Tular di laman sosial apabila Buletin Utama memaparkan wajah seorang Instafamous, Dahlia Rizal sewaktu laporan membabitkan kes perbicaraan SRC International melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Empunya diri, Dahlia Rizal turut teruja apabila wajahnya menjadi fokus dalam berita tergempar itu.
“Sekali sekala masuk tv yang tak ada kena mengena dengan headline tak apa kan?”
Pelakon dan penyanyi yang kini baru sahaja muncul menerusi single Satu Jam Saja, Fatin Afeefa mendedahkan dia tiada masalah dengan komen melampau yang ditinggalkan haters menerusi media sosial miliknya selagi tidak menyentuh perihal dua permata hati, Adam Aisy Ardan dan Ivy Herra Sophia.
Katanya kepada MH, ada ketikanya dia menjawab kritikan atau komen pedas netizen, bergantung kepada situasi.
“Kadang-kadang saya jawab dan ada ketikanya saya sekat (blocked). Cuma saya akan sekat mana-mana komen yang dirasakan melampau atau pun ‘mengusik’ anak-anak saya.
“Kalau sentuh perihal anak (yang kurang baik) memang I block you sampai mampos pun you tak boleh tengok IG I,” tegas Fatin.
Pada masa sama, ibu tunggal sebaliknya cuba untuk meninggalkan komen balas dengan menggunakan bahasa berlapik berbanding memberi reaksi dalam nada keras.
Sedang menanti detik melahirkan cahaya mata kedua tidak lama lagi, pelakon Shima Anuar kini sudah menyiapkan barangan diri sendiri dan bayinya.
Perkara itu dikongsikan pelakon Highlands Tower di laman Instagram.
“I am almost #9monthspregnant. My hospital bag is ready! (kalau boleh please prepare barang awal siap2. just incase baby tak sabar nak keluar awal drpd tarikh yg sepatutnya. takde la kelam kabut nanti) So here is harta karun dalam hospital bag i. Saja share mana tau berguna untuk mommies yg first time nak beranak. 😁 1 – tshirt and sweater (bawak je tshirt laki kau tu. selesa! 😬) 2 – pyjamas 3 – baju untuk balik rumah (kalau boleh standby baju yg senang untuk breastfeed baby. mana tau on the way balik tu baby nak susu) 4 – seluar (yg besar) 5 – kain batik 6 – towel and face towel 7 – nursing bra (dah boleh simpan push up bra korang. dah ada baby ni pakai nursing bra je k? 😝) 8 – disposable panties 9 – socks 10 – nursing cover 11 – breast pad (untuk elakkan bra korang basah sbb leaking) 12 – pad (i prefer pakai pad macam masa period tu. selesa je.) 13 – toiletries bag 14 – makeup bag 15 – slipper (1 untuk pakai dlm toilet. 1 untuk pakai dalam bilik) 16 – hair dryer/curler,” tulisnya.
Menerusi gambar pada tanda ke 16 (hair dryer dan curly iron), netizen amat tertarik dengan barangan tersebut.
Sehinggakan ada yang meninggalkan komen yang pelbagai.
Untuk rekod, Shima berkahwin dengan seorang ahli perniagaan, Mohd Solih Toha pada 8 April 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Marian Sophia.
Foto: Instagram Shima Anuar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Berita mengenai pelakon Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim yang akhirnya telah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, pada Rabu nyata mengejutkan ramai.
Meski masing-masing sudah pun memberi penjelasan mengenai keputusan yang dibuat, namun rata-ratanya memuji kedua belah pihak yang mengambil pendirian untuk kekal berbaik demi permata hati.
Sementara itu, Mawar yang juga usahawan tudung terkenal turut ditanya media sama ada masih ada peluang untuk keduanya kembali atau ia masih terlalu awal untuk difikirkan.
Bagaimanapun, wanita berusia 30 tahun itu tidak belum dapat memberikan jawapan pasti.
“Buat sementara ini, saya masih tiada komen. Masih baru lagi benda ni berlaku.
Program realiti terbaharu, Borneo Rising sudah mula mencipta impaknya tersendiri menerusi saingan minggu pertama, apabila barisan peserta masing-masing tampil dengan persembahan yang meyakinkan.