Ta turut mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan pertama iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezzra.

Foto: Instagram Rozita Che Wan

IKLAN